Rabu, 2 Jun 2010

KJ dianaktirikan... Benarkah wujud usaha untuk membunuh karier politik KJ???

1.  Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpn BN yang berjaya dilantik bagi menganggotai barisan kabinet di bawah kepimpinan Najib. Kepada mereka yang telah digugurkan dari kabinet adalah diharap agar tidak kecewa dan berusaha lebih keras agar mendapat semula kepercayaan PM. Saya yakin dan percaya, Najib pastinya memiliki alasan yang kukuh di atas pengguguran beberapa nama besar demi memantapkan barisan kerajaan.

2.  Tidak dinafikan, pengumuman ini kebanyakannya melibatkan parti komponen dalam Barisan Nasional. Ini berdasarkan peralihan kepimpinan yang berlaku baru-baru ini terutama dalam MCA. Ong Tee Keat terpaksa digugurkan setelah tewas dalam pemilihan Presiden MCA kepada pencabarnya, Chua Soi Lek. Begitu jua dengan perletakan semua jawatan oleh Ketua Wanita MCA.

3.  Pemilihan anak kepada Chua Soi Lek sebagai timbalan Menteri membuktikan bahawa Najib cuba memberi ruang dan peluang kepada muka baru untuk menimba pengalaman dalam kerajaan. Begitu juga dengan perlantikan timbalan Presiden PPP dalam kabinet sebagai timbalan Menteri membuktikan kesungguhan Najib mempelbagaikan barisan kabinetnya sejajar dengan prinsip 1 Malaysia yang diperkenalkannya.

4.  Namun begitu, satu perkara yang sedikit melahirkan rasa terkilan dalam rombakan ini adalah kedudukan Ketua Pemuda UMNO yakni Khairy Jamaluddin yang terus dipandang sepi oleh Najib. Bagi saya, rasanya sudah tiba masanya untuk KJ diberi kepercayaan untuk berada dalam kabinet.

5.  Pada tanggapan saya, dengan perlantikan KJ sedikit sebanyak akan dapat menjadi medium dan suara anak muda dan barisan belia dalam kerajaan. Tidak dinafikan KJ merupakan seorang pemimpin yang berpotensi dan memiliki karisma yang tersendiri. Adalah tidak adil untuk kita terus menghukum KJ hanya disebabkan kesilapan lampaunya yang tidak seberapa.

6.  Ramai lagi pemimpin yang mempunyai track record yang kurang memuaskan tetapi terus diberi peluang hingga kini. Malangnya, peluang ini tidak diberi kepda KJ untuk membuktikan keupayaan dirinya. Bagi saya mungkin sudah tiba masanya untuk Najib memberi peluang kepada KJ untuk memperkuatkan lagi barisan kabinetnya dalam kerajaan.

7.  Seperkara lagi, saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana kesemua rakyat Malaysia yang diserang Israel sewaktu mengikuti misi Bantuan Ke Gaza telah selamat dan dibebasakn dari tahana askar Yahudi. Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menaiki kapal Mavi Marmara telah dibawa ke Amman dan akan dibawa pulang ke tanahair.

8.  Sementara itu, satu-satunya kapal yang masih menerukan perjalanan ke Gaza bakal memasuki perairan Gaza dalam tempoh 24 jam. Kapal Rachel Corie turut membawa sekurang-kurangnya 6 rakyat Malaysia bersama. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan kapal tersebut dan diharap agar kapal bantuan tersebut selamat tiba ke destinasi...
Show Comments: OR

5 ulasan:

  1. "Ramai lagi pemimpin yang mempunyai track record yang kurang memuaskan tetapi terus diberi peluang hingga kini."

    Kenyataan yang benar....tp hanya "tak memuaskan", si KJ pulak pelingkup negara. So...paham-paham jer la...

    BalasPadam
  2. KJ fokus pd parti je dulu lh... kuat kn pemuda..
    klu jd ketua pemuda pn serupa x de ape... camne nak bg tim. menteri or menteri...

    BalasPadam
  3. hmmm terus terang sy katakan..sy hanyalah ahli biasa umno..sy juga penyokong kuat Dr M..tapi isu KJ ni..

    Pertama, sebagai ahli biasa kami selalu diomongkan KJ buat itu ini sehingga timbul gambaran yang sangat buruk seandainya KJ di Kabinetkan..tapi kenapa langsung tiada bukti penyelewengan dikemukakan atas nama KJ sendiri..

    sy percaya, sebagai ahli biasa, kita ahli umno sepatutnya meletakkan kepentingan parti melebihi peribadi..sebagai pemuda sy punya calon tersendiri untuk dilantai sebagai ketua, tapi dalam demokrasi matang..ketua adalah pilihan majoriti. mudah lidah berkata politik wang semua, tapi walaupun sy sokong Dr M, KJ amat sy hormati sebagai ketua sy dan seandainya sy ingin merubah @ menjatuhkn KJ bukan sekarang..tapi nanti time pemilihan UMNO..ikut ISlam pun pemimpin haruslah dihormati..

    sbg ahli biasa..sy sangat menyokong semangat 1malaysia...tapi kalau beginilah caranya..hmmm..suka @ tidak KJ adalah pemimpin kita buat masa kini..sebagi ketua pemuda dia harus diberi peluang..dan bayak sy dengar baca cakap KJ tak buat it ini untuk tegakkan Malay pe semua..padahal kita semua nampak, banyak media tak kira eletronik, internet bahkan suratkabar seakan menanaktirikan semua aktiviti dan press reease KJ..padahal Hishamudin dulu klau nak kira lagi la..siap minta maaf pd cina!!!

    so, kwn2 saudara umno ku..cukup la gaduh pasal benda nie.. siapa pemimpin sekarng kita hormatilah..semua dendam kita simpan dalam hati sehingga lah tiba msa pemilihan baru..kalau camni lah kita..jawabnya bye bye PRU 13..

    BalasPadam
  4. sepatutnya KJ memohon maaf kepada semua ahli pemuda akar umbi...Kami ahli umno akar umbi tak pernah menyuruh perwakilan yg kami lantik memilih KJ...Jalan terbaik KJ undur diri...track record KJ sebagai pemimpin mendukacitakan...KJ membuatkan ramai ahli pemuda UMNO akar umbi menitiskan air mata semasa keputusan pemilihan yang lalu diumumkan...sayangngi lah parti...belum jadi menteri pun macam2 perkara yg rakyat tak suka dia lakukan juga...Kesimpulannya KJ tak layak memimpin PEMUDA MAHUPUN MENJADI MENTERI

    BalasPadam
  5. yang sebenarnya najib takutkan tdm.selagi tdm hidup jangan haraplah kj nak naik .Apa yang tdm dengki sangat dekat kj ni pun tuhan saja yang tahu.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE