Advertisement - Contact Us

Nizar Mangkuk : Betapa bertuahnya rakyat Perak ditadbir 2 kerajaan dalam satu masa...

1. Semalam, berakhir sudah satu lagi Sidang DUN haram anjuran Pakatan Rakyat Perak. Bezanya, kali ini sidang haram tersebut berjaya dilangsungkan didalam sebuah Dewan Hotel Heritage dan bukannya di bawah pokok seperti yang telah berlaku sebelum ini. Pakatan rakyat sedar bahawa Sidang haram anjuran mereka sebenarnya tidak akan kemana malah tidak akan membawa sebarang erti langsung kepada mana-mana pihak termasuk pentadbiran baru pmpinan BN. Namun, mereka tetap melangsungkan Sidang tersebut semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan dan menarik perhatian serta simpati rakyat.

2. Pelbagai reaksi telah diberikan baik dari sudut positif mahupun negatif terhadap apa yang telah berlaku di negeri Perak. TPM Malaysia, TS Muhyiddin Yassin menempelak tindakan Pakatan Rakyat ini dan menganggap bahawa Sidang haram yang diadakan ini telah membelakangkan dan menafikan arahan serta perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah. MB Perak yang baru, DS Dr. Zambry menganggap bahawa Sidang haram tersebut hanyalah satu tindakan syok sendiri dan menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan BN langsung tidak rasa tergugat dengan tindakan PR itu.

3. Bagi saya, rakyat yang paling bertuah jika dibandingkan dengan lain-lain rakyat di seluruh Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat di negeri Perak. Jika di lain-lain negeri, hanya satu kerajaan sahaja yang bertanggungjawab mentadbir dan memerintah, senario ini berbeza di Negeri Perak. Perak sekarang mempunyai 2 buah kerajaan yang memerintah pada satu masa yang sama termasuk mempunyai 2 orang MB iaitu dari BN dan Pakatan Rakyat.

4. Sehubungan itu, rakyat Perak tidak perlu gusar untuk meminta sesuatu baik dari aspek pembangunan kawasan, soal kebajkan malah untuk mendapat kan sebarang pembiayaan untuk melaksanakan apa-apa projek dan majlis yang dirancang. Rakyat Perak boleh memohon kepada kerajaan BN dan jika gagal mendapat perhatian maka permohonan boleh beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Yang pasti kedua-dua kerajaan ini akan melakukan yang terbaik demi untuk meningkatkan imej kerajaan masing-masing dan untuk memenangi hati rakyat Perak.

5. Selain itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hasan kerana sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk melanjutkan kotrak perkhidmatan selama setahun sebagai Ketua Polis Negara. Walaupun mendapat tentangan hebat dari banyak pihak terutama dari pihak pembangkang namun tidak dapat dinafikan akan kredibiliti dan kemampuan KPN menjalankan tugas membuatkan beliaulah pilihan terbaik untuk menerajui PDRM bagi tempoh 1 tahun lagi. Mungkin disebabkan ketegasan beliau terutama dalam menangani isu melibatkan tindakan keterlaluan pembangkang menjadikan beliau sebagai calon paling tidak popular di mata pembangkang.

6. Tahniah juga diucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah kapal selam sendiri. Kapal Selam yang diberi nama KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang kira-kira jam 9.20 pagi tadi dan disambut oleh Perdana Menteri Malaysia. Kejayaan ini akan meningkatkan imej TLDM dan negara dan ini meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara lain dalam aspek pertahanan.

2 Ulasan

  1. Singapura dah ada 3 kapal selam, 500 jet dan 2 bijik transformers. Kita kena tingkatkan pertahanan kita!!!

    BalasPadam
  2. Memang bertuah.. Tapi sedih, kat kampung aku, muka muka ni semua tak nampak pun?

    Hoi, pipe air aku bocor.. ADUN mana nak tolong, dan dah nak Raya nih... Rumah aku perlu cat baru.. mai mai la tolong sapu cat kat pagar aku pun akan rasa lagi bertuah!

    Ni asyik duk masuk keluaq balai polis saja.. mai ramai2 bergotong royong kat rumah aku..

    365hari setahun, lagi tiga tahun kalo hari2 hampa pi tolong cat rumah rakyat, kan dan lebih 1000buah rumah hampa dah serikan.. WORK FOR THE RAKYAT LAH DEY... jangan nganga makan elaun ADUN free saja bulan2..

    Bota

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama