Advertisement - Contact Us

16 pelajar hamil luar nikah dalam SEBUAH sekolah???

1.  Apa sebenarnya yang telah berlaku dengan moral anak-anak kita sekarang? Pendedahan yang telah berlaku di sebuah sekolah di Terengganu ini amat menggemparkan dan mendukacitakan. Adakah pendedahan ini berlaku di sekolah atau di pusat pemulihan akhlak?

2.  Saban tahun, Terengganu mencatatkan peratusan pelajar cemerlang yang sangat baik dan membanggakan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Tetapi dengan berita ini ia sekaligus mencacatkan dan merencatkan prestasi cemerlang yang dimiliki oleh Terengganu.

3.  Di mana salah dan silapnya? Adakah ibu bapa yang harus diperslahkan? Atau pihak sekolah yang gagal membimbing serta membentuk akhlak dan moral pelajarnya? Bayangkan, dalam satu tahun sudah 4 bayi dilahirkan luar nikah di sekolah tersebut. Malah masih ada 16 lagi pelajar yang sedang sarat mengandung anak luar nikah.

"KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. 


Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini. 

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.
Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya."
- B. Harian Online

4.  Banyak pihak perlu membuka mata dengan pendedahan ini. Langkah-langkah pemulihan perlu dilaksanakan segera jika tidak mahu melihat generasi akan datang berada dalam kehancuran dan sekaligus menjahanamkan negara Malaysia tercinta ini...

5 Ulasan

  1. Liwat
    menipu
    membodohkan orang
    tidak berlaku adil

    Yahdui+ Israel + Anwar Ibrahim

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. KAPAKTAJAM, mencadangkan Jabatan Pelajaran Negeri & Daerah berkenaan bertanggungjawab terhadap apa yg telah berlaku ini. Kalau seorang dua mungkin boleh dimaafkan, TETAPI ni dah 16 pelajar, mengapa masih tutup mata, TIADA kah laporan mengenainya dan apakah Pengetua Sekolah juga menyembunyikan perkara ini.

    Adakah JPN, JPD dan Pengetua tidor? Kenapa saya kata begitu? Sebabnya tak mungkin perkara sebesar ini (16 pelajar dan dah ada yg melahirkan) masih tak perihatin dgn kes sebegini. Dimankah pegawai2 JPN & JPD yg sering membuat lawatan kesekolah?

    Kapaktajam, mahu TAN SRI MUHYIDDIN siasat dan minta laporan penuh dan buat hebahan utk pengetahuan umum, kerana ia amat memalukan di samping dpt membendung gejala ini dr terus berulang....

    http://www.kapaktajam.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Melayu bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
    Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
    Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
    Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
    Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?

    BalasPadam
  4. "melayu leka hilang kuasa". leka apa? leka meninggalkan suruhan agama. sudahnya Allah x tolong. jadilah mcm apa yg kita lihat skg.

    BalasPadam
  5. Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff. "Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu. Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

    "Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau.

    nah! engkorang pikirle sendiri!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama