Advertisement - Contact Us

Tak kisahla siapa pun calon MIC, janji BN mau menang...

1.  Zaid Ibrahim sudah pun diumumkan bakal menjadi calon bagi mewakili PKR dan Pakatan Rakyat di parlimen Hulu Selangor. Walaupun ada ura-ura kononnya Anwar boleh menukar calon di saat-saat akhir sekiranya keadaan mendesak namun yang pasti sehingga saat ini nama Zaid kekal menjadi pilihan pertama.

2.  Apa yang kita nantikan sekarang adalah pengumuman dari kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang dijangka akan dibuat esok yakni pada 14 April. Siapakah calon yang bakal dipilih bagi membawa bendera barisan Nasional untuk menentang calon dari PKR ini.

3.  Yang pasti, Najib selaku Presiden dibantu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden BN sudahpun memberi kepastian bahawasanya calon yang akan dipilih datangnya dari parti MIC. Atas semangat setiakawan sesama komponen BN, Najib dan Muhyiddin terus memberi kepercayaan kepada MIC untuk mewakili BN walaupun berdasarkan statistik, penduduk Melayu merupakan majoriti di Hulu Selangor ditambah pula kegagalan MIC mempertahankan kerusi ini dalam PRU yang lalu.

4.  Persoalannya sekarang, siapa yang akan dipilih menjadi calon MIC? Sesetengah pihak terutama dari kepimpinan tertinggi MIC masih mahukan Palanivel sebagai calon walaupun beliau pernah tewas dalam PRU yang lepas. Manakala segelintir pihak lain mahukan calon muda yang juga anak tempatan bagi menggantikan Palanivel.

5.  Lebih menggemparkan lagi apabila timbul ura-ura kononnya akan berlaku tindakan boikot-memboikot jika Palanivel tidak dipilih. Malah Samyvellu sebagai Presiden MIC turut membayangkan akan mengenakan tindakan pengantungan parti ke atas pihak lain yang cuba menafikan pemilihan Palanivel. Kalamanathan, Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor yang sbelum ini turut disenarai pendekkan sebagai calon berpotensi juga telah mengumumkan untuk menarik diri dari dipilih sebagai calon sejak awal lagi. Yang tinggal hanyalah Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dikaitkan sebagai calon pilihan UMNO.

6.  Pada pendapat saya, rasanya biarlah MIC diberi peluang sekali lagi menentukan calon pilihan mereka. Presiden MIC sendiri juga telah mengaku bahawa kemenagan di Hulu Selangor sangat penting untuk menjamin survival politik MIC sebagai komponen BN. MIC pasti akan mencari jalan terbaik untuk merampas kembali kerusi Hulu Selangor dan BN perlu memberi peluang kepada MIC, jalan mana yang terbaik untuk memastikan kemenangan di P94.

7.  MIC pasti akan berpuas hati jika jalan yang mereka pilih sendiri akan beroleh kejayaan dan yang pasti impak kejayaan MIC akan turut meninggalkan kesan kepada BN. Dan sekiranya jalan yang dipilih MIC menemui kegagalan, setidak-tidaknya MIC tidak berhak menyalahkan pihak lain di dalam BN di atas kegagalan mereka memandangkan keputusan yang dibuat datangnya dari MIC sendiri tanpa ada campur tangan pihak lain.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama