Selasa, 13 April 2010

Anwarlah sebenarnya perisik dari Israel dan Yahudi...

1.  Anwar bersungguh-sungguh cuba memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Najib dengan pelbagai isu yang bangang sejak kebelakangan ini. Antaranya isu berkaitan 1 Malaysia dan APCO, isu kewujudan perisik Israel di dalam PDRM dan isu Sukhoi.

2.  Menariknya isu-isu ini dihangatkan dan disensasikan bilamana negara dikejutkan dengan pendedahan eksklusif dari YB Zahrain dan YB Zulkifli. Tindakan Anwar jelas menunjukkan betapa dirinya begitu terdesak untuk mengalihkan perhatian rakyat dari terus tertumpu kepada kegiatan salah laku dirinya selama ini.

3.  Inilah strategi yang sering dan amat gemar digunakan oleh Anwar sejak dari mula lagi. Mencipta salah pihak lawan, membuat tuduhan dengan asas yang belum pasti, mewujudkan polemik dan kerisauan kepada rakyat dan akhirnya rakyat teralih dan terlupa dengan keburukan dan kejahatan dirinya.

4.  Lihatlah dengan isu terbaru yang dicipta oleh anwar. Anwar cuba mengaitkan Israel kononnya kerajaan menjalin hubungan dengan negara yahudi ini. Anwar sedar betapa rakyat Malaysia terutama orang Islam sangat membenci Israel. Dengan mengaitkan hubungan palsu dua negara ini maka secara tak langsung Anwar cuba memupuk sifat benci rakyat terhadap kerajaan.

5.  Selain itu, Anwar juga cuba menimbulkan rasa tidak selamat dengan isu yang dicipta olehnya. Akhirnya anwar akan menyalahkan kerajaan jika wujud ketidak tenteraman di kalangan rakyat Malaysia. Inilah taktik yang berada di fikiran Anwar.

6.  Walhal, selama ini Anwar lah yang paling rapat dan paling baik dengan puak Yahudi terutama dari Amerika. Lihatlah berapa kali Anwar dijemput oleh Yahudi untuk memberi conference dan ucapan. Malah anwar juga sering menjalinkan hubungan dengan puak ortodok yang bencikan Islam.

7.  Perlu diingat juga, Anwar dan konco-konconya selama ini selalu mempergunakan hubungan diplomatik mereka dengan negara luar terutama dari Amerika dan Australia untuk memburukkan-burukkan negara Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional. Anwar juga suka mencetuskan spekulasi bagi menjatuhkan tahap ekonomi negara dan pada masa yang Anwar akan cuba menonjolkan dirinya kononnya sebagai penyelamat.
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. aku mmg setuju sgt dgn statement ke 6...mengata org dia yg lebih

    BalasPadam
  2. Karpal Singh kata "Anwar Ibrahim perlu bertaubat"

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE