Advertisement - Contact Us

PR Ketandusan Idea Hingga Terpaksa Berlakon Menjadi Beruk...

1. Memang tidak dinafikan sekiranya BN Perak mengambil keputusan membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya peringkat negeri semula maka peluang untuk Pakatan Rakyat merampas kembali kuasa di Perak adalah sangat tipis.

2. Ini berdasarkan momentum penerimaan rakyat Perak terhadap kepimpinan BN yang dilihat sangat positif. Ditambah pula dengan kemampuan kerajaan di bawah pimpinan Dato' seri Zambry yang berjaya membawa banyak perubahan kepada negeri Perak dan pada masa yang sama sentiasa menitik beratkan aspek kebajikan rakyat.

3. Fakta ini turut disokong dengan satu kaji selidik yang dijalankan oleh Ilham Centre seperti yang telah dilaporkan menerusi MalaysiaKini.

"Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.

Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

ilham centre perak survey 020410 legitamacy bn government by racePada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pada masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.

30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata soilham centre perak survey 020410 zambry mbkongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.

“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaiamanapun menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.

Katanya, kemenangan beliau pada pilihan raya kecil parlimen Bukit gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu."
- MalaysiaKini.

4. Pakatan Rakyat sebenarnya dilihat sangat terdesak dan sedang berada di landasan yang salah. Ditambah dengan pelbagai isu yang kian timbul satu persatu seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang langsung tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Malah isu-isu negatif yang dibangkitkan bukan datang dari penyokong Bn, tetapi ia telah didedahkan sendiri secara terperinci oleh mereka-mereka yang asalnya dari Pakatan Rakyat.

5. Pakatan Rakyat sebenarnya sudah tidak ada ruang lagi untuk menutupi kelemahan diri. Jadi tidak hairanlah kenapa pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa bertindak umpama beruk seperti yang berlaku didalam dewan Rakyat dan di persidangan DUN Perak. Ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat dan cuba menganggap seperti rakyat Malaysia bebal dan bangang untuk menerima tingkah laku mereka yang langsung tidak mencerminkan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama