Jumaat, 9 April 2010

PRK : Rampas Hulu Selangor, Kekal di Sibu...


1. Negara dikejutkan sekali lagi dengan kematian Ahli Parlimen Sibu, Dato' Robert Lau yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Hospital Selayang.

"Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus). Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media. Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu."

- MalaysiaKini.

2. Kematian beliau berpunca dari penyakit barah yang dihidapi oleh beliau selama ini.

3. SPR akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Sibu dalam masa terdekat. PRK Parlimen Sibu dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut. Dato' Robert Lau memenangi kerusi ini di atas tiket SUPP dengan menewaskan dua calon lain dari DAP dan PKR.

4. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang Dato' Robert Lau.

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE