-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 31 Mei 2009

PRK Penanti : Bas tetap menjadi sasaran Pakatan Rakyat...

1. 31 Mei 2009... Hari mengundi bagi merebut DUN Penanti. Maka berlalu lah sudah tempoh berkempen selama seminggu. Walaupun kempen kali ini boleh dikatakan agak hambar, namun seperti kebiasaan, akan timbul isu-isu luar jangkaan yang menghangatkan suasana PRK DUN Penanti kali ini.

2. Sejak dari mula lagi PRK DUN Penanti telah mencipta pelbagai kejutan. Bermula dengan keputusan UMNO dan BN untuk tidak turut serta merebut DUN ini kemudian disusuli deng
an penyertaan semula seorang calon yang telah tewas di Bukit Gantang dan bekas Ketua Wanita PKR Negeri di mana kedua-dua calon ini bakal bertanding di bawah tiket Bebas menentang calon PKR. Seorang lagi calon Bebas adalah merupakan anak jati Penanti yang berketurunan Siam.

3. Isu yang paling hangat dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen adalah isu dakwaan penawaran jawatan dan wang kepada calon Bebas, Aminah Abdullah sebagai do
rongan kepadanya untuk menarik diri dari meneruskan niat bertanding. Dakwaan ini masih di peringkat siasatan SPRM dan hanya menantikan keputusannya sahaja.

4. Walaupun BN tidak bertanding kali ini namun PKR dan Pakatan Rakyat tetap menjadikan UMNO dan BN sebagai sasaran untuk meraih sokongan pengundi. Ini termasuklah fitnah yang berterusan yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin Pakatan rakyat kapada Perdana Menteri sepanjang tempoh berkempen.

5. Satu lagi perkara yang menarik di Penanti adalah dakwaan Pakatan Rakyat kononnya BN menghasut pengundi Penanti agar memulaukan PRK ini. Ini termasuklah tuduhan kononnya BN telah menganjurkan rombongan ke Padang Besar kepada penduduk Penant
i pada hari yang sama dengan PRK diadakan.

6. Menurut satu kenyataan media, PR sedia untuk menghalang bas yang cuba membawa keluar pengundi Penanti pada hari tersebut. Apa yang menarik di sini, jika sebelum ini iaitu di PRK lain yang telah disertai oleh BN, Pakatan Rakyat telah menghalang beberapa bas yang membawa penyokong BN kononnya ia merupakan pengundi hantu. Kali ini, bas juga akan menjadi sasaran PR. Bukan lagi untuk mencari pengundi hantu tetapi untuk menghalang pengundi keluar makan angin.

PR...PR...tak sudah-sudah takut dengan bayang-bayang sendiri...

Jumaat, 29 Mei 2009

Komunisme : Masih wujud manusia bebal yang sokong komunis...

1. Sedih dan mengecewakan. Inilah perasaan yang saya rasai apabila membaca satu artikel yang ditulis dalam Tranungkite Online oleh seseorang yang mungkin juga merupakan salah seorang penyokong Pakatan Rakyat.

2. Penulis ini cuba menyamakan isu komunis yang kini sedang hangat diperbincangkan dengan peristiwa hitam di Memali. Seperti biasa, Penulis ini menyalahkan kerajaan kononnya menjadi punca pembunuhan tragis di Memali. Dan penulis ini juga mahu kerajaan membenarkan Chin Peng masuk dan menetap di Malaysia.

3. Penulis ini member
i alasan kononnya Chin Peng tidak dibenarkan masuk ke Malaysia hanya disebabkan dia berbangsa Cina. Penulis ini juga menyifatkan bahawa tindakan kerajaan adalah tidak adil kerana pada waktu pertelingkahan antara kerajaan dan komunis berlaku, bukan sahaja Askar yang dibunuh oleh komunis malah ramai komunis yang terdiri dari berbilang kaum telah dibunuh oleh askar.

4. Kalau pun penulis ini ingin terus hidup menongkah arus dan sentiasa hendak menc
ari silap kerajaan, jangan la sampai perkara sesensitif ini cuba dipermainkan. Mungkin disebabkan penulis ini membuka mata di waktu negara dalam keadaan makmur maka dia boleh tergamak mengatakan bahawa pembunuhan dalam peperangan adalah perkara biasa.

5. Penulis ini mungkin tidak merasai atau hatinya sudah tertutup untuk membaya
ngkan kesengsaraan hidup di waktu penentangan komunis sedang memuncak. Bukan sahaja askar menjadi mangsa, malah ramai penduduk kampung, orang awam, wanita dan kanak-kanak dibunuh dan diseksa dengan zalim.

6. Jadi, kepada penulis yang menulis artikel jahil ini agar insaf dan kembali memikirkan adakah dakyah yang difahaminya itu berada di pihak yang benar atau hanya semata-mata ingin menunjukkan sikap tak sehaluan dengan kerajaan. Jangan jadi terlalu benak sampai sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.

PRK Penanti : Tarian PKR kini semakin sumbang dan sumbing...

1. Tak faham betul...Kenapa PKR dan Pakatan Rakyat terus cuba untuk membabitkan UMNO dan BN dalam PRK DUN Penanti? Sedangkan seluruh rakyat Malaysia dah tahu bahawa UMNO dan BN tak 'hingin' pun nak join 'cempera' politik mainan PKR ini.

2. Satu laporan polis telah dibuat oleh ahli AMK PKR kononnya UMNO telah mengadakan satu sessi ceramah politik di Penanti. Sebelum itu, UMNO telah dituduh cuba menghalan
g pengundi Penanti dari keluar mengundi dengan menganjurkan rombongan melibatkan ahli UMNO di sebuah kampung dalam DUN Penanti pada hari pengundian akan dijalankan. Dan terbaru, seorang pemimpin PKR telah menuduh kononnya UMNO cuba memaksa pengundi di Penanti agar memulaukan PRK DUN Penanti.

3. Memang tidak dinafikan bahawa PKR benar-benar sudah terdesak memandangkan mereka sudah tersalah langkah. Tanggapan awal PKR kononnya BN akan meletakkan calonnya di Penanti dan peluang ini akan digunakan habis-habisan oleh PKR untuk menghentam BN dan sekaligus akan melonjakkan populariti PKR. Keputusan Najib untuk tidak terlibat di Penanti telah membuatkan PKR 'terdahak' dan kini mereka terpaksa menca
ri-cari subjek yang relevan untuk diketengahkan.

4. Ditambah pula lawan yang bakal dihadapi oleh calon PKR merupakan bekas orang kuat PKR sendiri. Dan ini membuatkan PKR benar-benar sesak nafas kerana terpaksa lebih berhati-hati untuk membangkitkan sesuatu isu. PKR langsung tidak menyangka bahawa Aminah akan mendedahkan perilaku buruk PKR yang cuba menawarkan habuan supaya beliau menarik diri. Mungkin pada awalnya PKR beranggapan bahawa Aminah mudah termakan pujukan, walhal mereka terlupa bahawa Aminah juga merupakan bekas tali barut Anwar dan pastinya beliau sudah masak dengan janji manis yang sering ditabur oleh PKR.

5. Tindakan Aminah yang berjaya merakam bukti penawaran untuk diserahkan kepada SPRM menunjuukkan bahawa Aminah memang sudah menjangkakan perkara ini berlaku dan ini merupakan satu tindakan bijak sebagai satu persediaan bagi mengelakkan dirinya dieksploitasikan oleh PKR. Jika SPRM berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah di Penanti maka kedudukan Dr. Mansor dan PKR dalam bahaya kerana SPR
M dan SPR boleh membatalkan pencalonan calon PKR ini.

6. Dengan erti kata lain, kedudukan PKR di Penanti bukan lah dalam formasi menyerang tetapi lebih kepada format defensive kerana pihak yang sedang menyerang kini adalah calon Bebas, Aminah Abdullah. Mahu tidak mahu, PKR perlu mengambil langkah segera untuk memulakan serangan balas bagi mengalih perhatian umum agar tidak terlalu tertumpu ke arah kes salah laku politik mereka. Mungkin tidak ada pilihan lain maka BN dan UMNO dijadikan sasaran mudah PKR.

7. Tindakan menggantungkan bendera PR di depan bangunan UMNO Permatang Pauh jelas membuktikan bahawa PR memang dari awal lagi cuba mengheret UMNO dan BN dalam kancah politik mereka. UMNO dan BN tidak perlu cepat melatah dengan provokasi yang cuba dilakukan oleh PR ini kerana umum sudah sedia ketahui bahawa sememangnya PR hidup selama ini hanya atas dasar provokasi semata-mata.

8. Dan seperti kelazimannya, PR akan sentiasa menyalahkan tanah yang tidak rata setiap kali langkah tarian mereka menjadi sumbang.

Rabu, 27 Mei 2009

Muktamar PAS : Ramai pemimpin PAS takut memikul tanggungjawab...

1. Kenapa pemilihan peringkat tertinggi parti PAS memperlihatkan banyak jawatan yang dimenangi oleh calon tanpa bertanding? Terdapat juga beberapa jawatan penting yang menyaksikan calon popular menarik diri seperti jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan beberapa lagi.

2. Ini menunjukkan baha
wa semangat demokrasi dan kebebasan memilih pemimpin dalam PAS tidak subur. Jika sebelum ini PAS mengkritik UMNO kononnya UMNO menyekat kebebasan demokrasi dalam pemilihan UMNO peringkat tertinggi, namun kini nampaknya seperti meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.

3. Adakah PAS sudah k
etandusan pemimpin yang berkaliber untuk menerajui parti? Atau kebanyakan pemimpin PAS takut untuk memikul tanggungjawab dan lebih selesa menghentam dari luar.

4. Adalah amat menyedihkan apabila melihat jawatan tertinggi dalam sayap Pemuda PAS hampir ke semuanya diisi oleh calon yang menang tanpa perlu be
rtanding. Ahli Pemuda PAS seperti telah disekat hak untuk memilih calon sendiri dan hanya terpaksa akur dengan calon yang mungkin telah ditetapkan oleh kepimpinan untuk mengisi jawatan tertentu. Atau adakah Pemuda PAS takut untuk tampil membuktikan kewibawaan sendiri dan tidak berani untuk menongkah arus di dalam PAS.

5. Alasan yang diberikan adalah kononnya pertandingan hanya a
kan membawa kepada perpecahan. Dan pertandingan merebut jawatan juga boleh mendekatkan diri dengan gejala tidak sihat seperti politik wang atau seumpama dengannya. Apa jaminannya tanpa pertandingan, perpecahan dapat dielakkan? Perlu diingat, tindakan menyekat amalan demokrasi akan membuatkan ada pihak yang akan memendam rasa kerana tidak diberi peluang sewajarnya.

6. Bagi saya, lebih banyak pertandingan maka lebih subur amala
n demokrasi. Lebih banyak bakat terpendam dapat ditonjolkan dalam mencorak sesebuah parti ke arah yang lebih positif. Dan melalui pertandingan juga dapat menilai diri sendiri samada diterima dan disukai oleh ahli lain atau tidak. Asalkan pertandingan dijalankan secara telus di bawah pemantauan terperinci pihak berkecuali dan yang kalah perlu lekas muhasabah diri dan kembali merapatkan ikatan ukhwah dalam parti.

Komunis kekal musuh no. 1 negara sampai bila-bila...

1. Baru-baru ini, Pengerusi Parti Gerakan telah mengeluarkan satu kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan menimbang semula permohonan bekas pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali dan menetap di Malaysia. Alasan yang diberikan kononnya sebagai menghormati peranan PKM menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu dalam usaha menuntut kemerdekaan.

2. Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan buta sejarah. Ia juga merupakan satu kenyataan yang berbahaya dan boleh menyumbang kepada keadaan kacau bilau kepada negara.

3. Tidakkah pihak y
ang mengeluarkan kenyataan ini sudah lupa akan keadaan negara di waktu kebangkitan pengganas komunis yang memuncak hingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat? Sudahkah kita lupa berapa ramai isteri yang menjadi balu dan anak yang menjadi yatim angkara kekejaman pengganas komunis ini? Dan tidak terbayangkah kita perasaan para pejuang dan askar yang bermati-matian menentang gerila komunis ini hingga ada yang terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup hingga kini?

4. Mungkin pihak yang mengeluarkan kenyataan jahat ini mudah memaafkan hingga sedia memberi peluang kedua sewenang-wenangnya atas kekejaman yang pernah dilakukan oleh pengganas komunis. Mungkin pihak ini hidup dalam keadaan yang penuh keselesaaan tatkala para pejuang sedang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan tanahair tercinta ini. Atau mungkin jua pihak ini juga merupakan saki baki pengganas komunis yang terlepas dan kini cuba untuk menghidupkan semula sentimen komunisme.

5. Walau apa pun kemungkinan dan spekulasinya, yang pasti, tidak ada tempat untuk komunis di negara Malaysia tercinta ini. Kerajaan perlu menghalang dan menyekat walau dengan apa cara sekalipun termasuk mengenakan hukuman yang berat ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula atau cuba meniup semangat komunisme dalam hati generasi baru kini. Jangan sampai luka lama angkara komunis berdarah kembali.

6. Harus diingat bahawa komunisme bukan hanya setakat cabang pemerintahan sama seperti demokratik atau republik. Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa komunisme ini merupakan satu jenis fahaman, ideologi dan kepercayaan. Sedangkan hendak menghapuskan ajaran sesat punadalah amat sukar, inikan pula untuk melenyapkan kepercayaan komunisme yang sudah tersebar meluas ke seluruh dunia. Kemampuan kerajaan melumpuhkan dan sekaligus mengharamkan komunisme di Malaysia adalah sudah cukup baik dan tidak sewajarnya jika ada pihak yang cuba untuk menghidupkannya semula.

7. Pengerusi Gerakan ini perlu memperjelaskan samada keny
ataan yang dikeluarkan adalah mewakili parti Gerakan atau hanya pendirian peribadi semata-mata. Kerajaan perlu memandang serius kenyataan yang dikeluarkan ini termasuk mengenakan hukuman jika perlu sebagai peringatan kepada pihak lain yang cuba untuk membawa masuk semula komunis ke Malaysia.

8. Kesimpulannya, PKM dan komunis pernah menjadi musuh no 1 di Malaysia, dan ia kekal sebagai musuh no 1 sampai bila-bila. Sarang tebuan jangan sekali-kali cuba dijolok kerana ia buruk padahnya...

PRK Penanti : BN tersengih tengok PKR 'gelabah biawak'...

1. Kedudukan PKR dalam persediaan menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Penanti nampaknya dipengaruhi dengan aksi 'gelabah biawak'. Walaupun awal-awal lagi BN sudah menyatakan hasrat untuk tidak turut serta menari 'Ghazal Pati' bersama Pakatan Rakyat di Penanti, namun ia bukan lagi boleh dianggap sebagai laluan mudah untuk PR memastikan Penanti kekal dalam genggaman mereka.

2. Mungkin diseba
bkan ketandusan isu yang boleh melonjakkan populariti PKR, memandangkan BN yang dianggap target belasahan mereka tidak turut serta maka PKR kelihatan seperti tercari-cari isu yang paling sesuai untuk diketengahkan. Adalah amat tidak 'gentleman' jika PR sebagai sebuah parti yang gah kononnya menghentam calon Bebas, sepertimana mereka menghentam BN sebelum ini. Jadi, mungkin memandangkan pilihan yang terbatas, hari ini melalui satu kenyataan media Harakah, PR cuba membabitkan UMNO dan BN kononnya rakyat Penanti perlu tahu penyelewengan yang berlaku dalam BN, walhal BN tidak tersenarai pun dalam list lakonan filem di Penanti.

3. Tindakan ini sebenarnya merupakan satu usaha bijak dari PR untuk mengalih perhatian umum dari terus tertumpu kepada kes penawaran jawatan kepada calon Bebas yang juga bekas Ketua Wanita PKR Negeri, Aminah Abdullah melalui beberapa wakil PKR yang
dihantar. Kes ini sudah pun sanpai ke peringkat penyiasatan oleh SPRM di mana beberapa bahan bukti termasuk rakaman bualan, foto dan cd sudah pun berada di tangan SPRM.

4. Semalam, pemimpin PKR telah mengaku bahawa memang wujud pertemuan yang diatur antara Aminah dan wakil PKR. Cuma mereka menafikan butir perbualan sepertimana yang telah didedahkan oleh Aminah.

5. Hari ini, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri bercadang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah di atas kenyataan yang jelas menghentam PKR ini. Soalnya sekarang, kenapa wakil PKR bertemu Aminah? Adakah pertemuan ini hanyalah sekadar lawatan sambil belajar atau jemputan minum kopi bersama? Atau memang b
enar wujud agenda berkepentingan lain yang dibincangkan dalam pertemuan ini.

6. Segala-galanya sekarang terserah kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. Aminah Abdullah sendiri sudah mengaku menyerahkan semua bukti yang mampu mengaitkan PKR dengan tuduhan cubaan merasuah. Jadi, sememangnyalah PKR berada dalam keadaan gelabah biawak. Pertama untuk memastikan kemenangan di Penanti, kedua un
tuk membersihkan dakwaan yang didedahkan oleh Aminah.

7. Saya pasti Aminah tentu sedar akan risiko yang dihadapi termasuk tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya sebelum Aminah mengambil keputusan untuuk membuat pendedahan ini. Dan sudah pasti juga Aminah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh untuk mensabitkan PKR dengan tuduhan ini bagi mengelakkan ianya memakan diri sendiri.

8. Dan bagi PKR pula, tidak perlu cepat melatah dan lekas melenting jika yakin dakwaan yang dikemukakan ini tidak benar dan palsu. Atau mungkin mencari jalan bagaimana untuk menukar dari benar kepada palsu. Caranya??? Anwar kan terer...

Selasa, 26 Mei 2009

Sultan Perak vs Nizar : Nizar terlepas kerana memberi alasan puasa...

1. Hari ini, Pakatan Rakyat Perak telah melancarkan kempen mogok lapar mereka bertempat di Wisma DAP, Ipoh bagi mendesak pihak istana Perak agar membubarkan DUN Perak yang kini dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Tindakan ini merupakan susulan dari keputusan Mahkamah Rayuan yang mengistiharkan Dato' Zambry, ADUN Pangkor sebagai MB Perak yang sah dan sekaligus menafikan kedudukan Mohd Nizar yang sedaya upaya cuba mengekalkan kedudukannya itu.

2. Padahnya, beberapa wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana engkar arahan polis yang meminta mereka agar bersurai dan membatalkan sebarang perhimpunan tanpa permit. Antara yang ditahan adalah Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu), M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan beberapa pemimpin lain termasuk penyokong PR.

3. Dalam kenyataan lain, bekas MB Perak dari Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar telah terlepas dari ditahan kerana memberi alasan kononnya beliau berpuasa sunat, bukannya sedang mogok lapar. Malang bagi mereka yang bukan beragama Islam kerana tidak layak memberi alasan berpuasa seperti yang dilakukan oleh Nizar dan membuatkan mereka terpaksa ditahan. Nampaknya Nizar bijak mempergunakan kesucian amalan berpuasa sunat bagi menyelamatkan dirinya. Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab kerana beliau tidak berani berdepan dan mengaku sebenarnya malah sanggup membiarkan rakan lain yang bukan beragama Islam ditahan sedang beliau sendiri terlepas dengan hanya bermodalkan alasan Pak Pandirnya.

4. Memang tidak dinafikan, inilah yang sering dilakukan oleh PAS, mempergunakan agama demi kepentingan diri dan politik. Jadi tidak hairanlah jika Nizar memberi alasan kononya berpuasa sunat sempena awal bulan Islam, bukannya mogok lapar.

5. Walau apa pun alasannya, tindakan Pakatan Rakyat untuk bermogok lapar semata-mata untuk mempertikaikan keputusan Sultan serta mendesak Sultan agar membubarkan DUN Perak merupakan satu tindakan biadap dan merupakan satu penghinaan kepada institusi raja-raja terutamanya kepada Sultan Perak. Tindakan ini juga menunjukkan sikap sebenar PR yang tidak tahu bersyukur atas kemakmuran yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kenapa perlu mogok lapar sedangkan selama ini tidak pernah berlaku bencana kebuluran atau ada orang yang tidak mampu untuk makan, walhal boleh dikatakan antara penyakit utama rakyat Malaysia adalah berpunca dari terlebih makan.

6. Pakatan Rakyat perlu akur dengan keputusan Sultan memandangkan ianya juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Jadi tidak timbul sebarang cacat cela dengan keputusan Sultan memandangkan ianya diputuskan berlandaskan perlembagaan dan undang-undang yang sah. Bezanya cuma keputusan yang diambil tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Namun, ia tidak sepattnya dijadikan alasan untuk Paktan Rakyat bertindak di luar batasan sepatutnya.

7. Pakatan Rakyat perlu mengambil pendekatan lain jika tidak bersetuju sekalipun dengan keputusan Sultan. Tidak sepatutnya mereka mengambil tindakan melulu yang boleh menjerumus ke arah penghinaan dan kebiadapan terhadap kedaulatan raja-raja di Malaysia.

8. Pakatan Rakyat perlu lebih banyak belajar kaedah berdiplomasi dan perbincangan sebelum bertindak. Bukannya terus melancarkan sebarang mogok atau perhimpunan haram yang tidak lebih hanyalah bertujuan untuk mencari publisiti murahan dan menagih simpati rakyat yang tidak arif akan kedudukan sebenar. Atau setidak-tidaknya, PR perlu bersabar menanti PRU13 untuk merampas kembali kerajaan Perak (jika mampu), bukannya mengheret pihak istana ke kancah politik.

9. Kesimpulannya, tindakan menganjurkan mogok lapar perlu dihalang dan disekat kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu penghinaan kepada kesucian demokrasi negara.

Isnin, 25 Mei 2009

PRK Penanti : Mainan PKR akan memakan diri sendiri...

1. Baru-baru ini, Pengarah Pilihanraya PKR bagi DUN Penanti, Saifuddin Nasution, telah mengumumkan akan mengubah kaedah dan cara pendekatan berkempen bagi PRK DUN Penanti. Ini berikutan keputusan Barisan Nasional yang tidak akan meletakkan calon bagi merebut DUN ini.

2. Kaedah yang diumumkan adalah memperjelas dan memujuk para pengundi. Kaedah yang diumumkan ini dilihat lebih komprehensif dan berhemah, berbeza dengan kaedah yang sering digunakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya ketika berdepan dengan jentera Barisan Nasional. Pakatan Raky
at sering menggunakan pendekatan menyerang habis-habisan Barisan Nasional termasuk menghina dan menfitnah calon dan pemimpin BN.

3. Mungkin disebabkan PKR yakin untuk memenangi kerusi Penanti ini dan beranggapan bahawa calon Bebas tidak
akan mampu menggugat peluang PKR maka mereka menggunakan kesempatan ini untuk lebih dekat dengan penduduk Penanti bagi menerang dan memperjelaskan di samping memujuk pengundi agar memilih calon PKR.

4. Soalnya sekarang, mampukah PKR mengotakan apa yang mereka umumkan ini. Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa maki-hamun, caci mencaci dan provokasi seperti sudah sinonim dengan PKR. Malah boleh dikatakan bahawa kebangkitan dan kemampuan PKR untuk terus survive hingga sekarang adalah disebabkan faktor di atas. Apa yang hendak diperjelaskan oleh mereka? Ini kerana kita tahu kebanyakan penjelasan dan janji yang mereka curahkan sebelum
ini tidak lebih hanyalha retorik semata-mata.

5. Akhirnya, jalan yang dipilih tetap seperti sedia kala. Mungkin disebabkan ketandusan isu yang hendak diperjelaskan maka mahu tidak mahu mereka terpaksa menyerang UMNo dan BN, walaupun jelas UMNO dan BN tidak ada kena mengena dengan PRK Penanti ini. Mereka cuba wujudkan dakwaan kononnya calon Bebas ditaja oleh BN walau pun gagal mengemukakan bukti.

6. Dalam pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa pihak yang sebenarnya sedang diserang kini adalah PKR sendriri. Calon Bebas yang juga merupakan bekas Ketua Wanita PKR, Aminah Abdullah, bakal mendedahkan termasuk akan mengemukakan bukti yang sahih kononnya wujud penawaran kepadanya agar menarik diri dari terus bertanding menentang
calon PKR di Penanti.

7. Antara bentuk imbuhan yang ditawarkan kepada beliau adalah jawatan TKM 1 Pulau Pinang, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang sejumlah RM80 000.00. Tidakkah tawaran ini boleh dikategorikan sebagai satu bentuk rasuah? Jika benar maka jelaslah bahawa PKR sendiri tidak terlepas dari gejala rasuah dan salah guna kuasa dan sepatutnya SPRM perlu menyiasat sedalam-dalamnya dakwaan ini.

8. Jelas PKR tetap takut dan gusar dengan senario politik terkini di Penanti walaupun semua ini merupakan mainan politik ciptaan PKR dan Anwar sendiri. Mereka yang mulakan dan kini mereka juga yang seperti cacing kepanasan. UMNO, BN dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa memerhati tindak-tanduk Anwar dan PKR. Dan pastinya tidak mustahil tindak-tanduk mereka sendiri jugalah yang akan memakan diri sendiri.

Sabtu, 23 Mei 2009

DUN Manik Urai : BN akan pastikan PAS berputih mata...

1. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah memberi gambaran awal akan meletakkan calon bagi merebut DUN Manik Urai yang telah kosong berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob (PAS) akibat serangan jantung.

2. SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari Speaker Kelantan berhubung kekosongan tersebut. Pengumuman rasmi tentang kekosongan kerusi, hari penamaan calon dan hari membuang undi hanya akan dibuat oleh SPR setelah menerima makluman rasmi tersebut.

3. PAS, dalam kenyataan awalnya, dengan nada sinis telah meminta BN untuk menarik diri dan tidak bertanding di Manik Urai atas alasan mengelak dari berlaku pembaziran. Mungkin juga PAS berpendapat bahawa DUN Manik Urai merupakan kubu kuat PAS dan agak sukar bagi BN merampasnya kembali dari tangan PAS.

4. PRK DUN Penanti adalah berbeza dengan PRK DUN Manik Urai. Kekosongan DUN Penanti adalah disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat yang amat gemar bermain politik dan gilakan publisiti. Jadi kekosongan berpunca dari perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah adalah amat tidak wajar dan ianya hanya membazirkan masa, tenaga dan wang. Jadi memang sepatutnya untuk BN tidak melayan dan mengikut rentak Pakatan Rakyat di Penanti.

5. Manakala di DUN Manik Urai pula, kekosongan adalah disebabkan kematian penyandang kerusi tersebut. Jadi, tidak timbul soal pembaziran di sini kerana PRK DUN Manik Urai memang tidak boleh dielak lagi.

6. PAS juga tidak sepatutnya terlalu yakin untuk terus berkuasa di DUN Manik Urai. Harus diingat, BN pernah menjadi wakil rakyat di sini setelah menang pada PRU-11 pada tahun 2004. Jadi, peluang untuk BN merampas kembali kerusi tersebut adalah cerah bergantung pada keadaan politik semasa, kaedah dan pendekatan kempen yang akan digunakan dan kemampuan untuk menarik semula keyakinan pengundi terutama golongan atas pagar.

7. Walau apa pun, inilah peluang bagi BN untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa BN masih dan akan sentiasa kekal relevan. Usaha keras perlu dimulakan dari sekarang jika BN benar-benar ingin merampas semula kerusi DUN Manik Urai. Ketepikan soal Penanti, dan biarkan pembangkang di Penanti terjun dengan labu-labunya.

Jumaat, 22 Mei 2009

Zambry vs Nizar : Bagaimana Mahkamah Tinggi boleh tersilap membuat keputusan...

1. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana telah diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara. Keputusan ini juga sekaligus telah mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini yang telah mengisytiharkan Dato’Seri Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

2. Menurut hakim Mahkamah Rayuan lagi, hakim mahkamah Tinggi telah gagal membuat penilaian berdasarkan fakta dan keterangan yang dimilikinya dengan tepat hingga membuat satu keputusan yang salah.

3. Hakim Mahkamah Rayuan juga bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menyingkirkan Mohd Nizar dan melantik Dato’ seri Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru setelah terbukti majority memihak kepada BN adalah sah dan tepat berdasarkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

4. Persoalannya sekarang, bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi gagal membuat penilaian dengan baik hingga membuat satu keputusan yang salah? Adakah wujud ke tidak telusan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim tersebut?

5. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi ini juga telah menimbulkan satu polemic politik yang tidak sihat dan boleh dianggap berbahaya kepada Negara. Keputusan itu boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik dan ketenteraman Negara sekiranya wujud anasir yang ekstrim terhadap keputusan yang telah diputuskan itu.

6. Adalah diharap agar kajian dan tindakan dapat diambil oleh Badan Kehakiman Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang dilihat bercanggah dengan fakta sebenar.

7. Keputusan Mahkamah Rayuan juga telah menunjukkan bahawa Sultan Perak sememangnya arif dalam membuat keputusan serta tepat berlandaskan perlembagaan dan sememangnya tidak wajar jika ada pihak yang tergamak untuk mempertikaikan keputusan baginda hingga sanggup menderhaka.

8. Sekali lagi syabas diucapkan kepada Zambry dan diharap agar beliau dan barisan EXCOnya dapat melaksanakan tugas membela nasib rakyat Perak dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. Kepada Nizar dan Pakatan Rakyat, adalah diharap agar dapat menerima hakikat dengan hati yang terbuka.

PRK lagi : Kali ini kita ke Kelantan pula...

1. Salam takziah diucapkan atas pemergian ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob, 60 yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, jam 5.55 pagi tadi, kerana sakit jantung. Beliau yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai telah menjadi wakil rakyat Manik Urai sejak 1985. Beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut pada 2004 namun kembali memenanginya pada PRU 2008 hingga kini.

2. Dan seperti kelazimannya, kerusi DUN Manik Urai kembali kosong dan bakal menjadi rebutan dalam PRK yang bakal diumumkan oleh SPR kelak. SPR hanya menantikan makluman rasmi dari Speaker Kelantan berhubung kekosongan kerusi tersebut.

3. Kekosongan kerusi akibat kematian wakil rakyat atau atas perintah mahkamah memang sewajarnya untuk diadakan PRK dan alasan ini tidak boleh dielakkan. Tidak seperti apa yang berlaku di Penanti di mana kekosongan kerusi tersebut adalah disebabkan sikap Pakatan Rakyat yang gemar bermain politik semata-mata, bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

4. BN dijangka akan memberi sepenuh tumpuan dan akan menggerakkan sepenuhnya jentera pilihanrayannya bagi mendapatkan semula DUN Manik Urai yang menjadi kubu kuat PAS. Memandangkan BN tidak akan meletakkan calonnya di Penanti, maka persediaan awal boleh dilakukan bagi menghadapi PRK DUN Manik Urai.

5. Walau apapun, saya mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan akan tergolong dalam kumpulan manusia yang beriman. Diharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat menerima Qada dan Qadar ini dengan hati yang terbuka.

Al-Fatihah...

Khamis, 21 Mei 2009

Kalau BN kerajaan rapuh, PR dah pecah berderai...

1. PAS melalui akhbar tabloidnya (Harakah) telah meminta kepada UMNO supaya jangan berdegil untuk terus mempertahankan kubu yang dianggap rapuh di Perak. Menurut Harakah lagi, UMNO hanya memperolehi majoriti atau kelebihan yang begitu tipis berbanding Pakatan Rakyat iaitu 31 : 28.

2. Sehubungan itu, PAS
meminta supaya UMNO akur dengan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang baru melalui Pilihanraya Kecil.

3. Persoalannya, kenapa baru sekarang Pakatan Rakyat mempertikaikan kuasa yang dimiliki BN? Kenapa tidak sewaktu mereka berjaya mendapat kerusi majoriti tempoh hari walaupun pada ketika itu Pakatan Rakyat belum lagi termaktub sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah seperti Barisan Nasional?

4. Harus diingat, jika gabungan Pakatan Rakyat dipertikaikan ketika itu dan komponen PR iaitu PAS, DAP dan PKR diasingkan, maka jelas menunjukkan bahawa BN malah UMNO sendiri berjaya mendapat kedudukan majoriti. Namun atas semangat demokrasi, Sultan Perak bersetuju untuk menerima majoriti yang dipersembahkan oleh PR walaupun gabungan tersebut
belum disahkan secara rasmi.

5. UMNO dan BN sendiri ketika itu sedia menerima kerajaan baru yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat tanpa perlu melakukan protes yang melampau sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekarang setelah BN berjaya merampas kembali majoriti di Perak. Seperkara lagi, Pakatan Rakyat juga ketika itu hanya memperolehi majoriti 31 : 28, sama seperti yang dimiliki oleh BN sekarang.

6. Bezanya sekarang, BN melebihi PR dengan 3 kerusi Bebas yang juga merupakan bekas ADUN PR yang telah melompat sokongan (bukan melompat parti) kepada BN. Apa yang dinantikan sekarang hanyalah keputusan mahkamah bagi menentukan siapa MB Perak yang sah walaupun kerajaan secara majoritinya sah milik BN.

7. Jadi, soal mempertahankan kerajaan yang rapuh tidak sepatutnya timbul kerana jelas bahawa baik BN mahupun PR, kedua-dunya merupakan kerajaan yang rapuh berdasarkan jumlah majoriti yang dimiliki. Kalau tidak masakan BN berjaya
menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat. Yang penting, prinsip demokrasi terus dilaksanakan tanpa membelakangkan perlembagaan dan undang-undang.

8. PR perlu belajar menerima hakikat dan redha dengan ketentuan. Harus diingat, dalam kehidupan ini, adakal kita di atas dan adakala dengan sekelip mata kita boleh tersungkur ke bawah. Sebaik-baiknya, untuk bangun semula tatkala tersungkur, tidak perlulah untuk kita bertindak melampaui batasan hingga sanggup memaki hamun, menghina sultan malah berperangai seperti tidak bertamadun sewaktu bersidang.

Isnin, 18 Mei 2009

PRK Penanti : Najib membuatkan Anwar berpeluh dahi...

1. Sah, BN tidak akan bertanding di Penanti. Dengan keputusan ini maka terjawab sudahlah segala persoalan dan rumor yang bertiup kencang berhubung pendirian BN samada hendak turut serta bertanding di Penanti atau tidak.

2. Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa PM baru Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tetap berpegang teguh dengan cadangannya sebelum ini untuk tidak bertanding di Penanti. Beliau dilihat berani mengambil keputusan ini walaupun terdapat beberapa pihak termasuk mantan PM Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa BN perlu bertanding merebut DUN Penanti bagi menjaga maruah UMNO dan BN dan mengelak dari dilabel sebagai penakut.

3. Pada pendapat saya, tindakan Najib ini adalah tepat. Tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab rakyat dan negara diutamakan. PRK Penanti adalah amat tidak patut dan tidak wajar diadakan kerana alasan kekosongan kerusi ini langsung tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan ketidak matangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

4. Walaupun pembaziran dari PRK ini tetap tidak boleh dielakkan terutama melibatkan kos pengurusan PRK oleh SPR namun sekurang-kurangnya BN tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang peruntukan yang pastinya tidak akan berbaloi untuk menampung kos berkempen dan lain-lain jika BN turut serta.

5. Anwar bijak mengadakan PRK di kawasannya iaitu dalam parlimen Permatang Pauh dengan harapan agar BN turut bertanding. Kelazimannya, BN akan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menarih hati pengundi dengan pelbagai sumbangan, projek dan macam-macam lagi. Jadi, Anwar tidak perlu lagi memikirkan hal ehwal pembangunan dan kebajikan penduduk Permatang Pauh selepas PRK memandangkan BN telahpun menyelesaikan banyak masalahnya.

6. Kali ini Najib lebih bijak untuk tidak terlibat dalam PRK Penanti. BN tidak perlu memikirkan bagaimana hendak meraih undi dan menarik perhatian pengundi Penanti. Yang tinggal hanyalah calon PKR dan calon Bebas yang juga berkemungkinan datangnya dari bekas pemimpin Wanita PKR sendiri.

7. Anwar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kos berkempen kerana sudah tentu Anwar dan PKR tidak mahu dimalukan oleh bekas orang kuat PKR sendiri yang bakal bertanding atas tiket Bebas. Pengundi berkemungkinan besar akan memangkah calon PKR jika BN bertanding kerana mereka tidak mahu BN menang walaupun calon yang diletakkan oleh PKR sebenarnya haprak dan tidak pernah menang sebelum ini di beberapa kawasan.

8. Berbeza senarionya jika BN tidak bertanding. Pengundi pastinya akan menilai calon yang terbaik dan berkemampuan membela nasib mereka. Ini kerana kedua-dua calon ini bukannya dari BN. Pastinya Aminah Abdullah memiliki track record yang lebih baik berbanding dengan calon PKR sendiri.

9. Kali ini, Anwar benar-benar sudah bertemu dengan ruasnya. Najib bukanlah seperti Pak Lah yang mudah dipermainkan oleh Anwar. Anwar pastinya tidak tidur lena dan akan sentiasa memikirkan apa pula langkah Najib seterusnya.

Ahad, 17 Mei 2009

Tembelang Anwar makin terdedah : Habis lah Anwar!!!

1. Anwar dan PKR sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan terdesak jika diamati secara rasional senario dan situasi politik semasa. Walaupun Pakatan Rakyat di bawah pimpinan dan pengaruh Anwar mampu memenangi PRK di beberapa tempat akhir-akhir ini, namun ia sebenarnya tidak menggambarkan realiti yang berlaku.

2. Satu perkara yang boleh dipuji adalah kebijaksanaan Anwar memanipulasikan perkara sebenar dan mengalih perhatian umum kepada pihak lain. Di sinilah terletaknya kelebihan yang dimiliki Anwar dengan menggunakan sepenuhnya pengaruh yang dimiliki maka Anwar masih mampu menutup kelemahan sendiri dengan menjaja kesilapan yang tak seberapa pihak lain. Dalam konteks ini maka UMNO dan BN lah yang menjadi sasaran mudah memandangkan beliau juga pernah bersama dengan UMNO.

3. Anwar bijak meletakkan sasaran tempoh 2 tahun untuk BN mengukuhkan kedudukan jika mahu terus kekal relevan walhal dalam masa yang sama, tempoh 2 tahun ini juga amat diperlukan oleh Anwar untuk memperluaskan pengaruhnya yang kian tercicir jika mahu mencapai matlamat politiknya. Jika gagal maka bolehlah disifatkan sebagai berakhirnya karier politik Anwar kerana selama ini Anwar hidup hanya bersandarkan simpati dan mustahil untuknya dapat mengekalkan rasa simpati umum kepada dirinya buat selama-lamanya.

4. Anwar hanya boleh hidup di dalam parti PKR nya dan UMNO sahaja. Anwar tahu bahawa peluangnya untuk menjadi PM atau sekurang-kurangnya dapat pergi lebih jauh dalam politik adalah amat tipis jika dia memutuskan untuk menjadi ahli PAS. Ini kerana pengaruh
ulama di dalam PAS tidak mudah terhakis dan ulama PAS berada di kedudukannya yang tersendiri di dalam PAS. Mustahil bagi Anwar, seorang penipu dan memiliki lidah bercabang untuk bersaing dengan para ulama jika Anwar menjadi ahli PAS.

5. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa berjuang sendiri dengan menubuhkan partinya sendiri yakni PKR dengan dibantu sebilangan kecil penyokongnya yang juga bekas ahli UMNO termasuk mereka-mereka yang kecewa sewaktu di dalam UMNO. Anwar sedar PKR bukanlah pilihan utama orang Melayu jika dibandingkan dengan UMNO dan PAS. Malah boleh dikatakan bahawa di dalam Pakatan Rakyat sendiri, PAS merupakan parti paling kuat dan berpengaruh berbanding PKR mahupun DAP.

6. Berpaksikan pada kenyataan ini maka Anwar perlu walau dengan apa cara sekalipun untuk menguasai PAS. Anwar kembali menggunakan strategi yang sama sewaktu dia menjatuhkan Tun Ghafar Baba. Anwar memasang pengaruhnya di hampir setiap akar umbi PAS da
n cuba memastikan puak tajaannya berjaya mengambil alih kepimpinan tertinggi PAS. Dan inilah yang sedang berlaku baik perebutan jawatan Timbalan Presiden mahupun Naib Presiden. Pendedahan kontroversi yang dilakukan oleh Nik Mohd Abduh telah berjaya mematahkan cubaannya untuk merampas kedudukan presiden. Anwar pernah cuba menggunapakai strategi ini untuk menjatuhkan Tun Mahathir tetapi gagal hingga mengakibatkannya merengkok di penjara.

7. PAS sepatutnya mulai sedar bahawa parti itu kini sudah menjadi penentu dan hala tuju pengundi Melayu. PAS tidak sepatutnya terus hanyut dengan propaganda dan angan-angan Anwar Ibrahim hingga sanggup memperjudikan kepercayaan dan martabat orang Melayu.

8. Perkara yang paling ditakuti oleh Anwar adalah cadangan permuafakatan yang
telah dikemukakan sebelum ini antara UMNO dan PAS. Anwar seboleh-bolehnya tidak mahu kerajaan perpaduan ini menjadi realiti. Kerajaan Perpaduan akan menjadikan orang Melayu kembali bersatu dan kuat sekaligus akan menolak pengaruh Anwar dan PKR yang lemah. Mustahil bagi Anwar untuk menjadi PM jika Kerajaan Perpaduan menjadi realiti. Anwar mahu orang Melayu kekal terbahagi 2 antara UMNO dan PAS.

9. Anwar tidak takutkan orang Cina dan DAP. Anwar beranggapan bahawa adalah lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat Cina dengan janji-janji manis terutama melibatkan peluang dan kestabilan ekonomi. Orang Cina bukanlah masyarakat yang setia pada parti. Mereka hanya akan memilih parti yang mampu memberi lebih peluang kepada mereka dalam sektor ekonomi di samping memastikan ekonomi sentiasa stabil. Orang Cina lari ke DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU-12 yang lalu adalah disebabkan kelemahan Pak Lah yang kurang bijak bermain tarik tali dengan MCA mahupun Gerakan.

10. BN perlu berusaha lebih keras untuk mengembalikan keyakinan PAS dan orang Melayu agar menimbang kembali saranan berhubung kerajaan perpaduan. Atau setidak-tidaknya, UMNO dan PAS perlu diberi ruang untuk duduk semeja dan berusaha mencari satu titik pertemuan dan persamaan antara kedua-dua parti utama orang Melayu ini. PAS juga perlu sedar bahawa selama ini PAS hanya dipergunakan oleh Anwar untuk mendapatkkan simpati dan undi orang Melayu. PAS tidak sepatutnya terus mengikut telunjuk Anwar walhal jika dibandingkan PAS lebih berpengaruh dari PKR sendiri.

11. Malah, jika PAS berkeras hendak meletakkan calon di Penanti, saya yakin Anwar pasti terpaksa beralah kerana pastinya Anwar tidak mahu kehilangan PAS dalam Pakatan Rakyat. Saya juga yakin jika kerajaan perpaduan mampu direalisasikan atau setidak-tidaknya PAS berjaya dibawa keluar dari Pakatan Rakyat maka berakhirlah dan terpadamlah nama Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara.

Awas !!! Musuh mula menyerang bloggers BPN...


1. Terima kasih saya ucapkan kepada seorang sahabat BPN yang menggunakan nick 'ibnawawi' dan menggelar dirinya atok kerana telah membantu saya menyelesaikan masalah blog saya.

2. Untuk makluman, blog http://suaramelayubaru.blogspot.com telah di'hack' dan id telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. Sehubungan itu, saya tidak dapat log in ke blog saya sendiri hampir 5 hari. Pihak yang telah mencuri ID saya tersebut juga telah mem'publish' satu artikel tidak bertanggungjawa iaitu satu bentuk tawaran untuk menjual blog saya kepada pihak lain dengan harga tertentu.

4. Saya juga ingin menasihati kepada seluruh warga BPN terutamanya agar lebih berhati-hati kerana wujud pihak yang sedang cuba untuk menjahanamkan perjuangan BPN dalam menegakkan kebenaran.

5. Sebarang iklan atau tawaran menarik terutamanya yang terdapat dalam ruangan 'chatroll' perlu dikaji dengan teliti kerana ia menjadi salah satu punca di mana blog saya telah di'hack'.

6. Sekali lagi saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 'Ibnawawi', 'Isacjohore','mami','glory' dan seluruh wrga BPN atas bantuan anda selama ini.

Khamis, 14 Mei 2009

Krisis Perak :Anwar tidak layak meletak syarat jika ingin bertemu Najib...

1. Kemelut yang melanda politik Perak terus menjadi tajuk isu yang paling hangat diperdebatkan. Pelbagai spekulasi, andaian dan ramalan cuba dijelma oleh pebagai pihak baik kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat.

2. Hari ini, kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah mengadakan perbincangan tertutup bagi mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang pastinya mahu berpihak kepada mereka. Matlamat lain perbincangan ini diadakan adalah untuk memastikan tidak berlaku percanggahan pendapat antara kepimpinan Pakatan Rakyat dalam menangani isu ini.

3. Melalui perbincangan tertutup ini juga, pihak Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi mencari jalan kompromi untuk menyelesaikan perkara ini.

4. Perdana Menteri juga dalam kenyataan awalnya telah bersetuju untuk bersemuka dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu di Perak ini. Namun, PM tidak mahu mana-mana pihak meletakkan sebarang pra-syarat sebelum pertemuan diadakan. Ia bertujuan untuk memastikan perbincangan dapat dijalankan sejujurnya tanpa ada konkongan dari syarat yang telah ditetapkan.

5. Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pada dasarnya bersetuju untuk berbincang dengan YAB PM. Namun beliau berpendirian bahawa pembubaran DUN dan PRK peringkat negeri Perak adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini.

6. Hakikatnya sekarang, BN berada pada kedudukan terbaik, bukannya pada kedudukan terdesak. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan apa-apa selagi BN dapat mengekalkan majoriti dalam DUN berada dalam genggaman. Hak pembubaran DUN merupakan hak mutlak Ke Bawah Duli Sultan. Dan ia juga perlu mendapat dokongan kuat dari suara majoriti DUN.

7. Pakatan Rakyat dan Anwar perlu sedar bahawa BN sebenarnya tidak perlu untuk berbincang dengan mereka. Namun atas dasar demokrasi dan kebaikan bersama, maka Najib bersedia untuk mendengar cadangan dan pendapat dari Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tidak berhak malah tidak layak untuk mengenakan apa-apa syarat bagi mengadakan pertemuan ini

Media UMNO perlu diperkemaskan jika mahu jadi lebih kuat...

1. Gesaan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin yang mencadngkan agar seluruh barisan pemuda UMNO terutamanya di Perak agar mempergiatkan usaha turun padang bertemu akar umbi bagi menerangkan kedudukan serta situasi sebenar berhubung kemelut politik yang melanda negeri Perak adalah tepat dan amat dialu-alukan.

2. Kerajaan terutama barisan kepimpinan UMNO perlu sedar walaupun kerajaan menguasai arus media perdana namun rata-rata masyarakat terutama dari golongan muda menolak pilihan media ini dan memilih arus media alternatif sebagai sumber untuk memperolehi sebarang maklumat terkini.

3. Pakatan Rakyat berjaya mempergunakan sentimen ini dengan menguasai sebaik mungkin media alternatif atas nama kebebasan bersuara. Mereka berjaya mempengaruhi minda anak muda untuk menolak media perdana dan menerima propaganda penulisan mereka.

4. Seperti sudah menjadi lumrah manusia yang amat gemarkan sesuatu perkara yang palsu dan berbentuk fitnah berbanding perkara yang realiti dan kebenaran yang hakiki. Jika diimbas media mereka, baik media percetakan seperti Harakah, Suara Keadilan dan lain-lain atau media elektronik dan internet, kebanyakan penulisan mereka berbentuk bayangan atau angan-angan, menghentam berasaskan spekulasi atau paling tidak pun janji manis yang belum tentu mampu ditunai.

5. Sehubungan itu, pihak kerajaan terutamanya melibatkan biro penerangan perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menarik semula minat golongan sasaran untuk kembali mendekati parti kerajaan. Kaedah penyampaian perlu diperhalusi bagi meyakinkan semula golongan ini agar mereka faham akan misi, visi dan objektif kerajaan.

6. Barisan kepimpinan juga perlu lebih kerap turun ke bawah bagi mendengar masalah akar umbi. Usaha mendampingi akar umbi terutama golongan muda amat penting bagi mengelakkan mereka lari dan hilang keyakinan kepada UMNO dan kerajaan.

Rabu, 13 Mei 2009

PAS terlibat dengan 'politik baju' (bukan politik wang)...


1. Bahang pemilihan pucuk pimpinan bagi satu lagi parti terbesar orang Melayu yakni PAS semakin hangat dirasai. Paling sensasi adalah berhubung perebutan nakhoda kepimpinan antara 2 puak utama iaitu Kumpulan Pro-Muqabalah di bawah pimpinan Presiden sekarang, Tuan Guru Haji Hadi dan Kumpulan Edrogan yang pro-Anwar yang jelas menentang sebarang usaha penubuhan kerajaan perpaduan.

2. Pencalonan bagi memilih kepimpinan Dewan Pemuda kini jelas dikuasai oleh Kumpulan Pro-Muqabalah di mana Saudara Nasrudin Hassan yang juga Timbalan Dewan Pemuda berjaya memperolehi 10 pencalonan dari 14 negeri. Bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Saudara Mohamad Zaki yang mewakili Kumpulan Edrogan mendapat 1 pencalonan iaitu dari negeri Che Siti Wan Kembang. Manakala 3 negeri lagi belum memutuskan pencalonan masing-masing.

3. Bagi perebutan jawatan tertinggi Dewan Muslimat pula, wujud ura-ura ianya bakal ditandingi oleh 4 calon yang tidak kurang hebatnya. Penyandang ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh yang condong kepada pro-Muqabalah akan ciba mempertahankan kedudukannya. Beliau bakal disaingi oleh 3 lagi calon dari Kumpulan Edrogan iaitu exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali dan dua ahli parlimen Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

4. Jawatan paling panas yang bakal menjadi rebutan adalah Timbalan Presiden di mana Nasharuddin Mad Isa selaku penyandang akan dicabar oleh beberapa calon lain antaranya Mohamad Sabu yang sudah menyatakan kesediaannya untuk bertanding, Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak.

5. Terbaru, timbul cakap-cakap kononnya ada pihak yang bakal bertanding bagi merebut jawatan tertinggi dalam Dewan Pas telah memberi hadiah berbentuk pakaian selain jamuan makan kepada para perwakilan.

6. Persoalannya sekarang, apa bezanya politik wang dengan politik baju? Tidakkah selagi niat pemberian sesuatu itu, tidak kira wang atau baju, jika ia mempunyai kepentingan tertentu dan mengharapkan sesuatu maka ianya tetap diistilahkan sebagai rasuah?

7. Mungkin disebabkan perkara ini berlaku di dalam PAS maka ia dihalalkan. Berbeza jika berlaku dalam UMNO, belum keluar wang lagi, sudah heboh seantero dunia. Inilah dunia politik hipokrit...

Selasa, 12 Mei 2009

Nizar tergolek buat sekian kalinya...


1. Mahkamah Rayuan hari ini telah bersetuju untuk menerima rayuan yang difailkan oleh MB Perak dari BN, Dr. Zambry untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan Mohamad Nizar sebagai MB Perak yang sah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam.

2. Jika semalam mahkamah dan institusi kehakiman dipuji melambung tinggi kerana memberi kemenangan kepada Nizar tetapi hari ini mahkamah kembali dicemuh oleh puak Pakatan Rakyat memandangkan keputusan yang diumumkan tidak memihak kepada mereka.

3. Antara tindakan awal yang diumumkan oleh Nizar pagi ini setelah semalam mahkamah mengesahkan kedudukannya sebagai MB adalah menggantung dua kakitangan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid.

4. Sedihnya, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menurut Ketua Setiausaha Negara, berdasarkan undang-undang di atas, seorang MB tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menggantung mana-mana kakitangan kerajaan sewenang-wenangnya dan ia perlu dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

5. Sekali lagi Pakatan rakyat bertindak sesuka hati dan sesedap rasa hingga sanggup membelakangkan perlembagaan dan undang-undang hanya semata-mata untuk memenuhi matlamat dan nafsu politik mereka. MB sebenarnya berperanan sebagai perantara antara Sultan dan ADUN, tidak lebih dari itu. Setiap keputusan yang hendak diambil perlu mendapat perkenan Sultan dan usul yang dibawa perlu mendapat persetujuan majoriti ahli dewan sebelum boleh melaksanakan sesuatu.

6. Jika semalam Zambry dan barisan EXCOnya dengan rela hati menerima keputusan yang diumumkan oleh mahkamah tanpa perlu ada sebarang pertikaian melampau. Maka diharap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga dapat diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang prejudis.

Isnin, 11 Mei 2009

MB milik Nizar, majoriti milik BN...Mana lebih penting???

1. Syabas dan tahniah diucapkan Dato' Seri Mohamad Nizar setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Untuk rekod Nizar telah disingkirkan dari kedudukan MBnya oleh pihak Istana dan jawatannya itu diambil alih oleh Dr. Zambry setelah BN berjaya mendapat majoriti sokongan ADUN.

2. Dengan keputusan mahkamah ini maka jelas menunjukkan bahawa pihak istana telah mengambil satu keputusan yang salah dan ianya berjaya dibuktikan melalui prosiding mahkamah.

3. Seperti apa yang telah saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini, soal siapa MB Perak yang sah bukanlah menjadi keutamaan tetapi apa yang lebih penting adalah pihak mana yang berjaya memperolehi jumlah majoriti dalam dewan Undangan Negeri. Dalam hal ini jelas BN masih kekal sebagai kuasa majoriti dalam DUN walaupun jawatan MB milik Pakatan Rakyat.

4. Harus diingat, memiliki kelebihan majoriti DUN sebenarnya lebih penting dan lebih besar jika dibandingkan dengan peranan dan kemampuan seseorang MB. Setiap sesuatu perkara atau usul yang cuba dibawa oleh MB sebelum boleh dilaksanakan, ianya pertama perlu mendapat perkenan Sultan. Kedua, usul itu perlu dibawa ke DUN dan di sini kuasa penentu menjadi milik pihak yang mendapat kerusi majoriti samada usul itu diluluskan atau ditolak.

5. Apa yang perlu dilakukan oleh Nizar untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB kini adalah meyakinkan pihak istana untuk membubarkan DUN agar PRK peringkat negeri Perak dapat dadakan.

6. Jika gagal, Nizar berkemungkinan akan berdepan dengan usul undi tidak percaya yang pastinya akan dibawa oleh pihak BN di persidangan DUN akan datang dan secara logiknya peluang Nizar amat tipis memandangkan kuasa majoriti berada di tangan BN.

7. Harus diingat juga, mahkamah sebelum ini juga telah menolak pergantungan yang dikenakan kepada Zambry dan barisan EXCO BN yang baru dari memasuki sidang DUN. Mahkamah juga telah menolak perletakan jawatan ketiga-tiga bekas ADUN PR yang kini beralih sokongan kepada BN di bawah tiket Bebas di atas alasan bahawa surat perletakan jawatan yang diserahkan kepada SPR adalah tidak sah dan menimbulkan keraguan akan keasliannya.

8. Jadi tidak mustahil untuk mengatakan bahawa kemenangan Nizar adalah bersifat sementara dan pastinya BN akan mengambil peluang berdasarkan kelebihan yang dimiliki untuk menyingkirkan Nizar secara yang lebih terhormat, sepertimana yang dikehendaki oleh Nizar dan geng Pakatan rakyatnya.

9. Sama-samalah kita nantikan apa yang bakal menyusul selepas ini...

Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa merayu kepada Nizar untuk berucap...

1. Sungguh sedih dan mengecewakan hingga menimbulkan rasa amarah dan meluat apabila saya mengetahui isi butir apa yang dibisikkan baginda Sultan Perak kepada 2 mangkuk hayun dari Pakatan Rakyat ini.

2. Baginda Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah rupanya terpaksa merayu dan memohon jasa baik kepada Nizar dan rakan DAPnya agar menghormati dan memberi peluang kepada baginda serta memohon agar menasihati rakan-rakan penyamun lain untuk duduk supaya baginda dapat memulakan ucapan. Sudahlah hampir 5 jam Baginda terpaksa membuang masa menanti agar keadaan dewan yang huru-hara akibat kebiadapan dan kekurangajaran yang ditonjolkan oleh wakil rakyat PR kembali menjadi tenang. Setelah baginda masuk ke dewan, puak PR ini masih menunjukkan sifat samseng dan bongkak dengan berdiri di tengah dewan bagi menyampaikan bantahan mereka yang tidak berasas itu kepada baginda.

3. Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

4. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan untuk memimpin negara? Entahlah apa akan jadi kepada tanahair tercinta ini jika mereka diberi mandat kuasa untuk memerintah negara. Mereka langsung tidak mahu menghormati Sultan Perak selaku ketua tertinggi sebuah kerajaan hinggakan Sultan sendiri terpaksa akur, tunggu, tunduk dan akhirnya merayu kepada penyamun tarbus.

5. Saya mendoakan agar Allah sentiasa memelihara negara Malaysia tercinta dari sebarang anasir yang menjurus kearah menjahanamkan dan melingkupkan baik dari dalam mahupun dari luar. Biar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita untuk memilih apa yang terbaik demi maruah agama, bangsa dan negara. Jangan sampai anak bangsa yang bakal mewarisi negara menyesal dengan tindak tanduk dan keputusan salah yang telah kita ambil sekarang.

Sabtu, 9 Mei 2009

Sidang DUN Perak sah. Ini alasan saya...

1. Semalam terjawab sudah siapa yang benar-benar berhak ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan negeri Perak. Hari pertama sidang DUN Perak telah membuktikan secara jelas bahawa Barisan Nasional berjaya memperolehi jumlah majoriti kerusi dan sekaligus menamatkan era pentadbiran Pakatan Rakyat.

2. Pakatan Rakyat telah berjaya menimbulkan beberapa kemushkilan semata-mata untuk mengelirukan rakyat yang kurang faham akan perlembagaan, etika dan tatacara persidangan. Pakatan Rakyat buat-buat benak akan hal ini walaupun hakikatnya mereka sedar akan kebenarannya.

3. Sivakumar selaku Speaker mewakili Paktan rakyat tidak boleh mengarahkan ADUN dari BN dan Bebas untuk keluar dari dewan atas alasan pergantungan yang telah dikenakan oleh Jawatankuasa Kebebasan kepada mereka. Ini kerana mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan pergantungan itu adalah tidak sah dan membatalkan larangan mengikuti sidang yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.

4. Tidak dinafikan bahawa Sivakumar masih seorang Speaker pada awal persidangan. Tetapi tidak sepatutnya untuk beliau mengeluarkan perintah menghalau ADUN BN memandangkan mahkamah sudah membatalkan pergantungan tersebut. Jadi, ADUN-ADUN BN layak mengikuti persidangan atas tiket Ahli Dewan Undangan Negeri yang sah.

5. Timbalan Speaker, Hee Yit Fong berjaya memperolehi majoriti menyokong untuk beliau mengambil alih peranan Speaker dari Siva setelah usul tersebut dikemukakan dan disokong secara majoriti oleh ADUN BN. Siva sepatutnya akur dengan keputusan majoriti dan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Speaker yang dilantik.

6. Dan seterusnya, usul-usul yang dikemukakan oleh BN berjaya memperolehi sokongan majoriti iaitu 31:28 termasuklah usul persidangan bawah pokok yang tidak sah, usul penyingkiran Sivakumar selaku Speaker, usul perlantikan Ganesan sebagai Speaker menggantikan Siva dan beberapa usul lain.

7. Di sini jelas menunjukkan ADUN Pakatan Rakyat terutama Speakernya, Sivakumar cuba bertindak berlandaskan undang-undang ciptaan sendiri dan sanggup membelakangkan perlembagaan, undang-undang yang telah termaktub dan perintah mahkamah yang telah diputuskan.

8. Soal siapa Menteri Besar bukan lagi menjadi keutamaan ketika di Dewan semalam dan BN akur serta sedia menanti keputusan mahkamah tentang siapa MB Perak yang sah yang bakal diputuskan Isnin ini. Apa yang penting di Dewan persidangan semalam adalah pihak mana yang berjaya memperoleh undi atau suara majoriti kerana ini yang menentukan samada sesuatu usul itu berjaya atau tidak. Jelas, BN berjaya mendapat suara majoriti berbanding Pakatan Rakyat.

9. Walaupun ditakdirkan Nizar diputuskan sebagai MB Perak yang sah di mahkamah nanti, apa yang penting adalah suara majoriti. BN boleh mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Nizar jika BN terus kekal sebagai majoriti di dewan dan pada ketika itu Nizar dan Pakatan Rakyat tidak ada alasan lagi untuk terus kekal berkuasa.

10. Seperkara lagi, tidak timbul soal sidang di dalam sidang kerana setiap usul yang dikemukakan adalah sah. Yang menjadi masalah adalah ADUN Pakatan Rakyat cuba untuk menidakkan kebenaran dan terus membuat kacau dan mengganggu kelancaran sidang. Sememangnya inilah matlamat mereka.

11. Nizar melalui sidang media nya mengumumkan untuk tidak mengikhtiraf sidang semalam dan menganggap sidang yang berlangsung semalam adalah tidak sah. Beliau juga dikatakan akan mengadap baginda Sultan untuk memaklumkan perkara ini dan mengumumkan bahawa titah baginda sultan hanyalah sebagai titah pembukaan, bukannya titah perasmian sidang. Apa bezanya??? Tidakkah tindakan ini boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Sultan dan dewan dan juga merupakan cubaan untuk memperolok-olokkan Sultan Perak???

12. Tidak kisahlah apapun, pada hemat saya persidangan DUN Perak semalam adalah sah dan tidak ada cacat cela atau keraguan. Cuma cacat celanya hadir dari tindakan dan kelakuan ala penghuni zoo yang ditonjolkan oleh Wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Jumaat, 8 Mei 2009

4 ke 8 calon bakal bertanding merebut DUN Penanti.

1. 23 Mei ini telah ditetapkan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti manakala 31 Mei pula merupakan hari kemuncak di mana seluruh warga Penanti yang telah berdaftar akan keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru bagi kawasan tersebut.

2. Kerusi DUN Penanti telah dikosongkan setelah bekas penyandang yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin meletak jawatan.

3. Wujud kemungkinan bahawa PRK Penanti ini bakal menyaksikan satu lagi perebutan melibatkan ramai calon yang bertanding sepertimana yang telah berlaku di DUN Bukit Selambau. Untuk rekod, PRK DUN Bukit Selambau telah ditandingi oleh seramai 15 calon dan ianya dimenangi oleh calon PKR.

4. Jumlah calon yang telah menyatakan pendirian mereka untuk bertanding di DUN Penanti setakat ini adalah seramai 4 orang yang bakal mewakili parti masing-masing. Jumlah ini tidak termasuk calon BN yang masih menantikan jawapan dari Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak samada akan meletakkan calon atau tidak. Sebelum ini timbul spekulasi bahawa BN tidak akan turut serta bagi merebut kerusi Penanti ini.

5. Antara calon yang telah mengesahkan bakal bertanding di DUN Penanti ini adalah Dr. Mansor Othman (PKR), seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), seorang calon dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas iaitu Aminah Abdullah.

6. Aminah Abdullah (gambar) yang bakal bertanding atas tiket Bebas merupakan bekas Ketua Angkatan Wanita Keadilan. Sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wujud penawaran jawatan tertinggi dalam PKR kepada beliau supaya beliau menarik balik hasrat untuk bertanding.

7. Tidak mustahil akan ada beberapa calon Bebas yang bakal turut serta dalam PRK ini berdasarkan senario politik semasa terutama melibatkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Sebelum ini wujud desakan dari Pemuda PAS Negeri untuk meletakkan calon PAS bagi merebut kerusi Penanti ini. Desakan ini telah ditolak oleh kepimpinan tertinggi PAS atas alasan semangat setiakawan di kalangan PR perlu dijaga.

8. Kemungkinan jumlah calon yang bakal bertanding di DUN Penanti ini boleh mencecah hingga 8 orang jika BN dan beberapa calon Bebas mengesahkan pendirian mereka untuk bertanding.

9. Apapun, sehingga hari penamaan calon dan sehingga tempoh bantahan pada hari penamaan calon tersebut, macam-macam perkara boleh berlaku dan pelbagai andaian serta spekulasi akan terus menjadi isu selepas ini.

10. Tidak mustahil PRK kali ini juga bakal menyaksikan jumlah yang ramai bakal kehilangan wang deposit sepertimana yang telah berlaku di Bukit Selambau.

Khamis, 7 Mei 2009

Bisikan menyampah dari Sultan kepada penderhaka...

Mungkin benar sepertimana kata bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat yang telah disingkirkan dari kedudukannya, Dato' Seri Mohamad Nizar yang kononya mendakwa Baginda Sultan ingin bekerja dengan Pakatan Rakyat sewaktu Sultan Perak memanggilnya bersama Ngeh mengadap baginda. Namun begitu, perlu diingat bahawa ada kepentingannya untuk baginda Sultan bertitah sedemikian kepada mereka berdua.

1. Berdasarkan keadaan dewan yang agak tegang, maka amat perlu untuk Baginda Sultan menarik perhatian wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk mereka berasa sedikit dihargai sepanjang tempoh pentadbiran mereka sebelum ini.

2. Adalah amat tidak patut jika Baginda Sultan terus mencemuh atau mengutuk Pakatan rakyat walau dengan apa cara sekalipun kerana ia boleh mengakibatkan keadaan menjadi lebih tegang.

3. Itu pun jika betul apa yang dinyatakan oleh Nizar. Ini kerana hanya Nizar dan Ngeh saja yang mengetahui apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan selain dari Allah yang Maha Mengetahui. Tidak mustahil jika baginda Sultan memanggil Nizar untuk diberi amaran supaya menjaga tingkah laku wakil rakyat pembangkang agar tidak berkelakuan seperti binatang yang terlepas dari zoo.

"IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu."
- mStar

Sidang DUN Perak : Manusia ke atau binatang yang bersidang ni???

1. Sedih dan memalukan. Inilah kesimpulan yang paling sesuai dan tepat bagi menggambarkan perjalanan Sidang DUN Perak yang bermula hari ini.

2. Sejak dari awal lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak seperti pemimpin yang tidak bertamadun hanya semata-mata hendak terus berkuasa sebagi pemerintah kerajaan negeri Perak.

3. Tindakan polis yang menahan beberapa wakil rakyat Parlimen PR memang kena pada masa dan ketikanya kerana penglibatan mereka bukan boleh mendatangkan faedah malah boleh menimbulkan provokasi dan kekacauan melampau semata-mata untuk menggagalkan persidangan DUN ini.

4. Speaker DUN dari Pakatan Rakyat bertindak melampaui batas dan jelas menunjukkan dia tadak faham undang-undang dan langsung tidak menghormati perlembagaan serta titah Sultan.

5. Mana mungkin untuk Siva menghalau MB dari BN serta 7 EXCO negeri baru yang dilantik secara rasmi termasuk 3 wakil rakyat Bebas memandangkan mahkamah sendiri telah membatalkan pergantungan yang dikenakan kepada wakil rakyat tersebut sebelum ini. Ini menunjukkan Siva tidak akur dengan perintah yang telah dikeluarkan mahkamah.

6. Siva dan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain perlu menerima hakikat bahawa kini suara majoriti jelas dimiliki oleh kerajaan BN. Siva sudah tidak berkuasa lagi untuk menolak usul yang dikemukakan oleh BN.

7. Ini termasuklah usul untuk menyingkirkan Siva dari kerusi speker dan menggantikan jawatan Speaker kepada Ganesan memandangkan usul tersebut berjaya memperolehi 31 undian dan jelas ia merupakan suara majoriti.

8. Tindakan Siva yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa jawatan Speaker sudah pun digantikan hingga beliau tidak mahu berganjak dari kerusi Speaker amat memalukan dan ia menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat ini hanya gilakan kuasa, bukannya hendak berkhidmat dan membela nasib rakyat.

9. Ganesan selaku Speaker Dewan yang baru perlu lebih tegas dan berani bertindak kerana kini kestabilan dan kelancaran perjalanan sidang berada di dalam tangannya dan beliau adalah individu yang paling berkuasa dalam Dewan. Jika perlu dan keadaan mendesak, beliau boleh menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya untuk menghalau mana-mana wakil rakyat yang cuba membuat kacau dalam Dewan.

10. Kejadian di Perak sepatutnya tidak berlaku jika masing-masing faham akan peranan dan menggunakan akal fikiran yang waras sebelum mengambil sesuatu tindakan. Tidak guna mengingkarai perlembagaan dan undang-undang kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri dan akan menunjukkan kebodohan dan tembelang sebenar diri kita.

11. Kita harus bersyukur kerana tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di luar Dewan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini hingga memaksa pihak berkuasa bertindak agresif seperti melempaskan gas pemedih mata. Segala kekalutan hanya belaku di dalam Dewan tanpa melibatkan ramai orang awam yang tidak berdosa. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Perak sudah mulai sedar mana intan dan yang mana kaca dan sudah mula menilai mana yang terbaik untuk membela nasib mereka.

12. Berdasarkan keputusan usul yang dibawa di dalam persidangan Dewan DUN Perak hari ini maka bolehlah dikatakan bahawa era Mohd Nizar dan Pakatan Rakyat selaku Menteri Besar dan kerajaan Negeri sudah pun berakhir.

13. Sudah sampai masanya untuk semua pihak berhenti dari terus bermain politik kerana ia langsung tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang akan terus mencetuskan polemik politik dan biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

14. Seluruh rakyat Perak perlu memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baru di bawah pimpinan BN dan Dato' Dr. Zambry selaku Menteri Besar untuk membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa pemilihan mereka bukanlah satu kesilapan.

15. Kerajaan Negeri yang baru perlu mula menunaikan janji untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat Perak tanpa perlu memilih bulu manakala pihak Pakatan Rakyat pula perlu berperanan sebagai pembangkang bagi memantau setiap perjalanan pentadbiran kerajaan baru ini.

Rabu, 6 Mei 2009

Nizar vs Sultan : Semakin terserlah kejahilan Nizar dan Pakatan Rakyat...


1. Mahkamah telah memutuskan bahawa bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar bukanlah dipecat dari kedudukannya selaku MB, tetapi sebaliknya beliau telah disingkirkan.

2. Ini berdasarkan keputusan suara majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang jelas memihak kepada Barisan Nasional.

3. Semua ini berlaku setelah 3 bekas ADUN Pakatan Rakyat keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat Bebas serta menyokong Barisan Nasional.

4. Sultan Perak sebelum ini telah memanggil 3 ADUN tersebut bagi mendengar sendiri pendirian mereka. Ketiga-tiga ADUN tersebut telah menyatakan bahawa mereka hilang kepencayaan terhadap kepimpinan Mohamad Nizar dan telah beralih sokongan kepada Barisan Nasional.

5. Mohamad Nizar melalui peguamnya telah memaklumkan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai penarikan semula surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan cuba menafikan kebenaran oleh Nizar walhal beliau sepatutnya lebih maklum berhubung perkara ini memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

6. Sultan Perak juga bertindak tepat dengan memanggil semua ADUN bagi mendapatkan kepastian siapa yang mendapat kelebihan majoriti sebelum mengumumkan BN mengambil alih kerajaan. Peguam Nizar menyatakan bahawa Sultan tidak boleh memanggil ADUN-ADUN terlibat dengan alasan kononnya baginda Sultan tidak berhak.

7. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak juga telah menetapkan bahawa seorang Menteri Besar boleh disingkirkan atas titah Sultan jika jelas dan terbukti MB tersebut sudah gagal mendapatkan kepecayaan majoriti.

8. Perlantikan Dr. Zambry juga sah setelah jelas BN berjaya memperolehi suara majoriti ADUN dan tidak timbul soal wujudnya 2 MB dalam satu masa memandangkan Nizar sudah pun disingkirkan dari kedudukannya secara rasmi.

9. 7 Mei telah ditetapkan sebagi hari persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Perak setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri. Antara usul yang dijangka akan dikemukakan adalah mengadakan undi tidak percaya kepada Speaker dan perlantikan Speaker baru.

10. Nizar sepatutnya sudah mula menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi MB Perak. Tidak sepatutnya untuk beliau terus berkeras mengenai kedudukannya kerana ini sedikit sebanyak telah menunjukkan akan kelemahan dan kebodohannya dalam perlembagaan.

Terkini :Mohamad Sabu ditahan polis sebentar tadi...


"Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin."
- Detik Daily

Tindakan agresif polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.

Berdasarkan desas-desus yang timbul sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya anasir ekstrem yang didalangi oleh puak pembangkang bagi menghalang kelancaran perjalanan Sisang DUN esok. Diseru kepada pihak berkuasa terutama anggota polis agar mengetatkan kawalan keselamatan menjelang esok kerana tidak mustahil akan timbul kekacauan seperti yang pernah berlaku sebelum ini di Ipoh jika pihak berkuasa terutama polis tidak mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE