Advertisement - Contact Us

Awas !!! Anjing Bulldog dilanyak habis-habisan dalam pemilihan PKR peringkat Cabang...

1.  Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 September 2010 akibat kanser kolon. Tanpa mengira parti politik, SMB mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan akan tergolong dikalangan orang-orang beriman.

2.  Dan apa yang pasti, negara terutama bagi negeri Kelantan akan menyaksikan satu lagi pertandingan atau PRK yang pastinya sengit dan mencabar. Speaker Negeri Kelantan akan mengumumkan kekosongan kerusi dan disusuli pengumuman dari SPR berkenaan dengan tarikh penamaan calon dan tarikh pembuangan undi. Untuk rekod, DUN Galas merupakan bekas DUN milik Barisan Nasional. Namun begitu, Che Hashim berjaya merampas kerusi tersebut dari penyandang dengan majoriti kecil yakni sekitar 600 undi.

3.  Berdasarkan senario politik semasa, dapat dilihat akan kebangkitan semula BN di beberapa negeri dan tidak mustahil ia turut mempengaruhi politik Kelantan. 600 bukanlah satu jumlah yang selamat apatah lagi yang jelas majoriti 600 itu datangnya dari pengundi yang pernah memangkah BN pada 2004. Walau apapun, keputusan di DUN Galas tidak akan mengubah kedudukan PAS di Kelantan dalam masa terdekat ini. Dan bagi SMB, tidak kiralah siapapun pemenangnya asalkan Kelantan terus dipimpin oleh orang Melayu dan Islam.

4.  Apa yang lebih menarik perhatian SMB sebenarnya adalah berkenaan dengan suasana pemilihan PKR terutama di peringkat cabang yang begitu hangat dan mendesak. Mungkin pemilihan ini lah yang sangat didambakan oleh ahli-ahli PKR yang kononnya begitu telus dan adil sepertimana yang pernah mereka laung-laungkan sebelum ini.

5.  Hairannya, kenapa pemilihan yang sangat adil ini terpaksa melibatkan pergaduhan, tumbuk menumbuk, pertikaman lidah, balingan kerusi meja, menabur kertas undi ke jalan, maki hamun dan pelbagai lagi seumpamanya. Adakah mungkin disebabkan terlalu taksub dengan istilah adil membuatkan ahli PKR menjadi hilang pertimbangan dan langsung tidak boleh mempercayai sesiapa jua termasuk rakan di sebelah. Malah pemerhati yang sepatutnya menjadi pengendali mesyuarat cabang juga dilanyak dan langsung tidak diyakini.

6.  Hakikatnya, inilah yang dinamakan PKR. Sebuah parti samseng yang diwujudkan atas dasar ingin memberontak berpunca daripada seorang lanun yang sudahpun dihumban ke penjara namun berjaya menerima sekelumit simpati dan kemudian dibebaskan. Setelah dibebaskan, lanun itu bangkit dan menyalak kepada anjing-anjing haprak yang lain untuk bangun memberontak dan kemudian anjing itu jugalah yang telah menggigit orang yang pernah membebaskannya dari belenggu penjara.

7.  Jadi tidak hairanlah apabila melihat kalangan anjing-anjing ini yang menggigit dan menokak antara satu sama lain hanya semata-mata untuk dilantik menjadi kepala anjing. Si bapa anjing pula begitu bijak menyusun atur gugusan anjingnya di peringkat kongres bagi menjadi pencacai pengangkat najis si bapa anjing ini. Dan apa yang pasti, si anjing kecil tetap akan menjadi makanan si anjing bulldog.

8.  Namun begitu, berdasarkan beberapa keputusan peringkat cabang, didapati beberapa pemimpin utama termasuk di kalangan ADUN dan MP yang boleh dikatakan favourite untuk menang telah tewas kepada muka baru. Antaranya termasuklah Elizabeth Wong, Mustapha Kamal, Sivarasa dan beberapa nama besar lain. Adakah PKR sekarang sebenarnya mahukan satu pembaharuan atau hakikat yang tidak dinafikan yakni PKR sedang bergolak dan menuju ke arah kehancuran.

9.  Seperkara lagi adalah berkenaan dengan sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang datangnya dari sumber yang haram yakni hasil dari lumba kuda. Dalam hal ini siapa sepatutnya yang bersalah, Guan Eng atau Kelab Lumba kuda atau si miskin yang menerima. Manusia jahil yang maha bebal dalam isu ini sebenarnya adalah pemimpin beragama Islam didalam kepimpinan kerajaan negeri termasuk TKM2, EXCO agama dan ADUN Islam dari Pakatan Rakyat. Mereka ini telah gagal menjaga sensetiviti umat Islam. Kenapa SMB berkata demikian... LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama