Advertisement - Contact Us

Guan Eng terpaksa pergunakan MPSP kerana takut kepada Zahrain...

1.  Syabas saya ucapkan kepada Angkatan Belia Pemuda Paya Keladi, Kepala Batas di atas kejayaan mereka menganjurkan ceramah politik pada 6 April yang lalu. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui terutama dari pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan rakyat yang sedaya upaya cuba mengagalkan ceramah ini dengan pelbagai cara.

2.  Kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng sebenarnya berasa tergugat dan 'panas punggung' dengan kehadiran Saudara Ezam Mohd Noor dan YB Zahrain Hashim sebagai penceramah yang diundang dengan tajuk "Kisah Sebenar". Guan Eng takut tembelang dan tipu helahnya selama ini akan dibongkar dan didedah kepada rakyat Pulau Pinang.

3.  Selama ini, pembangkang sering menuduh kononnya kerajaan BN gemar mengambil kesempatan ke atas prasarana dan sumber dari pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran untuk kepentingan politik BN. Kali ini, secara jelas dan nyata, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah mempergunakan kuasa yang ada terhadap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan mengeluarkan arahan kepada MPSP supaya menurunkan banner dan bunting yang berkaitan dengan ceramah "Kisah Sebenar" ini. Malah poster juga diarahkan supaya dikoyak dan dibuang.

4.  Tindakan ini jelas sebagai usaha untuk menggagalkan program ceramah ini dari sampai ke telinga rakyat. Tidak cukup dengan itu, beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap penganjur ceramah. Antara laporan yang dibuat kononnya UMNO cuba menfitnah kepimpinan Pakatan Rakyat melalui ceramah yang akan diadakan ini.

5.  Bayangkanlah betapa cetek dan dangkalnya pemikiran Pakatan Rakyat. Bagaimana fitnah boleh berlaku sedangkan ceramah yang dirancang belum pun lagi berlangsung. Ini jelas menunjukkan betapa kerajaan negeri Pakatan Rakyat berasa rimas perut dan sangat tergugat dengan kehadiran Ezam dan Zahrain. Mereka sedar akan keupayaan Ezam dan Zahrain yang pasti menyimpan 1001 rahsia berkaitan dengan keburukan dan salah laku kerajaan Pakatan Rakyat terutama membabitkan Anwar dan Guan Eng.

6.  Apa pun, sekali lagi syabas kepada pihak penganjur kerana akhirnya berjaya menganjurkan ceramah tersebut dengan jayanya. Malah sambutan yang diterima dari penduduk setempat juga sangat menggalakkan. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa anggaran jumlah kehadiran jelas melebihi 800 orang. Bayangkan jika kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak membuat sabotaj. Saya yakin jumlah yang hadir mungkin boleh mencecah 2000 orang.

7.  Inilah petanda bahawa rakyat kini mahu tahu akan perkara yang sebenar berkenaan apa yang berlaku dalam senario politik semasa. Rakyat sudah jemu dan muak ditipu, diperbodoh dan diperguna oleh puak yang hanya mementingkan kepentingan diri. Perlu diingat, Pakatan Rakyat tidak akan mampu mellindungi tahi mereka yang busuk selama-lamanya. Segala-galanya pasti akan terdedah dan saatnya jelas semakin hampir tiba.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama