-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 19 Jun 2009

UMNO PAS : Negara Islam sejati akan menjadi realiti hanya melalui kerajaan perpaduan...

1. Siapa sebenarnya yang mencetuskan 'Islamophobia' baik di kalangan orang bukan Islam di dalam Malaysia mahupun di luar negara seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz? Adakah selama ini UMNO dan BN yang mewujudkan perasaan 'Islamophobia' hingga membuatkan orang bukan Islam memandang serong dan berpandangan negatif terhadap umat Islam?

2. Semakin hari, semakin banyak alasan yang cuba diberikan oleh Nik Aziz hanya untuk menagakkan benang yang basah dan menidakkan usaha merealisasikan cadangan kerajaan perpaduan ini. Sikap Nik Aziz ini langsung tidak mendatangkan sebarang manfaat baik kepada umat Islam mahupun bangsa Melayu malah ia mencerminkan imej Nik aziz yang sering bertindak terburu-buru dan gemar mempergunakan kedudukannya dalam PAS untuk menjatuhkan dan memburukkan pihak lain.

3. Nik Aziz juga sering meluahkan rasa tidak puas hatinya menggunakan saluran yang salah tanpa melalui sebarang perbincangan terlebih dahulu. Sepatutnya, mengenai isu kerajaan perpaduan ini, walaupun Nik Aziz dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan, beliau perlu berbincang dan mencari pendekatan melalui permuafakatan dan muzakarah sesama kepimpinan PAS yang lain. Bukannya mempergunakan saluran media dan pengaruhnya untuk menghentam pihak lain hingga menampakkan seperti wujud perpecahan dalam PAS.

4. Berbalik kepada istilah 'Islamophobia' tadi. Sebelum ini, siapakan yang paling ramai ditahan dan disiasat berhubung penglibatan dengan gerakan keganasan seluruh dunia? Dari mana datangnya ahli-ahli Jemaah Islamiah yang hangat diperkatakan sebelum ini yang mana mempunyai perkaitan dengan gerakan Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan lain? Bukankah antara yang terlibat dan ditahan bagi membantu siasatan adalah anak kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri? Jadi, tidak salah saya katakan bahawa PAS lah sebenarnya yang menyumbang kapada perasaan 'Islamophobia' di Malaysia pada ketika itu.

5. Mungkin sekarang tidak lagi. Ini atas usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh hendak membersihkan nama negara dari terus dilabel sebagai negara pengganas dan jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada pihal luar untuk memerangi habis-habisan sebarang gerakan keganasan di dalam negara.

6. Mungkin ada benarnya apabila PAS menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berjaya merapatkan jurang antara kaum dan sekaligus membuang perasaan takut orang bukan Islam kepada umat Islam. Tapi ini semua berlaku setelah PAS secara drastik telah mengubah dasar perjuangan asal dari pro Islam fanatik kepada yang lebih terbuka hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat.

7. Apa sudah jadi dengan dasar untuk mewujudkan sebuah negara Islam sejati secara total? Apa pula ceritanya dengan perjuangan untuk melaksanakan hudud? Mahukah DAP bekejasama jika PAS secara serius mahu meneruskan agenda perjuangan asalnya? Sedangkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh secara terbuka menolak cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam jika ditakdirkan PR menjadi kerajaan.

8. PAS sebenarnya cuba meletakkan kegagalan mereka untuk memperjuangkan negara Islam kepada UMNO. Mereka berjaya memanipulasikan dan menipu rakyat kononnya UMNO lah yang menyekat dan menghalang perjuangan mereka ke arah negara Islam. Pada masa yang sama PAS menggunakan ketayap dan serban di kepala untuk memperolok-olokkan dan hanya bersikap acuh tak acuh terhadap perjuangan negara Islam ini.

9. PAS sebenarnya amat takutkan DAP walhal jika mereka bersungguh-sungguh, negara Islam seperti yang mereka inginkan mampu menjadi realiti. Kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan UMNO dan BN merupakan pilihan yang paling tepat jika mereka mahu negara Islam direalisasikan. Bukan dengan DAP atau Anwar Ibrahim yang jelas hanya memperjuangkan kepentingan peribadi dan politiknya sahaja.

10. Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin sedar akan perkara ini. Masalahnya sekarang cuma Nik Aziz yang terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat. UMNO pada bila-bila masa sahaja sedia untuk mendengar pandangan dan cadangan PAS beghubung kerajaan perpaduan yang pastinya lebih kepada sebuah negara Islam. Pemimpin UMNO juga Islam dan pastinya UMNO juga tahu bahawa Islam adalah pilihan terbaik dan paling adil terhadap semua pihak. Asalkan semua pihak bersikap terbuka dan positif tanpa perlu memikirkan sebarang syarat yang mana akhirnya akan jadi tembok penghadang kepada kejayaan kerajaan perpaduan ini.

11. Apa lagi yang cuba dipertahankan oleh Nik Aziz? Jika benar PAS mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam hakiki, mulakan lah langkah pertama ke arah kerajaan perpaduan antara UMNO - BN - PAS.

Khamis, 18 Jun 2009

UMNO PAS : Nik Aziz 'senteng' lengan, Ustaz Nasha 'senteng' kaki...

1. PAS benar-benar di ambang keretakan. Ini juga beerti misi pertama Anwar Ibrahim iaitu membentuk 2 puak dalam PAS semakin berhasil. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz betul-betul naik angin hingga sanggup mendesak Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin untuk meletak jawatan selaku Timbalan dan juga ahli Parlimen Bachok. Ini bermaksud Nik Aziz sudah mula bertindak menghalau pemimpin PAS yang sah dan dilantik berdasarkan suara majoriti ahli Pas keluar dari parti PAS.

2. Kenapa Nik aziz benci sangat dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ini? Adakah kerajaan perpaduan yang dibenci atau orang yang engkar kepada arahannya? Jika begini lah lenggok gayanya, ini menunjukkan bahawa PAS sudah hilang kebebasan bersuara dan hak untuk memberi pendapat.

3. Apa yang lebih menarik berkenaan dengan isu ini adalah penerimaan ahli-ahli PAS yang lain berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan. Jika keputusan pemilihan kepimpinan dalam muktamar PAS baru-baru ini dijadikan kayu pengukur, jelas menunjukkan ahli-ahli PAS peringkat akar umbi memandang isu kerajaan perpaduan dan Pro-muzakarah ini dari aspek yang positif dan mahu melihat perkembangan cadangan ini berdasarkan penerimaan pemimpin yang menang dalam pemilihan tersebut.

4. Jadi kenapa Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh hendak menentang cadangan ini hingga tidak mahu lagi berbincang dengan pemimpin lain untuk mencari pendekatan yang lebih baik? Salahkah jika saya andaikan wujudnya pihak ketiga yang menjadi dalang dan penghasut utama kepada Nik Aziz supaya menolak mentah-mentah sebarang usaha untuk merealisasikan pembentukan kerajaan perpaduan.

5. Terbaru, timbul desas-desus mengatakan Jentera Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai di bawah pimpinan Nik Aziz telah menyenarai hitamkan nama beberapa pemimpin PAS dan akan melarang nama-nama tersebut untuk terlibat dalam sebarang ceramah dan kempen di Manek Urai.

6. Sementara itu, Kelab Penyokong PAS yang pro Nik Aziz mencadangkan agar memboikot dan melarang mana-mana pemimpin PAS yang pro kerajaan perpaduan dari hadir dan membantu kempen PAS di Manek Urai.

7. Akibatnya, hari ini, beberapa Dewan Pemuda PAS Negeri yang sepatutnya membantu jentera PAS di Manek Urai telah mengambil keputusan untuk menarik diri dan tidak mahu terlibat dalam kempen PRK tersebut. Enam negeri tersebut termasuklah Terengganu yang juga merupakan negeri Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi.

8. Apa pun yang pasti, pihak yang tersenyum lebar menyaksikan perkembangan dalaman PAS ini sudah tentulah dalang utamanya, Anwar Ibrahim. Niatnya untuk menjatuhkan kumpulan pro-muzakarah walaupun pada muktamar yang lalu telah gagal namun kini telah menampakkan anda-tanda positif.

Rabu, 17 Jun 2009

UMNO DAP : Lim Kit Siang mahu apa yang orang Melayu dapat...

1. Bolehkah Anwar memberi jaminan bahawa orang Melayu di Malaysia tidak akan ketinggalan dan tidak akan terpinggir sepertimana yang telah terjadi kepada Melayu Singapura sekiranya Anwar tersangkut menjadi PM Malaysia?? Dan mampukah kepimpinan PAS berjanji akan membawa orang Melayu seiring dalam pembangunan setidak-tidaknya di kedudukan sekarang jika ditakdirkan Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan???

2. Jika mampu, pastikan jaminan dan janji itu bukan sekadar janji politik yang lazimnya umpama menanam tebu dipinggir bibir. Buktikan sekarang... Rakyat tidak mahu lagi memberi harapan bersandarkan pada janji-janji tatkala belum berada di puncak.

3. Kenapa saya bangkitkan persoalan ini? Adakah kita sedar di mana kedudukan dan apakah halatuju seterusnya orang Melayu kini? Terus terang memang saya ingin bangkitkan soal perkauman. Kenapa??? Kerana semakin hari kini semakin banyak pertikaian cuba ditimbulkan oleh segelintir pihak yang ingin mengambil kesempatan termasuk melibatkan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang selama ini telah dipersetujui bersama.

4. Semalam, di Parlimen, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan nada angkuh dan bongkak cuba mempersoalkan kenapa orang Melayu lebih ramai menerima bantuan biasiswa berbanding bangsa lain. Itu yang terbaru. Walhal sebelum ini pun sudah banyak pihak secara terang-terangan menggunakan hak kebebasan bersuara untuk mempersoalkan isu sensitif ini. Antara yang sering dipersoalkan adalah berhubung kuota 30% penglibatan bumiputera dalam ekonomi, kedudukan agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi, peranan orang Melayu dalam kerajaan, hak-hak keistimewaan dan bantuan-bantuan yang diterima oleh bangsa Melayu dan beberapa perkara lain.

5. Kenapa perkara ini ditimbulkan sekarang? Tidakkah selama ini rakyat Malaysia sudah hidup dalam suasana harmoni dan makmur tanpa ada pihak yang terpinggir walaupun dibayangi dengan hak-hak keistimewaan ini. Adakah pertikaian ini sebenarnya merupakan agenda yang cuba dibawa bersama dengan kebangkitan Pakatan Rakyat??

6. Apa sebenarnya yang telah berlaku dengan kotak pemikiran orang Melayu sekarang? Adakah orang Melayu terutama yang mendokong aspirasi Pakatan Rakyat berpijak di bumi nyata atau berada di alam khayalan ciptaan Anwar? Sedangkan ditatang dek keistimewaan dan hak-hak selaku pribumi pun masih berada nun jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Inikan pula jika segala hak keistimewaan yang selama ini dikecapi ditarik balik.

7. Sudah lah wahai Anwar. Janganlah engkau terus mempergunakan kelembutan bangsa Melayu hanya untuk meraih sokongan bangsa lain. Jangan lah engkau mempergadaikan maruah bangsa sendiri demi mengejar cita-cita nafsu serakah mu. Jangan kerana janji yang kau tabur kini membuatkan bangsa Melayu hilang telur di reban sendiri...

UMNO PAS : Nizar memang merancang untuk buat 'havoc' dalam Parlimen...

1. Tindakan spontan??? Adakah tindakan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin yang terpekik terlolong di dalam Parlimen sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpahnya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang boleh dikategorikan sebagai tindakan spontan?

2. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin mengaku bahawa Nizar tidak pernah memaklumkan kepadanya atau pemimpin PAS yang lain yang beliau akan bertindak sedemikian di dalam Parlimen. Ustaz Nasha juga agak terkejut dengan tindakan Nizar dan menanggap bahawa tindakan itu merupakan satu tindakan spontan dari Nizar dan ia tidak dirancang.

3. Nizar bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain, kebanyakannya dari Perak, melaungkan 'Hidup rakyat' dan 'Bubar DUN Perak' sebaik sahaja beliau selesai menangkat sumpah. Mereka juga telah mengenakan lilitan hitam bertulis 'Bubar DUN Perak' di songkok dan di lengan.

4. Akibat dari tindakan biadap itu, Nizar dan pemimpin PR yang terlibat telah diusir keluar dari dewan oleh Speaker dan disusuli dengan tindakan gantung selama 2 hari. Perbuatan mengenakan lilitan di kepala dan lengan jelas menunjukkan bahawa mereka merancang lebih awal untuk bertindak sedemikian rupa dan ia bukanlah satu tindakan spontan.

5. Lainlah jika Nizar secara tiba-tiba berguling di lantai dan menjerit tidak tentu hala, barulah dinamakan spontan atau tindakan luar kawalan atau tindakan tanpa dirancang.

Selasa, 16 Jun 2009

UMNO PAS : Sejauh mana keikhlasan PAS berhubung kerajaan perpaduan...

1. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengeluarkan kenyataan pada dasarnya kerajaan berminat dan bersetuju untuk mengkaji secara terperinci berhubung cadangan PAS yang ingin mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan dengan UMNO.

2. Sebelum ini, PAS melalui Presidennya, Tuan Guru Haji Hadi telah mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO walaupun mendapat tentangan hebat dari Mursyidul AM PAS sendiri Tuan Guru Nik Aziz dan rakan sekutu Pakatan Rakyat yang lain.

3. Namun begitu, apa yang menarik, TGHH bersama kumpulan Pro-Muqabalahnya telah menjaya menumbangkan cubaan pengambil alihan kuasa oleh kumpulan Edrogan yang diyakini didalangi oleh Anwar dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Keputusan ini seperti menampakkan kehendak akar umbi dan ahli PAS yang berminat dengan cadangan bermuqabalah bersama UMNO.

4. Manakala dalam UMNO, wujud kemungkinan salah faham berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini. Sebagai contoh, mantan PM, Tun Mahathir dikatakan kurang berminat dengan kewujudan kerajaan perpaduan ini. Alasan, bagi sebuah negara demokrasi, perlu ada pihak pembangkang yang akan menjadi cermin kepada kerajaan.

5. Dalam perkara ini, TGHH dan golongan PAS yang pro-kerajaan perpaduan perlu memberi penjelasan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan. Adakah ia bermakna semua parti dalam negara ini menjadi kerajaan bersama dan tidak wujud istilah pembangkang? Atau hanya kerajaan perpaduan antara BN dan PAS yakni kerjasama antara parti UMNO dan PAS bagi membentuk kerajaan bersama?

6. Dato' seri Najib juga beranggapan bahawa TGHH dan golongan PAS yang pro kerajaan perpaduan sudah mula menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan bagi menjayakan cadangan kerajaan perpaduan ini.

7. Namun begitu, perlu diingat, kedua-dua pihak perlu mengkaji dan meneliti sedalam-dalamnya berhubung isu kerajaan perpaduan ini. Ia perlulah merangkumi semua aspek yang relevan seperti bentuk kerjasama yang sesuai, perkara yang memerlukan penekanan khusus dan hala tuju kerajaan perpaduan ini.

8. Pastinya semua pihak tidak mahu perlaksanaan kerajaan perpaduan ini hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam, atau akan timbul rasa tidak puas hati dan rasa terpinggir baik di pihak UMNO mahu pun PAS. Demi agama, bangsa dan negara, kita mahu kerajaan perpaduan ini (jika berjaya dilaksanakan) akan dapat menyumbang sesuatu ke arah yang positif dan apa yang lebih penting adalah rakyat dan negara dapat menikmati faedah dan manfaat dari kejayaan kerajaan perpaduan ini.

Isnin, 15 Jun 2009

UMNO PAS : Langkah awal Nizar, langkah 'Biadap'...

1. Biadap. Inilah istilah paling tepat untuk ditujukan kepada Nizar dan geng mangkuk hayunnya yang telah dihalau keluar dari Parlimen.

2. Nizar yang baru hari ini mula masuk ke Parlimen mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru dimenanginya dalam PRK lalu sudah mula terbawa-bawa sikap biadap dan tidak senonohnya dari Perak ke Parlimen.

3. Belum pun sampai 1/2 jam Nizar mengangkat sumpah, dia dengan penuh keegoan cuba untuk menarik perhatian dan menagih simpati Dewan berkaitan kemelut yang melanda negeri Perak. Turut serta bersamanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain antaranya Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan beberapa pemimpin lain.

4. Nizar bersama konco-konconya cuba membuat kacau di dalam Dewan dengan memakai lilitan tangan bertulis 'Bubar DUN'. Speaker sebelum itu sudah beberapa kali memberi amaran agar menghormati dewan sebelum beliau hilang sabar dan terpaksa mengusir mereka keluar dari Dewan.

5. Sambil berjalan keluar, Nizar dengan sombongnya memekik "Bubar DUN" dan disambut oleh rakan-rakannya yang lain. Berikutan dengan tindakannya itu, Nizar bersama 4 lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dikenakan hukuman gantung dari menghadiri sidang selama 2 hari.

6. Saya amat tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat yang menggunakan nama rakyat untuk menarik perhatian dalam usaha untuk mendesak agar DUN Perak dibubarkan. Adakah seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya mahukan agar DUN dibubarkan? Atau hanya segelintir rakyat yang terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang mahukan pembubaran DUN?

7. Bagaimana dengan suara rakyat yang tidak memerlukan pembubaran DUN? Jadi, Pakatan Rakyat tidak layak menggunakan istilah rakyat Malaysia untuk menagih simpati. Sepatutnya mereka perlu lebih rasional dengan menggunakan istilah 'seluruh penyokong Pakatan Rakyat' mahukan pembubaran DUN Perakk, bukan 'seluruh rakyat Malaysia'.

8. Walau apa pun, tindakan Nizar yang tidak menghormati parlimen memang tidak boleh dimaafkan. Jelas kini matlamatnya menjadi Ahli Parlimen bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi berkhidmat untuk kepentingan politik peribadi.

UMNO PAS : Nik Aziz dicucuk jarum peniti Sang Anwar...

1. Isu kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi benar-benar menggamit seribu persoalan hingga menimbulkan pelbagai prasangka samada baik mahupun buruk tidak kira dari luar apatah lagi gegaran dari dalam PAS sendiri.

2. Apa yang pasti, puak atau golongan yang paling gusar apabila menyebut kerajaan perpaduan adalah dari sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

3. DAP secara terbuka dan lantang, melalui orang kuatnya, Karpal Singh, baru-baru ini telah mengkritik cadangan Haji hadi ini yang dianggap tidak menghormati dan membelakangkan semangat setiakawan sesama Pakatan Rakyat. Malah DAP juga mahu Haji Hadi memohon maaf secara terbuka kepada PKR dan DAP dan mahu cadangan berhubung kerajaan perpaduan ini ditamatkan dengan segera.

4. Itu DAP. PKR melalui Penasihat partinya, Anwar Ibrahim lebih bijak memanipulasikan perkara ini dan cuba mempergunakan segala saluran yang ada dalam PAS untuk mengkritik cadangan Haji Hadi ini. Dalam diam, Anwar menggunakan jarum saktinya untuk mencucuk musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar menentang habis-habisan cadangan untuk menjayakan kerajaan perpaduan ini.

5. Malah, makin hari Nik Aziz dilihat semakin lantang menentang cadangan ini hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang agak kasar kepada rakannya sendiri di dalam PAS. Menurut Nik Aziz, pihak yang menyokong dan cuba mengidupkan sebarang usaha bagi menjayakan kerajaan perpaduan ini dianggap sebagai 'boneka UMNO'. Tidakkah kenyataan ini secara direct ditujukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi yang mana dari mula lagi menunjukkan minat terhadap kerajaan perpaduan ini?

6. Kenapa perlu untuk Nik aziz begitu lantang dan terbuka mengkritik rakan sendiri walhal Nik Aziz boleh memilih untuk berbincang secara tertutup dan lebih 'gentleman'? Tidakkah ini menggambarkan bahawa sudah tidak wujud persefahaman dan pintu untuk kedua-dua pemimpin utama PAS ini duduk semeja sudah tertutup rapat?

7. Atau, wujud desakan melampau dari luar PAS yang mahu satu tindakan drastik diambil untuk menggagalkan kerajaan perpaduan ini? adakah Nik Aziz telah diberi kata dua samada mendesak Haji Hadi atau bakal kehilangan sesuatu yang amat diharapkan olehnya dan PAS selama ini?

8. Apapun, DAP dan PKR terutamanya Anwar Ibrahim pastinya amat membencikan cadangan kerajaan perpaduan ini. Penyatuan dan perpaduan orang Melayu terutama antara PAS dan UMNO hanya akan melemahkan dan menggagalkan cita-cita Anwar selama ini. Anwar tetap mahu Melayu terbahagi 2 kerana dia yakin akan mendapat sokongan padu Cina dan India. Hanya dengan cara ini sahaja Anwar dapat menggapai cita-citanya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ahad, 14 Jun 2009

UMNO PKR : Muslihat Lee Kuan Yew datang ke Malaysia...

1. Sudah 8 hari Menteri Kanan Singapura bertaraf Penasihat, Lee Kuan Yew berada di Malaysia dengan pelbagai agenda telah beliau lalui.

2. Secara asasnya, tujuan lawatan Lee Kaun Yew ke Malaysia adalah untuk bertemu dan mengadakan perbincangan melibatkan banyak perkara dengan kerajaan Malaysia atau kerajaan BN. Menariknya, kebanyakan masa dan aturcara lawatannya di Malaysia bukan melibatkan pemimpin BN tetapi dilihat lebih condong untuk bersama dan berbincang dengan pemimpin pakatan rakyat.

3. Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dikatakan tidak berminat untuk bertemu Lee Kuan Yew atas beberapa alasan. Antaranya dengan nada Sinis dan penuh sindiran, Tun menganggap dirinya tidak layak dan tidak setaraf untuk bertemu dengan Lee yang dianggap pemimpin terulung di singapura, hingga sekarang.

4. Sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan pemimpin yang diketuai oleh Lim Guan Eng, Lee Kuan Yew telah mengkritik negeri Pulau Pinang kononnya negeri ini mengalami pembangunan yang amat perlahan dan agak ketinggalan jika dibandingkan Seremban dan Ipoh.

5. Lee Kuan Yew juga telah membayangkan kononnya PAS dan Pakatan Rakyat berada dalam laluan yang betul dan tepat untuk mengambil alih pemerintahan pusat.

6. Apa tujuan sebenar Lee Kuan Yew datang ke Malaysia? Adakah wujud agenda tersembunyi yang sedang diatur dan direncanakan bersama pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim? Umum sudah mengetahu akan hubungan Singapura yang dikatakan begitu intim dengan negara barat terutama Amerika.

7. Dan umum juga sedar akan perkaitan Anwar dengan Amerika yang dikaitkan sebagai penyumbang terbesar baik dari segi sokongan mahupun dana kepada PKR sewaktu PRU-12 yang lepas. Mungkinkah Lee Kuan Yew membawa mesej atau utusan dari Amerika kepada Anwar?

8. Anwar pasti tagihkan sokongan dan bantuan dari Amerika dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kemungkinan Anwar akan menggunakan Singapura sebagai perantara bagi menambahkan kekuatan jentera dan usahanya.

9. Walau apa pun kemungkinan dan spekualsinya, saya amat yakin wujudnya unsur 'udang di sebalik batu' atau 'serampang dua mata' berhubung tujuan lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia...

Sabtu, 13 Jun 2009

UMNO PKR : PKM bakal menjadi parti ke-4 dalam Pakatan Rakyat...

1. Memang sudah dijangka. Anwar pastinya akan mengeluarkan kenyataan menyokong usaha untuk membenarkan Chin Peng, bekas pemimpin no.1 Parti Komunis Malaya pulang ke Malaysia. Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas berucap pada Kongres Khas PKR di Bangi.

2. Alasan yang diberikan Anwar adalah bersandarkan dasar perikemanusian. Anwar juga sedia memaafkan segala apa yang pernah dilakukan oleh Chin Peng dan menyeru kerajaan agar memberi peluang kepada Chin Peng menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia. Anwar memberi contoh bagaimana Rasulullah memaafkan dan menerima kembali bangsa Quraisy walaupun ramai orang Islam telah diseksa dan dibunuh oleh bangsa tersebut.

3. Memang sudah menjadi kelaziman dan 'favourite' Anwar untuk mengeluarkan kenyataan bercanggah atau menentang dan bersifat popular. Sebelum ini,, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak membenarkan ChinPeng kembali ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri juga telah menegaskan untuk tidak membincangkan lagi isu ini dan menganggap isu ini selesai.

4. Anwar secara terbuka cuba membangkitkan semula isu ini dan mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Tujuannya mungkin untuk memberikan imej positif di mata orang Cina kononnya beliau merupakan seorang pemimpin yang terbuka dan baik budi pekerti serta seorang yang pemaaf. Ini akan membuatkan masyarakat Cina dekat kepadanya dan menolak BN yang dianggap parti pendendam.

5. Anwar tidak memikirkan sensitiviti masyarakat Malaysia lain yang mungkin telah menerima kesan samada secara langsung atau tidak sewaktu komunis bermaharajalela. Anwar mungkin terlupa perit getir para berjuang yang bermati-matian mempertahankan negara dari kekejaman komunis.

6. Memang benar Chin Peng sudah tua dan uzur serta sudah tidak mampu untuk bergiat aktif menghidupkan semula fahaman komunis. Namun harus diingat, Chin Peng bukan sekadar pemimpin komunis, malah dia merupakan simbol komunis di Malaysia. Dengan membenarkan ChinPeng kembali ke Malaysia maka ia secara tak langsung telah memberi kemenangan kepada pergerakan komunis yang mungkin sedang bergerak secara 'underground' tanpa disedari. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak sepenuhnya.

7. Adalah tidak wajar untuk Anwar hanya mementingkan publisiti dan populariti sewaktu mengeluarkan sebarang kenyataan. Atau mungkin Anwar mempunyai agenda lain dengan menggunakan Chin Peng sebagai bahan?

UMNO PAS : 'Ajak-ajak ayam' Haji Hadi kepada Mat Sabu dan Husam...

1. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi telah melantik Mohamad Sabu dan Husam Musa untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Tambahan bagi Majlis Tertinggi PAS. Selain itu, turut dilantik adalah Dato' Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agong PAS dan Dato' Hatta Ramli sebagai Bendahari PAS.

2. Untuk makluman, Mohamad Sabu dan Husam Musa merupakan 2 calon yang telah tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS kepada Dato' Nasharuddin Md Isa yang berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

3. Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media susulan daripada perlantikannya telah memberi tempoh selama seminggu sebelum mengumumkan keputusannya samada akan menerima lantikan tersebut atau tidak.

4. Mohamad Sabu juga telah memberi pantun sindiran iaitu 'Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai saya antara nampak, esok jangan rindu-rinduan' dalam satu ceramah politiknya.

5. Manakala Husam pula masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun membayangkan bakal menerima lantikan tersebut memandangkan peranan Husam kini yang menjadi mata dan telinga kepada Anwar Ibrahim.

6. Persoalannya sekarang, kenapa Tuan Guru Hadi mengambil keputusan untuk melantik kumpulan yang jelas cuba untuk menentang pasukannya walhal perwakilan telah pun menterjemahkan kehendak mereka dalam Muktamar yang lalu bahawa mereka menolak golongan yang cuba menjadi api dalam sekam? Mampukan Mat Sabu dan Husam memberi sepenuh kerjasama kepada kepimpinan yang diterajui oleh Hadi dan Nasha?

7. Perlantikan Husam dalam kepimpinan seperti membuka lembaran dan peluang baru kepada puak edrogan yang didalangi oleh Anwar. Pastinya Anwar akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk cuba menguasai kembali PAS dari luar walau dengan apa cara sekalipun.

Jumaat, 12 Jun 2009

Kongres Khas PKR : Siapa pun Presidennya, tetap menjadi topeng Sang Anwar...

1. Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Kongres Khas pada hari Sabtu ini. Kongres Khas ini diadakan betujuan untuk meluluskan beberapa pembaharuan yang telah dicadangkan sebelum ini. Dianggarkan kira-kira 2000 perwakilan bakal hadir ke kongres ini.

2. Antara pembaharuan yang akan diluluskan adalah memindah hak memilih Presiden kepada ahli biasa yang bermaksud setiap ahli PKR berhak memilih Presiden Parti. Mengehadkan tempoh memegang jawatan Presiden iaitu tidak melebihi 3 penggala atau 9 tahun. Menambah jumlah Naib Presiden dari 5 orang kepada 7 orang. Menguatkuasakan kuota 30% wanita memegang jawatan tertinggi. Memperkenalkan kaedah undi sulit bagi memilih jawatan penting dan beberapa pembaharuan lain.

3. Apa yang menarik di sini adalah berkenaan beberapa perubahan melibatkan jawatan presiden. Kenapa PKR begitu beria-ia untuk membuat perubahan terhadap peranan serta kedudukan jawatan Presiden?

4. Umum sudah pun mengetahui bahawa dalam PKR, individu yang paling berkuasa dan menonjol bukanlah Presiden parti, tetapi Penasihat Parti yang disandang oleh Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal termasuk melibatkan perkara dasar dan hak membuat keputusan, presiden parti dilihat telah tenggelam dan dibanyangi oleh Penasihat.

5. Adalah tidak salah jika saya katakan bahawa Presiden PKR tidak lebih hanyalah berfungsi sebagai boneka dan semata-mata untuk melengkapkan carta sebuah organisasi berdaftar. Sedangkan fungsi dan peranan presiden telah diambil alih oleh Penasihat, Anwar Ibrahim.

6. Jadi, tidak ada gunanya sebarang perubahan dilakukan terhadap jawatan presiden selagi Anwar Ibrahim berkuasa selaku penasihat. Adalah lebih baik sekiranya Anwar dilantik (bukan dipilih) sebagai Presiden Seumur Hidup berdasarkan peranan yang dimainkannya sekarang.

7. Umum juga sudah mengetahui akan asal-usul PKR diwujudkan. Perjuangan PKR bukanlah untuk membela hak dan nasib rakyat sebenarnya, tetapi adalah untuk kepentingan politik individu atau lebih tepat lagi sebagai platform Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. PKR hanya berkisar kepada Anwar semata-mata. Bezanya, Anwar bijak memanipulasikan isu dan situasi semasa untuk menjadikan PKR sebagai alternatif pilihan rakyat dan pada masa yang sama menyembunyikan agendanya yang sebenar.

8. Apa akan jadi kepada PKR tanpa Anwar??? Saya pasti PKR juga akan terkubur seiring dengan pemergian Anwar dari parti PKR kelak. Buktinya... Perkara ini hampir berlaku sewaktu Anwar berada di Penjara bilamana PKR hampir pupus setelah hanya berjaya memenangi 1 kerusi di Permatang Pauh pada PRU-11 tahun 2004.

9. Jadi, apa matlamat sebenar perubahan yang bakal dilakukan pada hari Sabtu ini? Ia sebenarnya hanyalah bertujuan untuk membayangi rakyat kononnya PKR merupakan sebuah parti yang demokratik dan menarik serta memberi lebih peluang kepada akar umbi untuk terlibat dalam membuat dasar penting dalam parti...(kononnya)

Khamis, 11 Jun 2009

UMNO PAS : PAS memang dilahirkan untuk jadi boneka...

1. Menarik!!! Hari ini, Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS telah membuat satu kenyataan dengan menuduh kononnya pihak yang menyokong sebarang usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan sebagai 'boneka UMNO'.

2. Beliau juga menyelar Dato' Mustaffa Ali yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agong PAS kerana telah meminta semua pihak terutama dari dalam PAS sendiri agar berhenti dari terus membicarakan soal kerajaan perpaduan ini. Menurut Nik Aziz, sebarang perbezaan pendapat yang timbul dalam PAS perlu diketengahkan dan tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang berhak menutup mulut manusia.

3. Haji Hadi selaku Presiden PAS merupakan individu yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ini. Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, Haji Hadi berjaya kekal sebagai Presiden parti tanpa bertanding manakala jawatan Timbalan Presiden kekal milik Ustaz Nasharuddin yang menang menewaskan Husam dan Mat Sabu selaku pencabar. Kedua-dua pemimpin ini dikatakan mewakili puak pro-muqabalah dan berjaya menggagalkan usaha puak edrogan yang menentang sebarang usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

4. Sebelum itu, telah timbul spekulasi kononnya wujud anasir dalam PAS yang cuba menghasut Mursyidul Am agar menolak usaha untuk bermuqabalah dan sekaligus menolak cadangan Haji hadi selaku Presiden Parti. Anasir yang cuba menghasut ini datangnya dari rang yang paling kanan dengan Nik Aziz. sendiri. Pendedahan ini telah dibuat sendiri oleh anakanda Nik Aziz, Nik Abduh melalui laman blognya.

5. Kenyataan media terbaru dari Nik Aziz ini mengesahkan lagi dakwaan segelintir pihak menyatakan wujud pertelingkahan dalaman yang meruncing antara Mursyidul Am Pas dan Presiden parti. Tuduhan Nik Aziz berhubung 'boneka UMNO' ini secara tak langsung terkena tempiasnya kepada Haji Hadi yang ingin melihat muqabalah antara PAS dan UMNO menjadi realiti.

6. Namun begitu, Nik Aziz perlu ingat akan kedudukan terkini PAS. PAS mungkin cuba untuk mengelak dari menjadi boneka UMNO, namun pada masa yang sama PAS tidak boleh menafikan bahawa mereka sebenar sudah pun menjadi boneka atau kuda tunggangan kepada DAP dan Anwar Ibrahim. Mungkin Nik aziz lebih rela membiarkan PAS menjadi pencacai pihak yang nyata menolak Islam iaitu DAP dan menjadi hamba abdi kepada individu yang jelas hanya mengejar kepentingan individu dan politik daripada bekerjasama dengan pihak yang nyata dari sesama Islam dan sebangsa.

UMNO vs DAP : ADUN Jawi jadi 'gelap mata' tengok RM2000...

1. Indah khabar dari rupa. Inilah gambaran yang paling tepat untuk diberikan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat yang baru yang mana belum mencecah satu penggal pun lagi. Terbaru melibatkan ADUN Jawi dari DAP yang didapati terlibat dengan kes penyelewangan iaitu membuat tuntutan yang tidak masuk akal.

2. Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri cuba untuk menarik hati rakyat dengan memperkenalkan CAT sebagai prinsip yang perlu dipegang dalam membentuk pentadbiran negeri, namun apa yang dapat dilihat kini adalah kegagalan pemimpin bawahannya untuk menggalas prinsip tersebut.

3. Sebelum ini juga telah berlaku kes salah guna kuasa yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah membawa kepada perletakan jawatan beliau hingga memaksa PRK bagi DUN Penanti diadakan semula.

4. Sementara itu, dalam kes terbaru ini, ADUN Jawi yang mewakili DAP telah didapati membuat tuntutan sebanyak RM2000 bagi urusan pembelian set audio visual untuk diserahkan kepada sebuah pertubuhan orang-orang Cina dalam kawasannya. Menurut sumber, pembelian set tersebut yang merangkumi sebuah television dan pemain cakera padat hanyalah sekitar RM450 sahaja.

5. Ini jelas menunjukkan sikap sebenar pemimpin dari Pakatan Rakyat yang tamak dan mudah gelap mata apabila berdepan dengan wang dan peluang mudah untuk menperoleh wang. Jika sebelum ini Pakatan Rakyat cuba menarik perhatian rakyat dengan memperkenalkan prinsip ketelusan, jujur dan amanah, namun apa yang dapat dilihat kini adalah perkara yang disebaliknya dimana rakyat mula ditipu dan dipergunakan secara perlahan-lahan.

6. Jika sebelum ini, Pakatan Rakyat sering menuduh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional sering mengamalkan budaya seleweng dan salah guna kuasa dan hanya mementingkan poket sendiri, namun kini jelas perkara sama juga berlaku dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

7. Jika benar sekalipun kerajaan BN dahulu mementingkan poket sendiri, soal kebajikan rakyat tidak pernah terabai malah ia menjadi keutamaan. Berbeza kerajaaan Pakatan Rakyat kini yang lebih rela meminggirkan nasib rakyat dan lebih mengutamakan temolok sendiri sahaja.

Zambry vs Nizar : Terbukti Zambry lebih 'terbilang' berbanding Nizar...

1. Syabas diucapkan kepada Dato' Seri Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak dan barisan kepimpinan barunya di bawah Barisan Nasional. Ini memandangkan kemampuan pentadbiran beliau yang telah berjaya menunjukkan beberapa perkembangan positif ke arah kemajuan dan pembangunan negeri.

2. Keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di Perak telah berjaya menarik minat dan menaruh sepenuh keyakinan para pelabur dalam dan luar negara untuk datang melabur di Perak. Terbaru, sebuah syarikat terkemuka dunia yang memberi pengkhususan dalam industri bijih besi telah menunjukkan minat untuk datang melabur dan melebarkan sayap mereka di Perak.

3. Menurut beberapa sumber, syarikat yang beribu pejabat di Afrika Selatan bakal membuat pelaburan kira-kira 9 Bilion termasuk membina sebuah kilang berasaskan bijih besi. Lokasi yang diwar-warkan bakal menjadi pilihan adalah di Manjong, Perak. Semuanya sudah pun di peringkat penelitian terakhir sebelum pengumuman muktamad dibuat.

4. Kejayaan pentadbiran Dr. Zambry menarik minat pelabur asing dan sekaligus menafikan kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat kononnya cara BN mengambil alih pentadbiran negeri bakal mengakibatkan para pelabur menjauhkan diri untuk datang ke negeri Perak.

5. Apa yang dapat dilihat kini, jika perbandingan dibuat antara tempoh pentadbiran Nizar dan Zambry, jelas menunjukkan bahawa Zambry berjaya membawa satu perubahan atau satu anjakan positif kepada negeri Perak walaupun boleh dikatakan masih baru dilantik ke jawatan no. 1 negeri. Ini juga membuktikan bahawa pentadbiran BN di Perak benar-benar komited terhadap tanggungjawab dan tidak mengamalkan budaya 'berbulan madu'.

6. Ini berbeza dengan corak pentadbiran yang diamalkan oleh Nizar sebelum ini. Kerajaan Pakatan rakyat lebih banyak bermain politik dan lebih mengutamakan publisiti berbanding tanggungjawab untuk berkhidmat dan meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri. Rakyat negeri Perak tidak menikmati apa-apa perkembangan sepanjang tempoh 1 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

7. Sebelum ini, Dr Zambry juga telah berjaya menarik minat syarikat penerbangan terkemuka negara yang juga anak syarikat MAS, Firefly untuk membuka satu laluan penerbangan baru dan berpotensi tinggi iaitu laluan Ipoh-Singapura. Dengan kejayaan barisan kepimpinan baru Perak ini, ia secara tak langsung akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Perak. Contohnya, lebih banyak pelabur asing yang mampu dibawa masuk maka lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan di samping meningkatkan sumber pendapatan negeri.

8. Apa pun, syabas sekali lagi diucapkan kepada Dr. Zambry dan team BNnya. Diharap beliau dapat terus memberi khidmat yang terbaik dan dapat memberi sumbangan positif kepada negeri dan rakyat Perak. Buktikan bahawa Sultan Perak tidak salah membuat pilihan dengan memberi mandat kepada kerajaan BN dan menolak kerajaan Pakatan Rakyat.

Selasa, 9 Jun 2009

PKR 'terkendon' lutut gara-gara tindakan Lim Guan Eng...

1. Baru-baru ini, timbul satu isu melibatkan perlantikan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di mana majlis upacara angkat sumpah YDP tersebut telah dipulau oleh Ahli Majlis dari PKR. Kesemua 8 orang ahli Majlis yang mewakili Parti Keadilan Rakyat telah memboikot perlantikan Mokhtar Md. Jait sebagai YDP MPSP yang baru bagi menggantikan YDP lama, Farizan Md. Darus.

2. Ahli Majlis dari PKR ini tidak bersetuju perlantikan YDP dari kalangan kakitangan kerajaan dan mahukan jawatan tersebut diisi oleh ahli politik dari kalangan PKR sendiri. Untuk makluman, jawatan YDP sememangnya diisi oleh ahli politik sejak dari waktu pentadbiran BN lagi. Namun ianya berubah bilamana Lim Guan Eng mengambil alih teraju pentadbiran dengan melantik kakitangan kerajaan.

3. Di sini, saya memuji tindakan Lim Guan Eng kerana memecah tradisi dengan tidak melantik wakil PKR sebagai YDP. Guan Eng sedar akan berlaku tindakan monopoli sekiranya PKR berkuasa dalam MPSP.

4. Ini kerana rata-rata ahli PKR merupakan bekas ahli UMNO dan BN yang kecewa akibat gagal memenuhi kepentingan politik dan peribadi sewaktu dalam UMNO. Jadi, mereka pastinya akan menggunakan peluang dan kesempatan yang ada sewaktu berkuasa dalam pentadbiran negeri kini untuk mendapatkan semula apa yang telah mereka lepaskan sewaktu di dalam UMNO dulu.

5. Berbeza senarionya dengan DAP dan PAS yang sudah biasa dengan keadaan sedia ada. DAP dan PAS menumpukan untuk mengukuhkan kedudukan dalam pentadbiran dan cuba meletakkan kepentingan politik dan peribadi sebagai perkara kedua.

6. Di Pulau Pinang, kebanyakan isu seperti cuba merampas premis bekas milik kerajaan seperti tadika KEMAS, Dewan JKKK, dewan orang ramai dan gerai serta pasar malam seperti yang pernah berlaku di Balik Pulau, Bagan Ajam dan beberapa tempat lain sebenarnya didalangi oleh puak dari PKR. Mereka inilah yang beria-ia untuk mendapatkan semua permis tersebut sedangkan DAP selaku monopoli kerajaan negeri dan PAS sebagi sekutu Pakatan Rakyat tidak banyak menonjol dalam isu seperti itu.

7. Guan Eng sedar akan perkara ini. Tindakan beliau yang telah menggunakan Dr Mansor Othman yang baru dilantik sebagai TKM1 Pulau Pinang untuk mengumumkan perlantikan Mokhtar sebagai YDP membuatkan ahli majlis dari PKR terkedu dan tidak ada point untuk menentang keputusan Guan Eng.

8. Tindakan agresif PKR yang banyak mengguris hati penduduk Pulau Pinang sebenarnya amat merisaukan Lim Guan Eng yang selama ini sedaya upaya cuba untuk mencuri hati penduduk Pulau Pinang. Guan Eng pastinya sudah sedia maklum jika PKR diberi peluang menjawat jawatan no. 1 MPSP itu maka mereka akan mempergunakan sepenuhnya MPSP untuk kepentingan sendiri dan akan berlaku lebih banyak kekacauan dan rampasan permis dalam Seberang Perai.

9. Mokhtar Md. Jait sendiri bukanlah calang-calang individu. Beliau pernah menguruskan soal pembangunan sewaktu di Pejabat daerah. Beliau amat disenangi dikalangan kakitangan, kontraktor malah penduduk Sebarang Perai amat gemar berurusan dengan beliau. Beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan amat mengambil berat soal kebajikan.

Imam antara yang terbunuh. Mungkinkah Malaysia bakal mengikut jejak Narathiwat???

1. Sangat menyedihkan apabila melihat perkembangan terkini apa yang berlaku di Selatan Thailand. Menurut satu laporan akhbar, kira-kira 10 orang Islam telah terbunuh sewaktu sedang mengerjakan solat berjemaah di Masjid dalam daerah Narathiwat. Manakala 19 orang yang lain mengalami kecederaan yang serius dan sedang menerima rawatan intensif. Turut terbunuh adalah imam masjid terbabit.

2. Menurut laporan media itu lagi, seramai antara 5 atau 6 orang penyerang yang menggunakan senjata raifal telah melepaskan tembakan secara rambang dalam masjid terbabit ketika para jemaah sedang khusyuk mengerjakan solat Maghrib.

3. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib bersyukur kerana selama ini belum pernah beraku kejadian sedemikian rupa di negara kita. Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama samada Islam, Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain bebas mengamalkan aktiviti keagamaan di mana-mana rumah ibadat pada bila-bila masa tanpa perlu risau.

4. Berbanding penduduk di negara lain di seluruh dunia di mana pengaruh racist terutama melibatkan antara agama begitu kuat hingga boleh mengakibatkan kejadian keganasan. Jadi, pendapat segelintir pihak di Malaysia terutama dari kalangan pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan mengamalkan budaya racist adalah tidak benar sama sekali.


5. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah tindakan beberapa pihak dari kalangan pembangkang yang sering cuba untuk meniupkan sentimen perkauman dan racist di dalam sanubari rakyat Malaysia adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima dan perlu disekat. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang selama ini telah dinikmati oleh seluruh rakyat dan ia boleh menyebabkan keadaan hura-hara dan ketidakstabilan akan berlaku di dalam negara.


PATTANI: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu.

"Lima atau enam lelaki menembak raifal automatik dalam masjid di daerah Joh-I-Rong di Narathiwat," kata jurucakap polis, Lef Kol Somjai Singkliang.

Tetapi laman web akhbar The Nation memetik jurucakap tentera, Kol Parinya Chaidilok sebagai berkata hanya dua penyerang terbabit.


Akhbar itu turut melaporkan mangsa ke-11 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Antara yang terbunuh ialah imam masjid itu," kata Somjai sambil menambah kebanyakkan daripada 19 yang cedera itu dalam keadaan serius.
- B. Harian Online

Isnin, 8 Jun 2009

JKKKN Pakatan Rakyat perlu diajar supaya tidak menjadi 'kurang ajar'...

1. Susulan dari kes cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi JKKK Kawasan dari Pakatan Rakyat maka satu kenyataan media telah diadakan oleh pemimpin penduduk setempat, kepimpinan koperasi yang juga merupakan pemilik sah premis dan para peniaga yang terlibat.

2. Tujuan kenyataan media ini diadakan adalah untuk meneran
gkan kedudukan sebenar tentang apa yang sedang berlaku, mendedahkan salah laku pihak yang selama ini kononnya memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat dan sebagai satu pengajaran kepada pihak yang terbabit agar tidak menggunakan kuasa sesuka hati.

3. Sebelum itu,
satu laporan polis telah dibuat berhubung cubaan dan mengedarkan dokumen atau surat rasmi yang mempunyai kepala surat Pejabat Daerah secara palsu, salah guna kuasa dan cuba untuk membuat kutipan sewa secara tidak sah, ugutan dan beberapa tuduhan lain terhadap individu terbabit yang mana sebelum mendakwa dirinya merupakan Pengerusi JKKKN Kawasan dari Pakatan Rakyat.
"BUTTERWORTH 6 Jun - Sekumpulan 28 pemilik gerai di Taman Selera EMBA di Bagan Ajam di sini mendakwa gerai mereka di kawasan itu bakal dirobohkan jika enggan membayar sewa bulanan kepada seorang individu.

Menurut peniaga terlibat, mereka telah diminta membayar yuran bulanan RM150 sebulan kepada seorang individu yang mendakwa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Bagan Ajam.

Peniaga terlibat, Mazlan Abdul, 35, berkata, lelaki berkenaan turut mengemukakan surat dipercayai palsu yang menuntut para pemilik gerai supaya membayar sewa bulanan itu dan dia juga mengaku telah diberi kuasa untuk menjawat jawatan Pengerusi JKKK negeri.

"Kami memang tidak mengenalinya dan tidak percaya dengan surat yang diedarkan sendiri kepada setiap pemilik gerai di sini.

"Surat kuasa palsu itu yang bertarikh 1 Jun 2009 juga, kononnya diberikan salinan kepada Timbalan Ketua Menteri 1," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, sebahagian peniaga terlibat kemudiannya telah bertemu pegawai di Pejabat Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi memastikan surat yang dibawa oleh individu berkenaan dan mereka menafikan perkara itu.

Sementara itu, Penasihat Koperasi Tenaga EMBA, Ahmad Zainol, 72, berkata, pihaknya mengenali lelaki berkenaan yang turut mengunjungi premis perniagaan berkenaan sambil merakamkan gambar gerai dan dewan serbaguna di kawasan berdekatan.

"Kita kenal individu tersebut kerana selalu nampak dia lalu lalang di sini tetapi operasi gerai makanan di sini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang.

"Gerai-gerai di sini dibina sejak 22 tahun lalu dengan duit koperasi, bukannya duit kerajaan negeri dan semua peniaga tidak mahu diganggu. Mereka akan hanya membayar sewa bulanan kepada pihak koperasi seperti biasa," tambahnya."

- Utusan Malaysia

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/gempar-jkkk-pakatan-rakyat-sanggup.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/jkkk-pakatan-rakyat-terbukti-bersalah.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/laporan-polis-berhubung-kes-cubaan.html


Ahad, 7 Jun 2009

Husam kecut perut dilabel 'musuh dalam selimut'...

1. Rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru PAS tidak kira samada pemimpin tersebut menang tanpa bertanding atau menang dalam pertandingan. Memandangkan PAS juga merupakan parti utama orang melayu dan Islam, jadi tak salah rasanya untuk saya turut sama ambil tahu akan perkembangan terkini apa yang sedang dan telah berlaku dalam Muktamar PAS.

2. Umum sudah pun mengetahui akan kebangkitan puak pro Muqabalah yang berjaya menguasai kepimpinan tertinggi apatah lagi dengan kemampuan Ustaz Nasharuddin mengeka
lkan kerusi Timbalan Presiden dengan menumpaskan Husam Musa yang condong ke arah puak edrogan.

3. Keputusan ini juga jelas menunjukkan bahawa kematangan ahli PAS yang ingin terus kekal dengan corak kepimpinan sedia ada dan menolak sebarang usaha samada dari luar mahupun dari dalam PAS sendiri yang ingin memporak perandakan perpaduan yang cuba diwujudkan dalam parti.

4. Husam yang sebelum ini turut dikaitkan dengan Anwar secara jelas telah menolak sebarang usaha untuk menjayakan kerajaan perpaduan yang mana telah dicadangkan oleh Presiden PAS sendiri. Husam cuba menggunakan popularitinya sebagai antara kepimpinan profesiona
l dalam PAS untuk mengubah dan menukar corak kepimpinan berteraskan ulama yang selama ini menjadi nadi kepada parti PAS.

5. Baru-baru ini, Dr Haron Din telah menyatakan kononnya wujud anasir atau musuh dalam selimut yang cuba m
enghancurkan PAS. Musuh tersebut gemar menggunakan arus media perdana dan alternatif untuk meningkatkan populariti dirinya. Musuh tersebut juga menurut kenyataan Haron Din telah menerima dokongan dari pihak luar PAS untuk cua menguasai kepimpinan dalaman PAS walau dengan apa cara sekalipun.

6. Hari ini, secara tiba
-tiba melalui satu kenyataan media, Husam melatah dan mahukan penjelasan dari Haron Din berkenaan dengan isu 'musuh dalam selimut' itu. Kegagalan Husam untuk merebut jawatan Timbalan Presiden sedikit sebanyak telah merencatkan agenda Anwar untuk mengambil alih dan berkuasa dari luar PAS. Dan mungkin inilah yang dimaksudkan dengan 'musuh dalam selimut' seperti yang dinyatakan oleh Haron Din.

7. Jika benar, maka syabas sekali lagi diucapkan kepada seluruh ahli PAS kerana berjaya membuka mata seluas-luasnya dan menilai antara intan dan kaca. Namun harus diingat, tidak mustahil masih terdapat segelintir 'musuh dalam selimut' yang terlepas dalam senarai kepimpinan baru parti PAS. Dan mereka inilah yang perlu diberi sepenuh perhatian terutama melibatkan jawatan Naib Presiden.

8. Walau apa pun, kepada Husam Musa, 'siapa yang makan cili, dia lah yang ak
an merasa pedasnya'. Dan saya yakin kenyataan yang dibuat oleh haron Din bukan semata-mata kenyataan umum tetapi ada maksud yang tersirat dan menanti masa untuk menjadi tersurat.

Laporan polis berhubung kes cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan...


1. Susulan dari artikel yang telah saya siarkan sebelum ini berkenaan dengan perbuatan salah guna kuasa dan cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan maka satu laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi JKKK Pakatan Rakyat yang terlibat. Laporan polis ini telah direkodkan di dua buah balai polis iaitu di Balai Polis Butterworth dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Perda.

2. Kami berasa amat kecewa dengan tindakan yang diambil oleh JKKK Kawasan di Bawah pimpinan Pakatan Rakyat keran ia jelas menunjukka sikap sebenar mereka yang terlalu kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja semata mata untuk memenuhi sifat tamak mereka.

3. Perbuatan mereka juga telah menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan peniaga kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu periuk nasi para peniaga yang terlibat. Kenapa perlu mengganggu kedai-kedai yang selama ini telah ditadbir dan dijaga kebajikannya dengan baik?

4. Mereka sebenarnya tidak layak untuk mengganggu apatah lagi untuk mengambil alih pentadbiran kedai-kedai kami kerana jelas dan terbukti bahawa kedai yang terlibat adalah milik koperasi penduduk dan Tabung Pelaburan Penduduk. Kedai-kedai ini juga telah dibina dan diselenggara melalui wang milik koperasi dan Tabung Pelaburan ini, bukannya diperolehi melalui peruntukan kerajaan persekutuan mahupun negeri.

5. Jadi, tidak wajar untuk mereka merampas hak milik kedai-kedai ini kerana ia merupakan milik penduduk dan dibina hasil titik peluh penduduk setempat. Sepatutnya mereka mencari alternatif lain kalaupun ingin mencari sumber pendapatan, bukannya melalui rampasan.

6. Saya akan dedahkan isi laporan polis yang telah dibuat dan surat-surat palsu yang telah kami terima dalam artikel akan datang.

Khamis, 4 Jun 2009

JKKK Pakatan Rakyat terbukti bersalah kerana cuba menipu...


1. Sah...Berlaku salah guna kuasa dan cubaan memalsukan dokumen surat rasmi kerajaan. Lanjutan dari surat yang telah saya dan para peniaga lain terima seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum ini (Klik sini) beberapa wakil peniaga dan wakil pemimpin masyarakat dari kerajaan terdahulu serta JKKP telah bertemu dengan Penolong Pegawai Daerah bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan status surat yang telah kami terima.

2. Seperti yang dijangkakan, pihak Pejabat Daerah mengaku tidak pernah mengeluarkan sebarang hitam putih berkenaan dengan isu pengambil alihan kuasa memungut sewa bulanan. Pihak Pejabat Daerah juga telah mengesahkan wujud kesangsian berkenaan ketulenan surat berkenaan dan mereka menolak sebarang perkaitan dengan pengedaran surat berkenaan.

3. Sehubungan itu, Penolong Pegawai Daerah telah membuat pengesahan rasmi dan menurunkan tandatangannya bahawa surat yang diedarkan oleh pihak JKKK Kerajaan Pakatan Rakyat kepada para peniaga merupakan surat palsu dan wujudnya unsur cubaan menggunakan nama dan mencemarkan nama baik Pejabat Daerah.

4. Pemilik premis hanya menantikan masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. Segala bukti-bukti yang boleh mensabitkan dan mengukuhkan sabitan sedang dikumpul sebelum laporan polis dibuat.

5. Pihak peniaga dan pemilik premis yang disewa yang selama ini telah menyelia tadbir semua premis perniagaan dengan baik berasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan yang cuba diambil oleh Pihak JKKK Negeri. Pihak JKKK Negeri juga telah bertindak kasar dengan mengugut dan cuba menakut-nakutkan para peniaga untuk mengambil tindakan drastik termasuk merobohkan premis perniagaan jika pihak peniaga engkar membayar sewa kepada mereka.

6. Tindakan mereka ini boleh dikatakan saling tak tumpah seperti tindakan yang dikenakan oleh Along kepada peminjam. Adakah ini ciri-ciri kepimpinan masyarakat yang perlu kita ikuti dan hormati???

Gempar : JKKK Pakatan Rakyat sanggup menipu untuk mencari wang...

1. Hari ini, kira-kira jam 9.30 malam tadi, saya bersama rakan-rakan peniaga gerai yang lain telah menerima sepucuk surat yang diserahkan sendiri 'by hand' oleh Pengerusi JKKK Kawasan di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Surat yang bertarikh 1 Jun 2009 dan menggunakan 'letter head' JKKK Kawasan telah mengarahkan semua peniaga yang berniaga di premis milik JKKKP dan kerajaan persekutuan di kawasan ini agar membayar sewa bulanan kepada JKKK Kawasan di bawah naungan kerajaan PR yang baru bermula bulan Jun, bukan lagi kepada JKKKP seperti sebelum ini.

2. Turut dilampirkan bersama adalah kononnya surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah berhubung pengambil alihan kuasa pungutan sewa kedai ini. Apa yang menarik di sini adalah wujudnya beberapa kemusykilan tentang kesahihan su
rat ini.
  • Pertama ; Surat dari JKKK ini bertarikh 1 Jun 2009 dan telah diserahkan satu salinan atau 's.k' kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman. Kemushkilannya adalah bagaimana surat yang bertarikh 1 JUN 2009 ini telah di's.k'kan kepada TKM1 PP sedang beliau baru sahaja mengangkat sumpah ke jawatan tersebut hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa JKKK Kawasan cuba mempergunakan nama TKM1 PP bagi mengukuhkan tindakan mereka dan untuk menggertak para peniaga.
  • Kedua ; Lampiran kononnya dari Pejabat Daerah telah menimbulkan banyak keraguan tentang kesahihan surat tersebut. 'Letter Head' Pejabat Daerah telah di'fotostat' manakala isinya telah ditaip semula manakala tandatangan D.O juga telah difotostat dari surat terdahulu. Ini kerana wujud perbezaan ketara antara 'Letter Head' yang agak kabur dengan isi surat yang jelas. Tarikh surat tersebut dikeluarkan adalah pada 18 Disember 2008. Ini menunjukkan pihak yang cuba memalsukan surat rasmi Pejabat Daerah telah terlupa untuk menukar tarikh yang lebih relevan.
  • Ketiga ; Biasanya Pejabat Daerah akan mengeluarkan surat asal kepada setiap peniaga jika wujud sebarang arahan terbaru, bukan sehelai surat yang umum dan kemudiannya di salin dan diedar kepada pihak berkenaan. Seperkara lagi, no rujukan surat dari Pejabat Daerah ini juga telah dikosongkan. Mana mungkin surat rasmi dari agensi kerajaan yang penting tidak disertakan no. rujukan melainkan jika ada pihak yang cuba salah gunakan surat tersebut.
  • Keempat ; Surat dari Pejabat Daerah ini juga tidak menspesifikkan nama penerima atau peniaga yang terlibat. Surat ini hanya dialamatkan kepada 'Pihak yang berkenaan'. Jadi, boleh dikatakan bahawa surat ini ditujukan kepada semua peniaga dalam kawasan ini tak kira samada di premis yang disewa atau di premis milik persendirian.
3. Adalah amat menyedihkan jika benar pihak JKKK di bawah kuasa PR ini cuba menggunakan nama pihak lain demi untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak berhak untuk mengambil alih mana-mana premis yang sebelum ini telah diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan terdahulu dengan sewenang-wenangnya. Sepatutnya mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum bertindak sesuatu.

4. Bukan semua premis ini dibina menggunakan peruntukan wang persekutuan atau wang kerajaan negeri. Ada beberapa premis telah
dibina menggunakan wang koperasi penduduk, wang hasil kemenangan pertandingan kampung terbaik, wang sumbangan individu atau agensi NGO tertentu dan beberapa sumber lain.

5. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan premis perniagaan yang terlibat telah dibina di atas tanah milik kerajaan negeri seperti JPS dan lain-lain. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka terus mengambil alih hak milik bangunan premis tersebut.


6. Banyak lagi jalan lain yang boleh kompromi bagi menangani masalah ini. Sebagai contoh, pemilik premis sedia membayar sewa tapak atau sewa tanah di mana premis tersebut dibina pada kadar tertentu asalkan pihak kerajaan negeri dapat membuktikan bahawa tanah tersebut memang milik kerajaan negeri.

7. Atau, jika pihak JKKK kerajaan negeri masih kepingin dan tetap inginkan premis tersebut, mereka perlu membayar sejumlah wang pampasan kepada pemilik premis sebagai ganti rugi atas pengambil alihan premis tersebut.

8. Tindakan pihak JKKK kerajaan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan ketidak matanga
n mereka dalam mentadbir strutur masyarakat dan dalam keadaan benar-benar terdesak untuk mencari sumber kewangan sehingga mereka sanggup membelakangkan undang-undang dengan menyalahgunakan dan cuba melakukan pemalsuan ke atas dokumen rasmi agensi kerajaan. Adakah ini ciri-ciri kerajaan yang baik yang sering melaung-laungkan slogan kononnya kebajikan rakyat menjadi keutamaan? Atau adakah kerajaan perampas yang cuba merampas 'adinda dari tangan kakanda' ini mampu membela nasib rakyat dan mampu menjadi nadi pembangunan negeri?

9. Walau apa pun, pemilik premis yang telah menerima surat tersebut akan mendapatkan pengesahan dan kepastian dari Pejabat Daerah, esok. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika wujud sebarang unsur penyelewengan, salah guna kuasa, pemalsuan dokumen atau apa juga tindakan yang telah membelakangkan undang-undang.


10. Jangan ingat semua rakyat cuak dan gentar dengan ugutan anda. Seperti juga kata Pakatan Rakyat,' Kuasa rakyat mampu menjatuhkan sebuah kerajaan'.

Rabu, 3 Jun 2009

18SG : Manusia itu tak segagah mana pun...

Salam...

Inilah yang dikatakan ajal maut di tangan Tuhan.



Ini satu lagi kuasa Allah yang tak mampu kita pertikaikan...



Sakit yang menyeksakan...



Ini bukanlah satu hiburan. Tetapi sebagai satu pengajaran betapa kerdilnya makhluk bernama manusia jika dibandingkan dengan kekuasaan Yang Maha Esa...

Insaflah...

Selasa, 2 Jun 2009

PRK Penanti : BN mungkin menang jika turut sama bertanding...

1. Rasanya masih tidak terlambat untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mansor Othman dari PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Penanti dengan menewaskan tiga lagi calon Bebas dengan majoriti yang boleh dibanggakan. Syabas juga diucapkan kerana dengan kemenangan ini maka dengan secara tak langsung jawatan bagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang juga bakal terisi dalam masa yang terdekat.

2. Peningkatan jumlah ma
joriti memang sudah dijangka memandangkan ketiga-tiga calon Bebas bukanlah lawan sebenar bagi Dr. Mansor. Sememangnya kerusi DUN Penanti boleh dianggap sebagai kubu kuat bagi PKR. Anwar pastinya tidak akan mempertaruhkan kerusi yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat melainkan Anwar yakin untuk menang dan mempertahankan kerusi tersebut. Lebih malang lagi bila mana ketiga-tiga calon Bebas ini telah kehilangan wang deposit apabila gagal memperolehi 1/8 dari jumlah undi.

3. Apa yang menarik di Penanti adalah jumlah peratusan yang keluar mengundi hanyalah sekitar 45% dan ia merupakan rekod paling buruk. Hanya kira-kira 7100 pengundi sahaja yang keluar mengundi daripada lebih 15000 yang layak. Dan dari jumlah itu, PKR mendapa
t 6052 undi dan selebihnya adalah Bebas dan undi rosak.

4. Ini menunjukkan bahawa dakwaan PKR sebelum ini kononnya BN telah menaja calon Bebas adalah fitnah semata-mata. Mustahil calon Bebas tersebut gagal mendapat undi yang lebih baik jika benar wujud tajaan dari pihak BN.

5. Boleh dikatakan rata-rata pengundi yang tidak keluar mengundi adalah penyo
kong BN dan pengundi atas pagar. Sebenarnya tidak timbul isu menghasut dari kepimpinan BN agar memulau PRK Penanti ini. Penyokong BN sedar bahawa PRK Penanti bukan lagi satu tanggungjawab tetapi ia hanyalah mainan politik PKR yang tidak patut dilayan. Apa guna pergi mengundi jika tadak ada satu pun calon yang berkenan di hati.

6. Pengundi atas pagar yang tidak keluar mengundi adalah disebabkan kerana mereka sudah yakin akan peluang yang dimiliki oleh calon PKR itu. Pada tanggapan mereka, walaupun mereka tidak mengundi, ia tidak akan mengubah keputusan yang memang sudah dalam
jangkaan. Jadi, undi pengundi atas pagar ini bukan lagi bersifat penentu kemenangan seseorang calon.

7. Keputusan ini mungkin berubah jika BN turut bertanding. Peluang Bn untuk menang adalah cerah jika faktor 80% dari jumlah pengundi yang tidak keluar mengundi ini diandaikan sebagai penyokong BN. Jadi, kemenangan PKR ini bukanlah satu kemenangan yang boleh dimegah-megahkan memandangkan wujudnya kemerosotan jumlah undi yang diperolehi PKR berbanding PRU12 yang lepas.

8. Apa pun...Selamat menunaikan tanggungjawab...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE