Advertisement - Contact Us

Kamalanathan menjadi penentu akan maruah Samy Vellu dalam MIC...

1.  Segala teka-teki hari ini akhirnya terjawab sudah. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional secara rasminya mengumumkan pemilihan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon BN bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pengumuman ini dibuat di Bukit Sentosa dan turut dihadiri oleh Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu.

2.  Namun begitu, kelibat Dato' G. Palanivel yang disebut-sebut sebagai calon pilihan Samy Vellu tidak kelihatan di majlis tersebut. Seorang lagi calon yang berada dalam senarai MIC, M. Mugilan yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC turut berada di majlis berkenaan bagi memberi sokongan moral.

3.  Samy Vellu dikatakan menerima pemilihan Kamalanathan bagi menggantikan Palanivel melalui kompromi yang telah dipersetujui bersama menerusi perbincangan tertutup antara Samy Vellu dan Muhyiddin Yassin. Sebagai ganti, Palanivel mungkin akan dilantik sebagai senator dan timbalan Menteri bagi memenuhi kuota kabinet untuk MIC.

4.  Palanivel dikatakan menjadi kurang popular di kalangan penduduk Hulu Selangor dan ditolak oleh akar umbi terutama dari UMNO disebabkan kegagalannya memberi khidmat terbaik kepada masyarakat Hulu Selangor walaupun telah diberi peluang menjadi wakil rakyat selama 4 penggal. Palanivel terlalu memberi tumpuan terhadap perebutan jawatan dalam kepimpinan tertinggi MIC hingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

5.  Setelah segala persoalan terjawab, maka kini tiba masanya pula untuk seluruh tenaga dan jentera BN kembali berganding bahu dan bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan memastikan kemenangan di tangan Kamalanathan. Umum sedia maklum bahawa Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor bakal menjadi penentu hala tuju politik MIC dan bakal menjadi kayu pengukur akan penerimaan rakyat terhadap BN dan MIC.

6.  Sementara itu, di Kedah, seorang lagi ADUN dari PKR telah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Tan Wei Shu yang juga merupakan ADUN Bakar Arang bertindak keluar PKR setelah dikatakan kecewa dengan kepimpinan negeri dan sering ditipu dan dipergunakan oleh pihak berkepentingan.

7.  Tan Wei Shu merupakan pemimpin ADUN ke-2 dari Kedah yang keluar dari PKR. Sebelum ini, ADUN Lunas, YB Radzi telah bertindak keluar parti. Ini jelas membuktikan betapa PKR semakin hilang taringnya sedikit demi sedikit. Kebanyakan mereka yang keluar dari PKR dikatakan kecewa dengan segelintir kepimpinan tertinggi parti yang terlalu tamakkan kuasa. Pada masa yang sama, mereka rasa tertipu dan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim yang terlalu mengejar kepentingan politik peribadinya.

1 Ulasan

  1. Apasal pulak jatuh maruah Samy dalam MIC....Samy play safe le anil.....Kalau BN kalah di Hulu Selangor ....bagaimana Samy boleh tergugat????

    Samy mungkin cakap: Ini saya semua sudah tahu, BN mesti kalah, kalau ini G Palat jadi calon, gerenti BN menang besor....ni orang tak dengar saya punya ...saya sudah lebih 20 tahun dalam politik...semua saya tahu....tu Muhyiddin mahu kena tendang keluar pun saya sudah lama tahu....Selamat Mengundi...Tolak MIC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama