Advertisement - Contact Us

Nizar Mangkuk : Anwar Ibrahim melompat gembira bila kerajaan umum minyak naik.

1. Kerajaan Malaysia hari ini membuat satu kejutan kecil apabila mengumumkan kenaikan harga petrol berkuatkuasa 12 tengah malam, 1 september 2009. Harga bagi petrol jenis RON97 dinaikkan dari RM1.80 kepada RM2.05. Manakala petrol jenis RON92 telah dimansuhkan pengeluarannya dan digantikan dengan RON95 dengan kadar harga baru iaitu RM1.80 bagi setiap liter.

2. Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media sebentar tadi. Kenaikan harga petrol telah diputuskan setelah mengambil kira kenaikan harga petrol dunia yang mencecah hingga 102%. Harga petrol dunia kini berada pada kadar USD82 bagi setiap tong naik dari USD40 setong.

3. Bagi memastikan kenaikan harga minyak ini tidak mendatangkan beban kepada pengguna, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggantikan jenis RON92 dengan RON95 sebagai pilihan kepada pengguna. RON95 merupakan jenis minyak yang telah dinaik tarafkan daripada produk RON92.

4. RON95 amat sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan biasa dan telah mendapat pengiktirafan kualiti serta tidak mendatangkan mudarat kepada enjin dan alam sekitar. Kualitinya hampir setaraf dengan jenis RON97. Pengguna tidak perlu khuatir untuk beralih menggunakan jenis petrol RON95 bagi menggantikan penggunaan RON97.

5. Sementara itu, pengeluaran jenis RON97 diteruskan walaupun dengan nilai harga yang meningkat bagi menampung permintaan terhadap pengguna yang menggunakan jenis kenderaan berprestasi tinggi.

6. Sepatutnya tidak timbul soal bebanan kepada pengguna walaupun terpaksa berdepan dengan situasi kenaikan harga minyak dunia. Ini kerana, kerajaan bersungguh-sungguh mencari alternatif terbaik dengan memperkenalkan RON95 bagi menggantikan RON92 sebagai pilihan yang tidak membebankan pengguna.

7. Walaupun begitu, saya yakin dan percaya, akan wujud beberapa pihak terutama yang didalangi oleh puak pakatan Rakyat yang akan mengeksplotasikan kenaikan ini bagi mendapatkan publisti dan perhatian rakyat, sepertimana yang sering mereka lakukan sebelum ini. Malah tidak mustahil slogan seperti 'hari ini jadi kerajaan, esok harga minyak turun' akan kembali berkumandang di bibir penyangak Pakatan Rakyat..

8. Apa pun, inilah masa paling sesuai bagi kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin untuk sentiasa menunjukkan sokongan kepada usaha kerajaan. Tidak salah bagi kita sekali-sekala untuk menyumbang kepada kerajaan sebagai balasan buat kerajaan yang sering mengambil berat hal kebajikan rakyatnya.

3 Ulasan

  1. KENAIKAN harga minyak ini adalah sempena kekalahan Umno BN yang ke 7 secara berturut-turut dalam PRK. Tahniah Kerajaan BN 1Malaysia, Membebankan Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Duit Diutamakan.

    Ada ka kenaikan harga yang tidak membebankan pengguna? Kalau dah namanya naik harga tu, takde nya yang tak membebankan. Jangan dok mohong la..


    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    BalasPadam
  2. puasa-puasa pun sempat lagi me'mangkuk'kan orang lain? Kata berlandaskan Islam Sebenar.

    BalasPadam
  3. " Tidak salah bagi kita sekali sekala untuk menyumbang kepada kerajaan sebagai balasan buat kerajaan yang sering mengambil berat hal kebajikan rakyatnya."

    Oi sedapnya.....ye lah org dah sokong nak kata ape walau pun sokong membawa rebah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama