Advertisement - Contact Us

Target Anwar nak ke Putrajaya, bukan Presiden PKR PEKAK...

1.  Tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas komitmen mereka yang mana akhirnya dapat menyelesaikan kes pembunuhan kejam Dato' Sosilawati dan 3 yang lain dalam masa yang singkat. Dengan tertangkapnya semua suspek termasuk seorang yang bergelar Dato' maka polis menganggap kes ini selesai dan kini dalam proses pendakwaan di mahkamah.

2.  Suara Melayu Baru mengutuk sekeras-kerasnya kes pembunuhan ini. Tindakan kejam ini sangat tidak boleh diterima oleh akal yang waras dan memang sepatutnya si pelaku perlu dijatuhkan hukuman seberat-beratnya setimpal dengan jenayah yang telah mereka lakukan. Mereka inilah contoh manusia yang bertopengkan iblis dan hidup mereka hanya berlandaskan sifat tamak haloba hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh hanya semata-mata memenuhi tuntutan nafsu tamak mereka.

3.  Pastinya bagi mereka, pembunuhan adalah satu perkara biasa dan kes Dato' Sosilawati bukanlah yang pertama. Mereka seperti sudah mangli dengan membunuh dan langsung tidak ada perasaan takut dan rasa bersalah dalam hati mereka. Mereka masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa pada keesokan hari walhal pada malamnya mereka sudah meragut nyawa manusia lain yang tidak berdosa. Tidak ada langsung rasa bimbang malah boleh lagi bertemu dengan menteri dan menyatakan hasrat untuk menyertai MIC.

4.  Apa yang menjadi tanda tanya adalah kenapa baru kali ini mereka terkantoi sedangkan menurut laporan suspek-suspek ini disyaki terlibat dengan hampir 20 kes hilang dan bunuh? Adakah ini disebabkan kali ini mereka sedikit terlalai hingga meninggalkan jejak. Ataupun memandangkan kali ini kes pembunuhan adalah melibatkan individu berpengaruh dan berprofil tinggi. Apapun telahannya, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada PDRM kerana akhirnya berjaya merungkai kes pembunuhan ini dan sekurangnya-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang mungkin sudahpun berurusan dangan suspek dan hanya menanti giliran untuk menerima nasib yang sama seperti Dato' Sosilawati.

5.  Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini secara rasminya sudahpun mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Lawan yang menanti, Dato' Zaid Ibrahim sebelum ini telahpun menyatakan hasratnya untuk bertanding. Dengan pengumuman yang dibuat Azmin maka terjawab sudah segala spekulasi yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

6.  Apa yang pasti, Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Umum PKR tetap dengan keputusannya untuk tidak merebut apa-apa jawatan didalam parti. Walaupun banyak pihak yang mahu melihat Anwar sebagai presidan manakala isterinya, Wan azizah sebagai timbalannya, namun nampaknya perkara itu semakin jelas tidak akan menjadi kenyataan.

7.  Anwar dilihat masih selesa untuk berada di luar dan tidak mahu terlibat secara rasmi dari segi kedudukan atau jawatan dalam PKR. Kadangkala kita berasa hairan kenapa Anwar memilih untuk tidak menduduki jawatan Presiden PKR walhal PKR boleh dianggap sebagai parti miliknya. Apa sebenarnya yang ditakuti oleh Anwar, dan apa agenda Anwar sebenarnya. Mustahil untuk mengatakan Anwar terlalu baik untuk memberi laluan kepada orang lain menduduki jawatan penting parti.

8.  Dalam satu ucapannya baru-baru ini, Anwar menyatakan untuk melihat proses demokrasi terus subur di dalam parti PKR. Beliau menggalakkan pemilihan parti diadakan dalam suasana penuh demokrasi. Dan pada masa yang sama, Anwar juga mengumumkan kepada ahli PKR yang lain agar tidak mencalonkannya dalam apa jua jawatan. Anwar awal-awal lagi menidakkan proses demokrasi apabila tidak membenarkan ahlinya mencalonkan dirinya dalam apa jua jawatan. Ini jelas menunjukkan betapa bercabangnya lidah Anwar.

9.  Walau apa pun, mungkin ada benarnya juga dengan tindakan yang diambil oleh Anwar. Cita-cita Anwar sebenarnya bukanlah untuk menjadi Presiden Parti. Malah jika Anwar mahu, dari dulu lagi Anwar boleh menjadi Presiden PKR. Apa yang dikejar oleh Anwar sebenarnya adalah kerusi utama di Putrajaya yakni sebagai Perdana Menteri Malaysia. Atau Anwar sebenarnya takut untuk bertanggungjawab sekiranya kejatuhan melanda PKR dan Pakatan Rakyat tatkala beliau menjawat kedudukan sebagai Presiden Parti...

1 Ulasan

  1. Anwar mcm tau yg dia akan terkantoi dlm kes liwatnya..sb tu dia awal2 menolak pencalonan dirinya sbg Presiden PKR..Mgkin sbg usaha menyelamatkan parti atau akn ujud perasaan tidak percaya pd Presiden nanti oleh pengikut2nya nanti. Bijak betol Si Nuar ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama