-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 27 Februari 2009

Sidang tergempar DUN: Wajah Di Sebalik Topeng Pakatan Rakyat. - MalaysiaKini

"Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua
Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut."
- MalaysiaKini

Siapa yang takut dan penakut sebenarnya. Memanggil sidang tergempar adalah perkara biasa tetapi memanggil ketika ADUN BN di gantung dan ADUN Bebas dilarang hadir adalah satu tindakan yang gila dan tidak masuk akal. Ditambah pula dengan kemungkinan bakal berlakunya usul tidak percaya kepada kerajaan BN yang baru menambahkan lagi kebingungan pentadbiran negeri Perak.

Tak kisah lah jika hendak mengadakan usul tidak percaya, tapi kenapa diadakan ketika ADUN BN digantung? Tidakkah ini menunjukkan betapa pengecutnya Pakatan Rakyat? Dan menunjukkan betapa teringinnya Pakatan rakyat hendak mengambil kuasa di Perak? Sudah la begitu, 3 ADUN Bebas yang condong kepada BN juga tidak dibenarkan hadir ke sidang tersebut. Jadi, tidak perlu dihitung lagi kerana jelas Pakatan Rakyat akan memperolehi suara majoriti walaupun melalui cara yang paling bacul sekali dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Kenapa tidak dipanggil kesemua ADUN negeri Perak termasuk dari BN untuk hadir ke sidang tergempar tersebut. Sekurang-kurangnya rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang menjadi majoriti dalam dewan tersebut. Walau apa pun, topeng yang selama ini melindungi wajah Pakatan Rakyat kian terbongkar sedikit demi sedikit. Rakyat tanpa perlu diajar akan dapat menilai mana satu kerajaan terbaik yang benar-benar membela rakyat dengan kerajaan yang hanya mabuk kuasa dan sentiasa terlentok duduk di atas kerusi selesa.

Nizar tetap enggan serah kereta MB. (Mungkinkah kuncinya sudah hilang???) . - MalaysiaKini

"Feb 27, 09 2:53pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis -majlispenerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.

Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas."
- MalaysiaKini

Kenapalah Nizar terus-terusan mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan baru Perak? Sudah, wahai En. Nizar. Belajar-belajarlah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak berkuasa lagi di Perak. Ini semua lumrah kehidupan. Kadang kala kita di atas, dan kadang kala tak mustahil kita akan jatuh ke bawah.

Nizar tidak sepatutnya terus menggunakan kenderaan rasmi Toyota Camry. Ini kerana, walaupun kenderaan tersebut dibeli ketika Nizar dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan namun ia tetap menggunakan wang rakyat. Lainlah jika kenderaan tersebut dibeli menggunakan wang poket sendiri. Memandangkan ia menggunakan wang rakyat maka ia menjadi milik rakyat yang digunakan oleh kerajaan negeri yang memerintah. Tindakan Nizar yang enggan menyerahkan kenderaan tersebut akan menyulitkan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Apatah lagi Nizar menggunaka kenderaan tersebut untuk ke lokasi ceramah yang umum sedia maklum rata-rata ceramah PR bukanlah untuk membangunkan negeri tetapi untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Jadi, patutkah Nizar bertindak sedemikian. Tak kisahlah jika Nizar terus hendak menegakkan benang yang basah, tapi harta yang bukan lagi jadi hak milik perlulah diserahkan semula kepada yang berhak. Bukan digunakan untuk kepentingan sendiri atau untuk kepentingan agenda politik Pakatan Rakyat.

'Pernahkah Kita Maki Dia Singh Celaka', Exco Pemuda Umno. - Bernama


"SHAH ALAM, 27 Feb (Bernama) -- "Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka."

Itulah kata-kata anggota exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka".

Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Reezal Merican berkata Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.

"Tetapi sejak kebelakangan ini Karpal menunjukkan contoh yang kurang baik dan menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia," katanya."
- Bernama


Karpal semakin lama semakin menunjukkan kenyanyokannya. Berdasarkan tahap pemikiran dan kemampuannya, dia dilihat sudah tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin kepada rakyat. Seorang pemimpin sepertinya tidak harus terus memegang jawatan dan sepatutnya sudah sampai masanya untuk berundur dari arena politik. Bukan berniat untuk menghina seorang OKU, tapi bila difikirkan, bagaimana seorang wakil rakyat sepertinya hendak berkhidmat kepada rakyat dengan baik dan sempurna. Jika berlaku banjir di kawasannya, adakan Karpal mampu untuk melawat dan memberi bantuan kepada mangsa. Itu jika banjir, jika berlaku perkara yang lebih besar yang memerlukan khidmat Karpal sebagai wakil rakyat, bagaimana? Atau mungkin Karpal sememangnya sudah ketepikan itu semua dan kelayakannya menjadi wakil rakyat hanya disebabkan keberanian dan kelantangannya bersuara.

Berkenaan dengan ungkapan celaka yang dilemparkan kepada Pemuda UMNO, ia dilihat sebagai satu tindakan yang amat biadap dan kurang ajar. Kelantangan dan keberanian Pemuda UMNO ada batasnya dan sudah pasti ia tidak akan melebihi undang-undang negara. Apatah lagi tuduhan Karpal yang mengatakan bahawa Pemuda UMNO telah mengugutnya dan mengirim 2 butir peluru kepadanya. Itu adalah satu tuduhan liar yang tak berasas dan tanpa bukti. Harus diingat bahawa kebiadapan Karpal sebenarnya telah membuatkan dia mempunyai ramai musuh. Baik dari dalam UMNO sendiri mahupun dari luar. Jadi tak mustahil jika 2 buti peluru itu angkara pihak luar yang bencikan Karpal. Atau mungkin spekulasi Karpal sendiri yang memerlukan simpati luar terhadapnya dan cubaan untuk menjatuhkan imej UMNO.

Kadar tol 5 lebuhraya naik Ahad ini. (Kerajaan Jangan Jadi Bodoh). - MalaysiaKini

"Feb 26, 09 11:42am

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar."
- MalaysiaKini

Inilah salah satu punca kenapa rakyat semakin hilang kepercayaan dan berasa meluat dengan kerajaan. Tatkala rakyat sedang menghadapi krisis ekonomi yang meruncing dengan kenaikan harga barang yang tak jumpa jalan turun, isu pemberhentian pekerja terutama di sektor swasta kini yang terbaru dan sudah pasti meresahkan lagi rakyat apabila pengumuman kenaikan tol dibuat. Walaupun rakyat bersyukur dengan penurunan harga minyak sejak akhir-akhir ini, namun ia dilihat tidak meninggalkan impak yang besar memandangkan perkara lain terutama yang melibatkan keperluan rakyat dinaikkan kadarnya.

Hakikatnya rakyat mula menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan setelah rakyat dihidang dengan pelbagai isu politik yang melanda negara terutama melibatkan pergolakan yang berlaku dalam Pakatan rakyat. Rakyat mula beralih kepada kerajaan BN setelah melihat kerajaan Pakatan rakyat seperti tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman sendiri dan umpama telur di hujung tanduk. Tetapi apabila kenaikan nilai tol diumumkan, rakyat sekali lagi berasa fade up dan menyampah dengan kemampuan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Kerajaan mungkin terlupa bagai mana rakyat menyuarakan rasa hati mereka melalui peti undi hingga mengakibatkan kerajaan BN terlepas 2/3 majoriti dan terpaksa berputih mata apabila kehilangan 5 negeri. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak hingga membuatkan rakyat terhimpit. Dan disebabkan itu jugalah rakyat memilih Pakatan Rakyat walaupun rakyat sedar bahawa PR tidak akan mampu mentadbir dan memajukan negara sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun memerintah.

Kini, jika kerajaan tidak mengambil inisiatif di atas apa yang pernah terjadi dan tidak memulakan langkah yang drastik untuk menghalang kenaikan tol secara menggila maka tidak mustahil kerajaan BN terpaksa berdepan sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang terdesak. Rakyat tidak mahu dengar sebarang alasan berkenaan relevannya atau perlunya kenaikan tol itu. Rakyat hanya mahu hidup dalam keadaan selesa dan dijaga soal kebajikan oleh kerajaan.

Khamis, 26 Februari 2009

Tidak Perlu Ubah Cara Pilih Perdana Menteri: Nazri. - Bernama


"KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa tiada sebarang keperluan untuk menukar kaedah pemilihan Perdana Menteri seperti yang sedang diamalkan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sistem sedia ada bagi memilih Perdana Menteri berjaya menjamin keamanan, kemajuan dan kestabilan politik di negara selama lebih 50 tahun.

"Saya juga ingin mengingatkan bahawa sistem pemilihan yang sedia ada di Malaysia adalah termaktub dalam Perlembagaan (Persekutuan), dan bukannya satu yang boleh ditetapkan melalui keputusan eksekutif.

"Oleh itu, keputusan sama ada untuk menukar sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada sebenarnya adalah terletak di tangan Parlimen," katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada kerajaan akan membubarkan sistem pemilihan Perdana Menteri sedia ada dan mengguna pakai sistem di mana semua rakyat boleh memilih Perdana Menteri seperti di Amerika Syarikat.

Mohamed Nazri berkata Malaysia merupakan sebuah negara Raja Berperlembagaan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang berdasarkan model Westminster yang kini diamalkan di United Kingdom.

"Mengikut sistem ini, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Oleh itu, sejak merdeka lagi Malaysia telah dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang juga merupakan ketua kepada Parti Perikatan (yang kemudiannya diperluas dan dikenali sebagai Barisan Nasional).

"Ini adalah berbeza dengan sistem politik di Amerika Syarikat di mana seorang Presiden adalah dipilih secara langsung, melalui undian rakyat setiap empat tahun," katanya.

Beliau berkata dalam konteks negara, apabila rakyat membuang undi dalam pilihan raya umum, mereka sedar dan tahu bahawa mereka sebenarnya secara tidak langsung memilih Perdana Menteri.

Menjawab pertanyaan Gobind mengenai kredibiliti calon Perdana Menteri akan datang yang beliau dakwa kononnya mempunyai skandal dan terlibat dengan kes jenayah, Mohamed Nazri berkata dakwaan itu hanya spekulasi dan ia tidak mempengaruhi keputusan.

"Di Malaysia, seseorang itu tidak bersalah jika tidak didakwa di mahkamah. Jadi apa yang dibangkitkan Yang Berhormat hanya spekulasi. Ia tidak boleh pengaruhi keputusan dan kita buat keputusan mengikut asas dan bukti yang nyata.

"Dalam hal perlantikan Perdana Menteri, (ia) mengikut keputusan Yang di-Pertuan Agong dan jika Tuanku membuat keputusan menerima ahli Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai Perdana Menteri, bukanlah tanggungjawab kita untuk mempertikaikannya," katanya."
- Bernama

Kenapa perlu ada perubahan terhadap sistem dan kaedah pemilihan Perdana Menteri yang telah sekian lama diamalkan selama ini. Kaedah yang sedia ada sudah pun membuktikan bahawa setiap Perdana Menteri yang dipilih berjaya menunaikan tanggungjawab dengan berkesan dan telah membawa negara Malaysia setanding dengan negara lain di dunia.

Cadangan yang dibawa wakil Pakatan rakyat dari DAP ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya sudah mula tertekan merasakan peluang mereka untuk dipilih sebagai Perdana Menteri mahupun Kerajaan Malaysia semakin tipis. Jadi, bagi memastikan matlamat politik mereka tercapai, maka mereka sanggup dan sedia melakukan apa sahaja termasuk mendesak agar perlembagaan yang selama ini telah di terima pakai dengan berkesan diubah semula.

Sepatutnya Pakatan Rakyat harus sedar walau siapa yang bakal dipilih sebgai Perdana Menteri, asasnya tetap datang dari rakyat yang menterjemahkan setiap kehendak mereka melalui kertas undi. Jika rakyat mahukan Perdana Menteri dari BN seperti yang telah dicadangkan maka secara tak langsung rakyat akan mengundi BN. Begitu juga sebaliknya. Jadi tidak timbul soal menjadikan Amerika sebagai contoh kaedah memilih Presiden.

Berkenaan dengan isu pemilihan Najib yang banyak dikaitkan dengan pelbagai isu negatif, ia sebenarnya lebih ke arah spekulasi dan agenda untuk menjatuhkan dan memburukkan reputasi beliau. Walaupun banyak tuduhan dilemparkan namun selagi perundangan tidak mensabitkan kesalahan ke atas beliau maka ia hanya sebagai tuduhan kosong. Jika hendak dilihat dari segi itu, maka nyata Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan calon PM jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan memiliki lebih banyak rekod buruk dan mengaibkan. Malah setiap tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar telah pun disabitkan oleh mahkamah dan sudah pun dikenakan hukuman. Jadi, adakah Anwar Ibrahim lebih layak berbanding Najib jika faktor rekod dan spekulasi diambil kira???

Karpal Tarik Balik Perkataan 'Celaka' Terhadap Pemuda Umno. - Bernama

"KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

"Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

"Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

"Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB," kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring."
- Bernama

Semakin lama semakin berani tindak tanduk yang ditonjolkan oleh Karpal Singh. Mungkin disebabkan keadaan yang mendesaknya membuatkan Karpal tidak mampu lagi berfikir secara rasional. Jika sebelum ini Karpal bertindak menderhaka kepada Sultan, dan kini Karpal cuba mencabar Pemuda UMNO dengan mengeluarkan kata-kata kesat yang di sepatutnya dilafazkan oleh seorang pemimpin rakyat. Karpal amat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dapat menyokong dan sama-sama berdiri di belakangnya. Tetapi malangnya, harapannya meleset apabila semua pemimpin PR termasuk Anwar Ibrahim dan rakan DAPnya mengambil inisiatif untuk bersikap berkecuali yang membawa maksud tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataannya.

Karpal harus sedar bahawa Malaysia bukanlah seperti Amerika. Amerika merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip keterbukaan sepenuhnya walhal Malaysia walaupun masih mengamalkan demokrasi dan dasar terbuka namun ada isu yang tidak harus disentuh secara terbuka apatah lagi melibatkan sensitiviti sesuatu pihak mahupun kaum. Karpal perlu lebih berhati-hati dalam setiap tutur katanya kerana ketika ini setiap tindakannya menjadi perhatian baik di pihak kerajaan mahupun Pakatan rakyat sendiri. Sifat ego dan biadapnya tidak mustahil akan memakan dirinya sendiri.

Rabu, 25 Februari 2009

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti. - MalaysiaKini


"Feb 25, 09 3:31pm
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong)."
- MalaysiaKini

Masa dah kena tendang dari kerajaan negeri baru nak dedahkan itu dan ini. Maklumlah manusia yang kecewa sanggup melakukan apa sahaja termasuk menfitnah dan menjatuhkan keaiban orang lain(Kadangkala sanggup membunuh diri). Jadi, kepada mereka-mereka yang kecundang, carilah jalan lain yang lebih meyakinkan dan beretika dalam usaha untuk merampas kembali kerajaan negeri yang pernah berada dalam genggaman.

Apapun, politik itu merupakan satu seni yang paling kotor. Hanya orang yang bijak merebut peluang dalam keadaan penuh kekotoran sahaja yang mampu survive. Pak Lah kecundang disebabkan usahanya cuba untuk membersihkan politik dari kekotoran. Dan Najib merupakan pemimpin yang berjaya menggunakan kebijaksanaan, kuasa, dan peluang untuk terus kekal di atas. (Anwar tahu akan selok belok politik, cuma dia sering tersilap langkah dan sering dikuasai dengan kegelojohannya sendiri)

Miskin tegar: Alasan sukar buka akaun tak masuk akal. - Utusan Online


"PULAU PINANG 24 Feb. - Alasan sukar membuka akaun amanah sebagai punca kegagalan kerajaan negeri menghapuskan kemiskinan tegar, dianggap tidak masuk akal dan cukup mengecewakan.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ketika menjadi timbalan menteri di kementerian itu, pihaknya mempunyai angka sebenar keluarga miskin tegar di negeri ini yang sememangnya boleh dibantu dan 'disifarkan'.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri menjelaskan mengenai segala perancangan, peruntukan dan cara ia bertindak mengatasi masalah miskin tegar di negeri ini.

"Sebelum kerajaan baru mengambil alih, ketika itu cuma ada 190 keluarga miskin tegar dengan hanya 19 keluarga betul-betul miskin secara produktif.

"Selebihnya, 59 keluarga miskin tegar tidak produktif manakala 112 keluarga lagi terdiri daripada keluarga orang kurang upaya (OKU). Semua angka ini sedikit saja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat JKP Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng kelmarin berkata, hasrat kerajaan Pulau Pinang untuk menghapuskan kemiskinan tegar yang diumumkan setahun lalu gagal dilaksanakan berikutan kesukaran membuka akaun amanah.

Guan Eng yang tidak menjelaskan apakah masalahnya, bagaimanapun berharap akaun amanah itu dapat dibuka pada bulan depan dan hasrat menghapuskan miskin tegar dilaksanakan hujung tahun ini.

Selepas kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang Mac tahun lalu, usaha pertama yang dilaung-laungkan ialah menghapuskan miskin tegar dalam tempoh setahun.

Zainal menambah, angka terkini yang diterima pada hujung 2008 menunjukkan peningkatan tiga keluarga menjadikan jumlah keseluruhan keluarga miskin tegar secara produktif, 22 keluarga.

"Macam mana kerajaan campuran yang diketuai oleh Guan Eng hendak uruskan negeri kalau 22 keluarga miskin tegar pun tidak mampu diuruskan. Awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

"Di sini rakyat boleh melihat sendiri kemampuan sebenar kerajaan negeri. Nampak sangat mereka tidak boleh beri fokus yang mendalam terhadap apa yang mereka laung-laungkan dahulu," jelasnya.

Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal itu juga berkata, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memerintah sehingga hari ini, Pulau Pinang pasti sudah diisytiharkan negeri pertama bebas miskin tegar.

Dalam pada itu, Zainal memaklumkan, Kerajaan Pusat mempunyai pelbagai program untuk mengatasi masalah miskin tegar di negeri tersebut.

Menurutnya, kerajaan BN sudah mengatur dan merancang program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) seperti program penempatan, latihan serta kecemerlangan pendidikan.

"Di samping itu, kita bercadang menyalurkan pelbagai projek kepada golongan miskin tegar ini dengan peruntukan kira-kira RM1.1 juta.

"Kerajaan Pusat sentiasa bersedia membantu mengatasi masalah ini lebih-lebih lagi pihak BN mempunyai bajet yang mencukupi," katanya."
- Utusan Online

Bagaimana sebuah kerajaan negeri memberi alasan yang tidak munasabah berkenaan isu kegagalan membasmi miskin tegar di Pulau Pinang disebabkan kesukaran membuka akaun. Alasan yang diberi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng langsung tidak masuk akal dan ia hanyalah untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Jika benar kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji mereka untuk memastikan sifar miskin tegar dalam tempoh 1 tahun pentadbiran maka pasti mereka akan berusaha mencari pelbagai cara bagi melaksanakannya.

Kerajaan negeri yang baru sebenarnya lebih banyak mencetuskan polemik politik dan mencari kesalahan pihak lain dari berusaha untuk membangunkan ekonomi dan pembangunan negeri. Isu-isu yang dibangkitkan langsung tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada negeri dan rakyat. Adakah ini ciri-ciri kerajaan yang didambakan rakyat selama ini? Jika inilah calon kerajaannya maka tidak mustahil negeri Pulau Pinang akan terkebelakang dan ketinggalan dalam semua soal. Jika diamati, kebanyakan pembangunan yang sedang berjalan di negeri Pulau Pinang kini datangnya dari kerajaan pusat. Sebagai contoh, Pembangunan Negeri di bawah kerajaan pusat telah mengeluarkan hampir 300 kerja baik pulih asas dan infrastruktur hanya di daerah Seberang Perai Utara. Inilah yang dinantikan oleh kerajaan negeri. Jangan pula 'Lembu punya susu, sapi dapat nama'.

Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar - MalaysiaKini


"KUALA LUMPUR, Feb 25 (Bernama) -- Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur."
- Bernama

Sudah-sudahlah wahai Cik Nizar. Tindakan untuk cuba menyaman kerajaan negeri yang baru sebenarnya tiada asasnya. Peralihan kuasa di Perak berlaku sememangnya mengikut peruntukan perlembagaan. Kerajaan baru Barisan Nasional berjaya memperolehi suara majoriti yang menyokong dalam Dewan Negeri. Jadi ia secara automatik melayakkan BN menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

Ibrahim Ali Pertimbang Tawaran Masuk Umno. - Bernama

"KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan mempertimbang pelawaan untuk menyertai Umno semula setelah mengambil kira pandangan dari pengundi di kawasannya.

Ibrahim yang merupakan anggota Parlimen Bebas berkata tawaran itu akan dipertimbangkan dan diperincikan dengan mengambil kira pelbagai faktor kerana beliau tidak mahu "pisang berbuah dua kali".

"Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong-penyokong. Saya mempunyai jentera sendiri. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mereka saya akan ikut.

"Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad berkata Umno Kelantan sedia menerima Ibrahim sekiranya beliau mahu kembali kepada parti itu.

Ibrahim sebelum ini pernah dibuang oleh Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum 2004 walaupun ketika itu menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.

Beliau juga pernah keluar dari Umno pada 1988 dengan mengisytihar diri sebagai anggota Parlimen Bebas bagaimanapun memohon semula menyertai parti itu pada 1991.

Ibrahim berkata beliau boleh kembali kepada parti itu dengan syarat Umno bersedia menerima beliau seadanya serta kelantangannya dalam menyuarakan pandangan.

"Kalau ini boleh diterima, saya akan fikir masak-masak. Saya dulu pernah digugur sebagai ketua penaja tanpa sebab yang saya sendiri tidak tahu. Mereka kena ingat yang saya ini memang seorang yang semula jadi lantang sejak menjadi pemimpin pelajar lagi dan hal ini nampaknya menjadi masalah kepada banyak pihak," katanya.

Beliau berkata kelantangannya menyuarakan pandangan telah menjadi masalah kepada pelbagai pihak dan yang terbaru ialah PAS Kelantan yang memintanya meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

"Mereka (PAS) mahu bekerjasama dengan saya dan menggunakan saya kerana mereka takut kalah dalam pilihan raya 2008 dan mereka juga kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir. Pada masa itu, mereka terima saya walaupun mereka tahu saya lantang.

"Tapi sekarang apabila saya lantang, mereka marah pula. Saya tidak mahu perkara itu berulang lagi jika saya masuk ke dalam Umno. Kasihanlah dekat saya," katanya."
- Bernama

Kelantangan dalam bersuara seharusnya perlu mengambil kira beberapa faktor samada kelantangan bertempat dan mengikut keadaan yang sesuai. Tidak ada salahnya seseorang menyuarakan pendapat dan pandangan yang difikirkan sesuai asalkan ia kena pada tempatnya. Dalam memastikan sesuatu organisasi itu menjadi sebuah organisasi terbaik maka setiap pendapat walaupun dilihat bertentangan dengan pandangan majoriti wajar diselidiki dan dikaji kebernasannya. Tidak saharusnya pendapat yang bertentangan ditolak mentah-mentah kerana adakalanya pendapat yang bertentangan itu mampu memperbetulkan apa yang tertinggal dalam sesuatu isu berkaitan.

Jika dalam sesuatu organisasi itu, semua pendapat yang dilontarkan hanyalah cenderung ke arah menyokong maka tidak akan berlaku perubahan positif dalam organisasi tersebut. Walau bagaimanapun tidak semua perbezaan pendapat itu perlu diexposekan. Ini kerana sebahagian perbezaan pendapat itu hanya boleh disampaikan secara tertutup. Ia mungkin melibatkan prinsip dan maruah pihak yang lagi satu.

Apa pun, tawaran untuk menerima semula Datuk Ibrahim Ali ke dalam UMNO perlu dikaji dan difikirkan semasak-masaknya. Umum sudah mengetahui akan kelantangan beliau dalam menyuarakan pendapat terutama di dalam Parlimen. Datuk Ibrahim Ali perlu menjadi seorang pemimpin yang berprinsip dan lebih bermaruah. Tindakannya yang gemar lompat parti perlu dielakkan kerana sikapnya itu memberi kesan negatif kepada parti.

Umno Akan Lebih Baik Selepas Peralihan Kuasa. - Bernama


"KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Umno akan menjadi sebuah parti yang lebih dinamik selepas proses peralihan kuasa Mac ini dan perubahan tersebut perlu bagi mengembalikan keyakinan akar umbi terutamanya golongan muda.

Demikian rumusan dua calon Naib Presiden - ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Menteri Dalam Negeri, dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang juga pengerusi RISDA, ketika menjadi panel program Hujah yang disiarkan secara langsung oleh TV9, malam tadi.

Syed Hamid berkata, peralihan kuasa perlu kerana setelah rakyat berhadapan dengan suasana politik negara semasa, ada kehendak bahawa peralihan kuasa yang akan membawa kepada perubahan dalam Umno supaya kredibiliti, penerimaan kebolehpercayaan dan keyakinan rakyat terutama golongan muda dapat dimiliki semula.

"Harapan ialah dengan ada perubahan akan ada pendekatan baru, bila organisasi berubah pucuk pimpinan akan ada pengisian baru, pandangan pendekatan baru, jadi ia membentuk pasukan baru untuk membawa negara kita ke arah yang lebih ke hadapan.

"Kita kena lakukan sesuatu yang membawa impak kepada rakyat yang terperanjat dengan keputusan pilihan raya umum lepas...orang bukan Melayu pula merasakan mereka telah mempunyai kuasa politik yang kukuh, jadi pembaharuan diharap mengembalikan citarasa dan inspirasi orang Melayu yang mahu menjadi tunggak kepada pemerintahan negara...Ia sesuatu yang ditunggu-tunggu," katanya."
- Bernama

Berlakunya peralihan kuasa dalam UMNO maka akan berlakulah satu perubahan baik dari segi personaliti, kepimpinan dan wawasan. Bak kata pepatah 'Lain padang, lain belalang'. Jika rakyat telah merumuskan bahawa kepimpinan sebelum ini banyak kelemahannya dan sudah pun diadaptasikan di atas kertas undi maka kepimpinan baru yang bakal menyusul kelak mampu membawa perubahan drastik ke arah kebaikan dan seharusnya keutamaan diberikan kepada soal kebajikan rakyat dan negara.

Apa yang menjadi harapan kelak adalah UMNO kembali menjadi sebuah parti yang gagah dan kekal relevan kepada rakyat. Kepimpinan baru perlu mengembalikan kepercayaan rakyat yang kian lama kian terhakis dengan pelbagai isu yang tiada berpenghujung. Semoga UMNO kembali menjadi sebuah parti terbaik dulu, kini dan selamanya...

Selasa, 24 Februari 2009

Pemuda PAS PP tentang majlis antara agama. - MalaysiaKini

"Feb 24, 09 5:55pm
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menubuhkan majlis perundingan antara agama “dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila”, kata ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

“Kalau dialog agama kita setuju, tetapi bukan (sebagai sebuah) majlis,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamed Hafiz mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malalysia hari ini yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis berkenaan tahun lalu.

Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Shabudin,yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan laporan akhbar tersebut bahawa kerajaan negeri itu telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

Fail Saman fitnah

Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

Mengulas lanjut, Mohamed Hafiz berkata, Pemuda PAS Pulau Pinang menentang sebarang usaha untuk menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain.

“Tetapi kalau usaha hendak menyamaratakan ekonomi orang Melayu (dengan bangsa lain) itu kita setuju,” tambahnya.

Menurutnya lagi, ketegasan Pemuda PAS berikutan isu itu telah dinyatakan sejak Ogos tahun lalu, melalui muktamar sayap kanan PAS ke-54 di Ipoh, Perak.

Ditanya sama ada perkara itu pernah dibincangkan dalam mesyuarat PAS negeri, beliau berkata tidak pasti."
- MalaysiaKini

Masakan pokok bergoyang jika bukan ditiup angin. Sekiranya benar wujud ura-ura penubuhan Majlis Antara Agama ini, ia seharusnya ditentang habis-habisan. Penubuhan majlis ala IFC yang pernah menerima tentangan dari semua pihak termasuk ngo agama Islam tidak boleh diterima kerana ia mampu membawa implikasi yang besar.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sedar akan sensitiviti umat Islam negara ini. Agama Islam merupakan agama yang tinggi martabatnya dan tidak layak disama tarakan dengan agama lain. Jika Majlis ini ditubuhkan maka ia secara tidak langsung memberi satu tamparan hebat kepada umat Islam dan merupakan satu penghinaan kepada agama Islam selaku agama rasmi negara Malaysia.

PAS seharusnya terus memainkan peranan penting bagi menghalang penubuhan Majlis ini. Penganjuran dialog antara agama dilihat alternatif lain selain dari penubuhan Majlis ini. Sekiranya dialog yang dianjurkan mampu menyumbang kebaikan maka ia wajar diteruskan asalkan urusan dakwah dan penyampaian agama Islam kepada penganut agama lain dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan. Matlamat lain dialog adalah bertujuan untuk menerangkan apa itu Islam dan untuk mengakis tanggapan negatif terhadap agama Islam yang selama ini dilabel sebagai pengganas.

SPR: P'raya Batang Ai perlu diadakan. - MalaysiaKini

"Feb 24, 09 1:57pm
Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

"Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.

Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.

Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi."
- MalaysiaKini

Sibuk betul tahun ni dengan PRK. Belum pun lagi tiba hari penamaan calon di B. Gantang dan B. Selambau, wujud sudah kemungkinan berlaku PRK di B. Lanjan. Dan terbaru SPR megeluarkan kenyataan bahawa PRK perlu diadakan Batang Ai, Sarawak.

Pakatan Pembangkang Akan Terus Ganggu Perak. - Bernama

"KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pakatan Pembangkang akan terus mengganggu kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata perbuatan pakatan pembangkang merupakan satu taktik untuk membantutkan rancangan pembangunan BN untuk membantu rakyat menghadapi kelembapan ekonomi.

"Gangguan mereka juga dibuat supaya Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah tunduk kepada tekanan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar telah menggantung Zambry dan juga exconya daripada menghadiri sesi persidangan DUN."
- Bernama

Pakatan Rakyat pastinya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sudah disingkirkan dari menjadi kerajaan negeri Perak. Gangguan dan tekanan yang cuba diberikan kepada kerajaan baru BN adalah satu tindakan yang tidak patut dan mencerminkan ketidak matangan politik yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Kesan dan akibat dari tindakan mereka amat besar dan pastinya ia amat merugikan rakyat dan negeri Perak.

Pembangunan dan ekonomi Perak pasti akan menghadapi masalah dan kelembapan sekiranya kerajaan baru BN tidak dapat melaksanakan apa yang dirancang akibat dari gangguan yang dilakukan oleh Pakatan rakyat. Sikap buruk ini juga menunjukkan betapa Pakatan Rakyat merupakan parti yang tidak gentle dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memenuhi agenda dan mainan politik mereka termasuk sanggup membelakangkan kepentingan rakyat.

Inilah sebab dan alasannya kenapa Pakatan Rakyat tidak layak menjadi kerajaan baik kerajaan negeri apatah lagi kerajaan persekutuan.

Kerajaan Selangor siasatan rekod perakaunan PNSB. - MalaysiaKini


"Feb 24, 09 7:00am
Menteri Besar Selangor, selaku pengerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat Permodalan Negeri Selangor (PNSB), demikian menurut satu kenyataan semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor itu berkata, antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah di antara tahun 2006-2007.

Berikutan itu, menurut kenyataan tersebut, ahli lembaga pengarah PNSB semalam telah mengarahkan Ketua Eksekutif PNSB, Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan, diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan dapat dilakukan.

"Keputusan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor selas dengan dasar 'merakyatkan ekonomi Selangor," kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran kerajaan dan pengendalian anak-anak syarikat kerajaan negeri."
- MalaysiaKini

Inilah salah satu masalah yang menyelubungi Pakatan Rakyat. Mereka berlagak dan bertindak seperti pembangkang walhal merekalah yang menjadi kerajaan di beberapa negeri. Ini mungkin disebabkan mereka sudah terbiasa dengan status pembangkang yang sering mencari jalan untuk membangkang dan mencari setiap inci kesalahan dan kesilapan.

Sikap seperti ini sebenarnya menjadi punca kenapa berlakunya kerencatan dalam pembangunan dan ekonomi di negeri-negeri yang mereka tadbir. Tindakan mencari kesalahan dan kesilapan pentadbiran kerajaan yang lepas merupakan satu tindakan yang membuang masa dan tidak mendatangkan manfaat kepada negeri. Seharusnya peluang yang dimiliki sewaktu menjadi kerajaan digunakan sebaik mungkin dengan merangka kerja dan mencari jalan bagaimana hendak memajukan dan membangunkan kerajaan yang ditadbir. Ini akan lebih memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat dan rakyat.

Sikap suka mencari silap orang lain adalah satu sikap yang merugikan samada kepada kerajaan sendiri, negeri dan rakyat. Ini kerana walau sebesar mana kesalahan yang ditemui ia hanya memberi impak dan kesan kepada pihak yang melakukannya walhal rakyat tetap berada di takuk yang sama. Tindakan terbaik adalah menilai kesalahan tersebut dan berusaha memperbaikinya agar kesilapan itu tidak berulang.

Kerajaan-kerajaan negeri yang baru sepatutnya mulai sedar akan kedudukan mereka dan harus mencari inisiatif dan mencari jalan bagaimana untuk menjadi kerajaan yang boleh dicontohi dan terbaik berbanding kerajaan terdahulu. Jangan sampai rakyat berasa muak dan menyesal dengan pemilihan kerajaan baru ini kerana akibatnya amatlah buruk. Kuasa tetap berada di tangan rakyat untuk memilih dan menilai mana yang terbaik.

Isnin, 23 Februari 2009

Nazri: Tiada Cadangan Pinda Perkara 11(1) Perlembagaan. - Bernama

"KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini diberitahu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam sesuka hatinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu.

Beliau berkata sekiranya kebebasan sedemikian diberikan sudah pasti akan huru-hara keadaan umat Islam dan akan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

"Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

"Bagi orang Islam yang berhasrat untuk keluar daripada agama Islam, orang itu perlulah mendapatkan perintah atau pengisytiharan terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa sepertimana yang diperuntukkan di bawah enakmen Pentadbiran Agama Islam di negeri-negeri," katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli bertanya sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk untuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam yang hendak tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam).

Mohamad Nazri berkata tindakan Jabatan Pendaftaran Negara dalam kes Lina Joy tidak boleh dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Katanya pada masa kini, 10 buah negeri di negara ini mempunyai enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam, iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Melaka, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis.

Dalam kes itu, permohonan Lina Joy untuk memadam perkataan 'Islam' dalam kad pengenalannya ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan tidak sempurna tanpa perintah daripada Mahkamah Syariah yang mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada agama Islam.

Dalam penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata Perkara 11(1) tidak wajar dihujah sebagai peruntukan yang memberi hak kebebasan untuk menukar agama yang tidak terbatas.

Oleh itu, permohonan Lina Joy telah ditolak kerana gagal mengemukakan perintah atau pengisytiharan daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa."
- Bernama

Agama Islam melarang seseorang itu untuk keluar dari menganuti agama Islam. Ini termasuklah samada seseorang itu memeluk agama Islam dari agama lain mahupun memang dilahirkan di dalam Islam. Seseorang yang keluar dari agama Islam dianggap murtad dan hukuman yang manantinya di akhirat kelak amatlah berat.

Tidak timbul soal menkaji semula pelaksanaan atau meminda perkara 11(1) perlembagaan kerana pastinya seseorang yang berada di dalam Islam pasti tahu hukumnya keluar dari agama Islam. Tidak kiralah samada seseorang itu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah mahupun keluar secara sembunyi atau sulit maka hukumnya tetap murtad dan Allah itu Maha Mengetahui.

Walau pun di dalam Islam tidak memaksa seseorang itu menganuti apapun agama, tetapi jika dia memilih untuk masuk agama Islam maka secara automatik ia tertakluk kepada perintah dan hukum Allah dan berdasarkan perlembagaan ia termaktub di dalam perkara 11(1) yang melarang untuk keluar dari agama Islam sesuka hati.

Jika berlaku pindaan dalam perlembagaan ini maka tidak mustahil akan berlaku kacau bilau dan sudah pasti status Agama Islam sebagai agama rasmi akan dipandang rendah.

DAP Sokong Permintaan Ibrahim Ali Letak Jawatan. - Bernama


"KOTA BAHARU, 23 Feb (Bernama) -- DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding."
- Bernama

Inilah masalahnya dengan Pakatan rakyat. Jika individu itu menyokong dan mengampu mereka maka kentutnya pun sudi dicium dan dikatakan 'super' wangi. Tapi bila individu itu mula mengkritik dan mengemukakan pandangan yang betentangan dengan keputusan dan pendapat mereka maka ianya digelar jahat, tak bermaruah dan masuk neraka.

Inilah yang dinamakan politik singkat, bodoh, taksub dan cetek fikiran. Jadi tak hairanlah jika Pakatan Rakyat acapkali dipekena dan diperbodohkan hanya kerana sikap mereka yang sememangnya bodoh sombong sejak dari azali.

Calon PKR: 18 tawar diri di Bkt Selambau. - MalaysiaKini

"Feb 23, 09 1:32pm
Seramai 18 calon telah menawarkan diri untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Selambau di Kedah pada 7 April depan.

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kesemua mereka Sabtu lalu.

Berikutan itu, katanya, empat nama telah disenarai pendek untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata peluang PKR untuk mengekalkan kerusi tersebut adalah amat cerah ekoran wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen BN.

Sebelum ini, Umno bahagian Merbok dilaporkan meminta kerusi tersebut dipulang kepada parti itu kerana tidak yakin dengan kemampuan MIC untuk memenanginya.

Ditanya mengenai empat nama tersebut, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan identiti dan keturunan calon-calon tersebut kerana ia "cukup sulit".

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau awal bulan ini.

Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, . Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krisnan yang mendapat 10,863 undi.

Saiful tidak bertanding

Beliau menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan, sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli atas sebab-sebab teknikal.

Kali ini, terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.

Mereka terdiri daripada 35,125 pengundi biasa, manakala 15 lagi adalah pemilih pos.

Ahmad juga ditanya mengenai ura-ura bahawa Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, akan bertanding semula dalam pilihanraya kecil kali ini.

Setahunya, kata beliau, Saiful Izham tidak boleh bertanding ekoran tidak menghantar penyataan kewangan sewaktu bertanding di DUN tersebut dalam pilihanraya umum ke-12, Mac tahun lalu.

PKR pusat akan umum

"Pilihanraya akan datang, bolehlah (bertanding)" kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon yang dititikberatkan, beliau berkata, pihaknya mengambil kira dari sudut keperibadian calon, latar belakang pendidikan serta penglibatan dalam perjuangan parti serta kalis ugutan dan sogokan.

"Kita mementingkan ketelusan (calon) dan kebolehpercayaan dalam parti serta jaminan bahawa dia tidak akan lompat parti," katanya.

Menurut Ahmad lagi, pihaknya sudah bersedia bertemu dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila-bila masa untuk menyerahkan nama calon-calon tersebut.

Katanya, pengumuman nama calon bagi kerusi tersebut akan dibuat oleh PKR pusat bila tiba masanya."
- MalaysiaKini

Terdapat beberapa faktor kenapa begitu ramai ahli PKR yang berminat menawarkan diri untuk bertanding di atas tiket PKR di Bukit Selambau pada pandangan saya. Pertama, mungkin disebabkan semangat yang membara di kalangan ahli PKR untuk berjuang membela rakyat dan melakukan perubahan di Bukit Selambau. Masing-masing pastinya sudah bersedia dengan manifesto yang serba hebat yang mampu menyakinkan rakyat dan pucuk pimpinan PKR untuk memilih mereka.

Kedua, mungkin disebabkan masing-masing kepingin untuk memegang kuasa selaku ADUN kerana yakin mampu menang di Bukit Selambau. Lagipun mereka pasti dapat merasa betapa sukarnya untuk mereka menjadi wakil rakyat tatkala berada bersama BN dahulu. Persaingan di kalangan parti komponen BN membuatkan mereka akan terpinggir dan dipinggir. Peluang berada bersama PKR pasti tidak akan dilepaskan untuk menjadi wakil rakyat kerana jumlah ahli yang memiliki kredibiliti untuk memimpin agak terhad. Disebabkan masalah inilah yang membuatkan calon setahun jagung diambil dan terus cuba diberi kepercayaan menjadi orang no 2 dalam kerajaan P. Pinang walhal kemampuan untuk mentadbir yang dimiliki Fairoz tidaklah sehebat mana.

Kemungkinan ketiga yang tidak seharusnya dipandang sepi adalah berdasarkan senario politik semasa. Suasana politik yang semakin rancak dengan tragedi melompat parti pastinya menjadi salah satu faktor kenapa masing-masing berebut untuk menjadi calon. Ini kerana sekiranya mereka menang, inilah masanya untuk mereka menerima pelawaan melompat parti dengan ganjaran yang amat lumayan. Siapa yang sanggup melepaskan RM50 juta yang ditawarkan sekiranya melompat parti. Inilah yang dinamakan bulan jatuh ke riba.

Walau apa pun kemungkinan, pasti ada sebab musabab kenapa masing-masing beria-ia menawarkan diri menjadi calon. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu...

Kerajaan Negeri Pulau Pinang punca kegagalan ekonomi. - Bernama

"PULAU PINANG 22 Feb. - Kerajaan negeri Pulau Pinang gagal membangunkan ekonomi negeri itu walaupun hampir setahun menerajuinya kerana masih berfikiran seperti pembangkang.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, budaya sering menyalah dan menolak masalah kepada pihak lain masih terus diamalkan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan isu lebih penting terbiar begitu sahaja.

Katanya, sebagai kerajaan negeri, mereka perlu merancang setiap projek pembangunan untuk negeri itu dan bukannya bersikap lepas tangan serta sewenang-wenangnya menolak masalah kepada Kerajaan Pusat.

"Dari segi pembangunan ekonomi, prestasi mereka amat mengecewakan. Sebagai sebuah kerajaan negeri mereka sepatutnya merancang agenda-agenda yang perlu untuk merancakkan ekonomi negeri.

"Namun apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Saya lihat Ketua Menteri, Lim Guan Eng asyik meminta bantuan Kerajaan Pusat dan memberi pelbagai alasan antaranya tidak cukup duit, tidak ada duit, sedangkan ini tanggungjawabnya," kata Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan .

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen MCA Pulau Pinang oleh Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Menurut Tiong Lai, selagi pemikiran dan sikap itu terus diamalkan oleh Ketua Menteri, ia akan menyebabkan ekonomi Pulau Pinang tidak mampu berkembang.

"Saya tidak faham mengapa beliau masih terbawa-bawa dengan sikap itu dalam pentadbirannya sehinggakan ia menyebabkan ekonomi di negeri ini terjejas,'' katanya.

Menurut Tiong Lai, sepanjang tempoh 11 bulan menerajui Pulau Pinang, kerajaan negeri dilihat gagal membangunkan ekonomi ke tahap yang sepatutnya dan lebih kerap menolak semua masalah ekonominya kepada Kerajaan Pusat untuk bantuan.

Katanya, Kerajaan Pusat juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan bukan hanya memikirkan masalah negeri itu semata-mata.

"Pada masa sama, mereka kerap menghentam Kerajaan Pusat pada setiap sidang akhbarnya tetapi minta peruntukan daripada Pusat,'' ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha dan bukan hanya meminta-minta atau asyik mencari kesalahan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri."
- Bernama

Memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah gagal melunaskan banyak janji-janji sebelum pilihanraya tempoh hari apatah lagi hendak melaksanakan pembangunan untuk kebaikan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri sekarang dilihat lebih banyak bermain politik dan hanya mampu berbangga dengan sekelumit sumbangan yang hakikatnya tak memberi kesan langsung baik dari segi ekonomi negeri mahupun soal kebajikan rakyat yang dilaung-laungkan selama ini. Apalah sangat dengan penghapusan saman sesudah memenangi PRU jika kini lebih banyak saman dan kesalahan mula dikorek oleh penguatkuasa PBT negeri.

Hebatkah sumbangan RM50 dan sekampit beras kepada rakyat miskin dan adakah sumbangan ini mampu menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang? Ketua Menteri baru, Lim Guan Eng hakikatnya telah mengaku bahawa kerajaan pimpinannya telah gagal membasmi kemiskinan tegar dalam tempoh satu tahun seperti yang dijanji. Dan seperti biasa, pelbagai alasan diberikan demi untuk menutup kelemahan.

Kerajaan negeri yang baru sebenarnya lebih banyak bermain politik dan masih berlagak seperti pembangkang walhal mereka merupakan kerajaan negeri Pulau Pinang. Banyak pembangunan telah gagal dan cuba diputarbelitkan isunya bertujuan untuk menarik perhatian kerajaan pusat agar rancangan pembangunan itu diambil alih oleh kerajaan pusat. Apa yang sibuk dikejar mereka hanyalah untuk merampas dewan, taska dan untuk mengambil alih pengurusan tapak pasar malam seluruh negeri Pulau Pinang.

Karpal gesa undang-undang tegas ceroboh peribadi. - MalaysiaKini


"Feb 23, 09 11:01am
Pengerusi DAP Karpal Singh mahu undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi, terutamanya selepas penyebaran gambar bogel AhliDewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Katanya, hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100, adalah satu penghinaan kecerdikan mana-mana orang.

"Denda itu tidak pernah dinaikkan meskipun selepas hampir 54 tahun Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil ini termaktub. Ini amat menghairankan," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama

Pada awalnya, kata beliau akta itu yang tidak memperuntukkan sebarang hukuman tahanan, tetapi denda tidak melebihi 100 dollar, namun pada tahun 1955, wang sebanyak 100 dollar adalah satu jumlah besar, itu sebabnya ia ditukar kepada RM100.

"Jabatan Peguam Negara seharusnya bertindak segera bukan sahaja
memperuntukkan denda lebih besar tetapi juga hukuman tahanan yang lebih berat mengikut Seksyen 14 akta itu," katanya.

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata Jabatan Peguam Negara perlu melihat kepada apa yang beliau sifatkan sebagai "sepenuhnya tidak memadai dan ketinggalan zaman" peruntukan denda yang tidak melebihi RM100 dalam Seksyen 430 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau memberikan satu contoh kes mahkamah Singapura pada 2000 yang menyaksikan tertuduh dihukum penjara dua bulan kerana menceroboh hak peribadi seorang wanita menggunakan alat kamera video.

"Mahkamah negara ini perlu merujuk Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara bagi suatu tempoh yang boleh berlanjutan sehingga lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya kerana menceroboh hak peribadi seorang wanita," kata Karpal.

Katanya demi kepentingan awam, mahkamah perlu mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang didapati bersalah kerana menceroboh hak peribadi seorang wanita, apatah lagi dengan teknologi moden yang membolehkan kejadian seumpamanya berlaku, yang tidak terjadi pada zaman dulu," katanya."
- MalaysiaKini

Gesaan yang dikemukakan oleh Karpal boleh dan sepatutnya dilihat dan dinilai secara positif. Pencabulan dan pencerobohan hak peribadi seseorang merupakan satu tindakan yang jahat dan hina. Perkara ini tidak sewajarnya terus dibiarkan kerana ia melibatkan maruah dan keaiban individu terlibat. Kewajaran pihak kerajaan untuk mengkaji semula Seksyen yang sedia ada dilihat perlu memandangkan hukuman yang ditetapkan selama ini sudah tidak relevan dan tidak bersesuaian.

Mungkin sebelum ini beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan Karpal dilihat terlalu ekstrem dan terlalu menyentuh sensitiviti sesuatu pihak, tetapi jika melibatkan isu ini maka gesaan yang dikeluarkan oleh Karpal kepada kerajaan wajar disokong. Kerajaan perlu mengetatkan lagi undang-undang pencabulan hak peribadi bertujuan untuk memastikan pihak sering mencabul akan berfikir 2 kali sebelum melakukannya. Ditambah dengan lambakan teknologi yang semakin 'up to date'

'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim. - MalaysiaKini


"Feb 21, 09 1:13pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya sebagai "satu gertakan".

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan).

"Ini manusia tak boleh digertak," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin di majlis makan malam ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat, di padang berdepan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Majlis anjuran PKR Selangor dan Kuala Lumpur turut dihadiri perwakilan asing termasuk daripada Australia dan India yang bertujuan untuk mengutip dana parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Syed Husin Ali; Naib Presiden Azmin Ali dan Sivarasa Rasiaha; Ketua Penerangan, Tian Chua (Ketua Penerangan) serta kepimpinan PKR negeri.

Sebelum ini menteri besar Selangor itu didakwa menggunakan wang kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya.

Susulan itu, Gerakan Anti-Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri.

Semalam dilaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

'BN cemburu'

Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut didakwa menyalahgunakan wang kerajaan untuk membeli 46 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada surau dan masjid di parlimen tersebut.

Mengulas dakwaan tersebut, beliau menyifatkan BN cemburu dan dengki dengan kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang mentadbir dengan baik dengan program merakyatkan ekonomi rakyat.

"Pentadbiran PR lebih baik BN yang sudah memerintah negara selama 51 tahun. Kita bekerja dengan baik daripada meraka (BN). Kita lebih baik daripada mereka," katanya.

Katanya, BN hanya bermimpi untuk menguasai Selangor kerana mimpi mereka itu "hanya satu igauan atau tinggal mimpi sahaja".

Ini kerana, tambah Khalid, kerajaan Pakatan telah mantap di Selangor dan tidak boleh dipecahkan.

"Sokongan rakyat jelas kepada Pakatan Rakyat kerana pengurusan yang cekap, telus dan bertanggunjawab. Rakyat tahu siapa yang lebih baik (mentadbir)," katanya.

Beliau juga menyifatkan pemimpin BN sudah kehabisan dan kekeringan idea kerana cuba meniru Selangor sewaktu mengisytiharkan slogan "merakyatkan pembangunan di Terengganu" sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akhir bulan lalu."
- MalaysiaKini

Inilah keangkuhan yang ditonjolkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Sememangnya sikap angkuh, bongkak dan sombong ini umpama sudah sinonim dengan Pakatan Rakyat. Mereka dari awal lagi sudah beranggapan bahawa Negara Malaysia ini umpama sebuah negara yang tidak ada undang-undang untuk dipatuhi. Dengan yakin mereka mengandaikan diri mereka umpama memiliki sebuah kuasa veto yang tidak boleh disentuh.

Sudah banyak contoh keangkuhan pemimpin Pakatan Rakyat bermula dengan sikap penglipur lara Anwar Ibrahim yang acapkali mempertikaikan kuasa polis. Ditambah dengan kebodohan tindakan dan ugutan Karpal Singh untuk menyaman sultan. Ustaz Nik Aziz yang menjadi sanjungan sering kali mengeluarkan fatwa sesat demi untuk kepentingan peribadi da parti PASnya dan kini terbaru tindakan MB Selangor yang sedaya upaya cuba menegakkan benang yang basah kuyup.

Kepada MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, insaflah. Takkan lembu korban pun nak 'ciret'?

Pemilihan berkomputer? - Utusan Online


"KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pengundian berkomputer dijangka diperkenalkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada Mac depan.

Ini berikutan cadangan ibu pejabat UMNO untuk pertama kalinya dalam sejarah pemilihan parti memperkenalkan cara itu untuk semua jawatan yang dipertandingkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan sayap-sayap pergerakan.

Jika direalisasikan, debaran menanti siapa yang memenangi jawatan tertinggi parti boleh diketahui dalam masa dua jam sahaja selepas pengundian.

Ia berbanding sebelum ini iaitu cara pengundian menggunakan kertas yang memakan masa sehingga ke tengah malam sebelum keputusan dapat diumumkan.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini mengesahkan mengenai cadangan tersebut yang dibuat pihak ibu pejabat UMNO.

“Ia masih di peringkat pandangan dan keputusan sama ada pengundian dilakukan menggunakan komputer atau sebaliknya akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang.

“Sebarang keputusan berkaitan parti mesti melalui MT,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat MT yang seterusnya dijadual berlangsung pada Rabu depan."
- Utusan Online

Tidak kira apa cara sekalipun kaedah pemilihan pucuk pimpinan parti tertinggi UMNO hendak diadakan, yang penting adalah ketelusan dan kejujuran serta bebas dari segala anasir yang boleh menjatuhkan maruah UMNO. Inilah yang perlu dan harus ditekankan dan diberi keutamaan.

Tak guna sekiranya perjalanan pemilihan parti nanti menggunakan pelbagai teknologi dan kaedah yang canggih tetapi masalah politik wang masih terus berleluasa. Sekiranya penggunaan kaedah undian berkomputer lebih baik dan telus maka tak salah untuk UMNO menggunakannya. Malah ia dilihat sebagai satu anjakan paradigma dan satu pembaharuan yang baik bersesuaian dengan era teknologi masa kini.

Ahad, 22 Februari 2009

Umno penakut, kata Mohd Nizar - MalaysiaKini

"Feb 22, 09 3:28pm
Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya."
- MalaysiaKini

Soalnya sekarang siapa penakut dan siapa pengecut. Mohd Nizar menegaskan bahawa UMNO penakut walhal jika dilihat tindakan penggantungannya terhadap EXCO BN dari mengikuti persidangan Dewan Negeri ia jelas membuktikan betapa Pakatan rakyat berasa cuak dengan kehadiran mereka. Sememangnya Speaker Dewan Negeri yang juga terdiri dari Pakatan rakyat telah menggunakan kuasanya untuk menggantung Datuk Zambry dan sekaligus menunjukkan betapa takutnya Pakatan Rakyat untuk menghadapi kehadiran EXCO BN yang baru ini.

Nizar secara nyata masih kemaruk kuasa Menteri Besarnya itu. Dan disebabkan itu beliau mengambil tindakan dengan mengeluarkan arahan kepada Speaker agar menggantung EXCO BN. Dengan pengantungan kesemua EXCO baru ini maka secara automatik suara ADUN BN dalam Dewan Negeri akan menjadi minoriti berbanding suara Pakatan Rakyat. Tetapi jika Nizar dan Speakernya membenarkan EXCO baru BN memasuki persidangan maka sekaligus kuasa majoriti beralih tangan kepada BN.

Jadi siapa yang sebenarnya penakut??? Kalau benar Pakatan Rakyat dan Nizar adalah sebuah Pakatan yang berani maka mereka semestinya membenarkan EXCO BN menyertai persidangan. Tidak timbul soal BN takut atau pengecut kepada keputusan Speaker dan Pakatan Rakyat, Cumanya mereka tidak mahu menentang keputusan Speaker secara membabi buta seperti mana yang dilakukan Pakatan Rakyat kepada keputusan yang dititahkan Sultan Perak. Dan sekiranya Nizar mengambil tindakan menumbangkan kerajaan baru tatkala EXCO sedang digantung maka inilah satu tindakan yang paling bodoh, dayus, penakut, bacol dan rendah tahap martabat dan maruah.

Jika peralihan kuasa di Perak tempohari disebabkan kerelaan diri sendiri ADUN Pakatan Rakyat yang melompat parti ke BN untuk membentuk kerajaan majoriti. Tetapi jika Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan baru ini berdasarkan undi tidak percaya yang diusulkan ketika EXCO dan ADUN BN digantung oleh mereka sendiri. Jadi nilailah yang mana satu yang penakut dan pengecut. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat...

Sabtu, 14 Februari 2009

‘Jangan Biadab’ - Sultan Selangor

"KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN"

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya."

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

- Utusan Online

Pemuda Pas Pertikai Ketelusan SPR. - Bernama


"ALOR SETAR, 14 Feb (Bernama) -- Pemuda Pas mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas mengumumkan 7 April sebagai tarikh mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak; dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata pihaknya mempertikaikan tarikh itu kerana tempoh bagi mengadakan pilihan raya itu dianggap terlalu lama setelah kedua-dua kerusi kosong pada 9 Feb lepas.

Katanya ia seolah-olah memberi laluan kepada perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan.

"Mengapa SPR dalam isu-isu seperti ini mengikut arah dan telunjuk pimpinan Umno?," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Pemuda Pas Pusat di sini, Sabtu.

Sementara itu, Salahuddin turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Pas pusat dalam pemilihan parti itu pada Jun depan kerana memberi laluan kepada generasi pelapis.

"Saya sudah bersama parti ini selama 28 tahun dan sudah enam tahun memegang jawatan Ketua Pemuda Pas," katanya.

Selain itu faktor umur turut menyebabkan keputusan berkenaan dan dengan pengunduran itu juga, beliau tidak akan bertanding untuk sebarang jawatan tertinggi dalam parti itu, katanya."
- Bernama

PAS sudah mula mencari alasan bagi menghadapi PRK akan datang sekiranya ditakdirkan mereka tewas. Mereka kembali membuka nota lama alasan yang sering dibomkan dan salah satunya adalah masalah ketelusan SPR. Ini mungkin disebabkan sentimen rakyat Malaysia sekarang yang dilihat semakin kembali condong kepada Barisan Nasional.

Antara alasan lain yang sudah terhidang di dalam nota alasan mereka adalah kewujudan pengundi hantu dan tidak mustahil alasan ini akan jua dikemukan apabila tiba masanya kelak. Soalnya sekarang, SPR telah dipuji tatkala mereka menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Dan bila mereka terutamanya PAS menjangka bahawa peluang mereka untuk menang adalah tipis maka persediaan dengan pelbagai alasan pun muncul bagi menutup kelemahan dan kekomanan mereka.

Inilah PAS...

Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara. - Harakah Daily

"IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Sambil mempersoalkan apakah kesalahannya sehingga perlu dilucutkan jawatan, Ustaz Abdul Hadi berkata, kalaupun mahu Nizar diberhentikan juga, hendaklah tindakan yang diambil itu menurut undang-undang.

"Jangan rompak di tengah jalan, jangan rampas begitu sahaja," tegasnya semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, dekat sini, baru-baru ini.

Ucapan Ustaz Abdul Hadi pada malam itu begitu bersemangat sekali, disulami dengan teriakan takbir yang bergemuruh. Hadirin kelihatan terpaku dengan hujah-hujahnya, terutama apabila beliau banyak mengkritik tindak-tanduk pemimpin tertinggi Umnno, khususnya Dato' Seri Najib Tun Razak.

Turut berceramah, selain Nizar, adalah Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. "Pemimpin Umno dahulu ada juga sedikit segan silunya, sekarang kebanyakan mereka sudah tidak ada harga diri," ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kerajaan BN di Perak yang dibentuk selepas menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah sebagai sebuah "kerajaan penyamun".

Beliau kemudiannya bertanya hadirin: "Apakah rakyat bersedia menerima kerajaan perompak ini?" Secara spontan dijawab oleh puluhan ribu orang ramai yang memenuhi perkarangan rumah rasmi Menteri Besar Perak itu: "Tidak!"

Presiden PAS melahirkan rasa bangga kerana dapat melihat rakyat Perak, daripada pelbagai kaum dan agama, berkumpul untuk menentang BN yang disifatkannya sebagai "zalim, tidak ada maruah dan harga diri".

Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermotal menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi berkata: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."

Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.

"Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama,"

Di akhir ucapannya, dengan nada lantang, beliau menyeru agar rakyat bersama-sama segera "mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara".
- Harakah Daily

Rakyat Malaysia sekarang sebenarnya lebih bijak dan arif dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara. Berdasarkan senario politik semasa, hakikatnya keadaan telah memihak kepada kerajaan BN. Rakyat sebenarnya telah pun memberi peluang dan ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi pemimpin dan kerajaan di beberapa buah negeri. Dan sekarang rakyat sedang menilai kemampuan sebenar yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat tak sewajarnya mengajar rakyat mana yang baik mana yang buruk. Apatah lagi menyuruh menjatuhkan mana-mana pihak yang menjadi seteru kepada pihak yang lagi satu. Rakyat sebenarnya telah mula berasa muak dan bosan dengan mainan politik Pakatan rakyat yang langsung tidak membawa sebarang manfaat dan kebaikan kepada rakyat. Kalau adapun sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, ia jelas hanya memenuhi permintaan pihak atau parti yang dominan.

Rakyat mulai sedar akan kemampuan dan peranan yang dimainkan dan pernah dimainkan oleh kerajaan BN. Kalaupun ada unsur negatif yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran BN, soal dan hal kebajikan seluruh rakyat tak kira majoriti mahupun minoriti tidak pernah diabaikan malah sering menjadi keutamaan.

Kepada Pakatan Rakyat termasuk kepimpinannya, cermin akan diri dan kemampuan sendiri sebelum layak untuk menyuruh rakyat melakukan itu dan ini. Perbaiki kelemahan diri sendiri sebelum mula menyuluh kekurangan pihak lain.








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE