Rabu, 26 Ogos 2009

Nizar Pasberg : BN sebenarnya memberi peluang kepada PAS untuk kekal tunggal di P. Pinang...

1. Tahniah diucapkan kepada wakil rakyat DUN Permatang Pasir yang baru, YB Mohd Salleh Man dari PAS kerana berjaya memenangi PRK DUN N11 Permatang Pasir menewaskan calon dari BN, Saudara Rohaizat dengan majoriti lebih 4000 undi. Calon PAS berjaya memperolehi 9618 undi manakala calon BN hanya mendapat 5067 undi.

2. Sesungguhnya keputusan ini memang sudah dijangkakan sejak dari awal lagi. Tinjauan saya sepanjang tempoh berkempen jelas menunjukkan penguasaan PAS di kawasan tersebut. Beberapa faktor penting sebenarnya menjadi punca kenapa UMNO / BN masih gagal menembusi DUN Permatang Pasir ini. Walhal perlu diingat, Permatang Pasir sebenarnya merupakan bekas DUN selamat bagi UMNO sebelum ia bertukar milik kepada PAS pada PRU tahun1999.

3. Faktor utama yang menjadikan Permatang Pasir kubu kuat PAS adalah disebabkan inisiatif yang diambil oleh bekas wakil rakyat sebelum ini, Dato' Hamdan yang telah membawa masuk dan mendaftarkan lebih 3000 pengundi dari kalangan orang luar. Sebelum perkara ini berlaku, PAS hanya dapat merampas kerusi ini dengan majoriti yang sangat kecil. Dakwaan KJ bahawa wujudnya pengundi hantu di Permatang Pasir memang ada asasnya, bezanya adalah pengundi hantu yang dimaksudkan adalah pengundi luar yang berdaftar di DUN Permatang Pasir secara sah. Tujuan Dato' Hamdan sebenarnya adalah untuk memastikan DUN Permatang Pasir kekal di tangan PAS walau siapapun bertanding memandangkan kerusi tersebut merupakan kerusi tunggal milik PAS di Pulau Pinang. Di sini timbul kesukaran kepada UMNO untuk mengubah pendirian pengundi luar ini memandangkan lumrah pengundi PAS yang sangat fanatik kepada parti.

4. Faktor kedua adalah disebabkan mungkin kepimpinan UMNO terlepas pandang atau mungkin telah memandang rendah kedudukan dan kemampuan calon PAS, Mohd Salleh Man. Perlu diingat bahawa Saudara Mohd Salleh merupakan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yakni orang no 1 PAS Pulau Pinang. Kedudukannya boleh dikatakan setara dengan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Pulau Pinang yang dipegang oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi jika ranking jawatan di dalam parti diambil kira. Tidak wajar untuk BN meletakkan hanya seorang Setiausaha Bahagian untuk bersaing dengan seorang Pesuruhjaya Negeri yang pastinya mempunyai pengaruh dan penyokong yang kuat di Pulau Pinang. Sepatutnya kepimpinan UMNO perlu meneliti dengan lebih terperinci sebelum memilih calon yang bakal bertanding. Setidak-tidaknya UMNO perlu memilih seorang calon dari kalangan pemimpin tempatan yang berpengaruh dan tinggal serta bercampur dengan masyarakat Permatang Pasir. Dalam hal ini, kedudukan pendidikan yang tinggi tidak menjadi soal asalkan pemimpin yang dipilih seorang yang dihormati dan diterima oleh penduduk setempat.

5. Selain itu, kepimpinan UMNO juga dilihat telah mengabaikan prinsip intergriti dan keperibadian seseorang calon yang dipilih bakal mewakili BN. UMNO sepatutnya sudah maklum lebih awal akan isu penyelewengan wang koperasi yang mungkin akan ditimbulkan oleh kempen PAS hingga membawa kepada pembatalan sijil guaman civil calon BN. Kita sebagai penyokong BN mungkin boleh percaya dan menerima bahawa Rohaizat tidak bersalah dalam isu ini namun bagaimana pula untuk menyakinkan pengundi Permatang Pasir yang sering disogok dengan dakwaan dalam setiap kempen PAS di sekitar mereka. Kepimpinan tertinggi sepatutnya lebih peka sebelum mengambil keputusan memilih mana-mana calon bagi membawa bendera BN.

6. Pujian mungkin boleh diberikan kepada seluruh jentera kempen PAS termasuk para penyokong yang hadir bagi membantu kemenangan calon PAS di Permatang Pasir. Tidak siapa pun boleh menyangkal jika saya katakan bahawa jentera kempen PAS jauh lebih tersusun, bersemangat, bersatu dan banyak menyumbang kepada kemenangan calon PAS berbanding apa yang dtonjolkan oleh jentera kempen BN. Ini boleh dilihat sepanjang hari mengundi di mana rata-rata pusat pengundian di penuhi oleh para penyokong PAS berbandding jumlah penyokong BN. Saya amat memuji usaha dari Puteri UMNO yang sangat bersungguh-sungguh membantu kempen UMNO hingga ke hari yang terakhir.

7. Walau apa pun konklusion yang dibuat namun keputusan yang diumumkan adalah muktamad di mana PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Permatang pasir di dalam genggaman mereka. Banyak yang perlu dilakukan olehUMNO/Bn terutama melibatkan kepimpinan Bahagian permatang Pauh sekiranya berhajat untuk merampas semula kerusi ini pada PRU yang akan datang. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Permatang Pauh adalah mengenepikan kepentingan politik peribadi dan kembali bersatu padu terutama di kalangan kepimpinan tertinggi peringkat Bahagian. Kemudian barulah boleh menyusun strategi dan merangka pelan bagaimana untuk merampas semula apa yang sudah terlepas.
Show Comments: OR

4 ulasan:

  1. dah kalah tu kalah la.x payah putar belit fakta.1 lg ko x tgk ker dlm kompeni carlsberg tu saper yg ade jawatan besar kt situ?btl la diaorng ckp kan rakyat bukan tolak pembangunan tp rakyat cuma TAK NAK BN.

    BalasPadam
  2. bagus tol la mamat ni punya alasan.. memalukan diri n umno jer ada bloger mcm ni..alasan x munasabah...dah kalah 2 buat jer la cara kalah

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas komen yang diberikan oleh kedua-dua tetamu tanpa nama ini. Walaupun kedua-duanya tidak berani memberi nama namun saya menghargai komen yang diberikan...

    Sudah saya nyatakan bahawa saya menerima kekalahan di Permatang Pasir malah ia memang sudah dijangka. Saya sekadar mencari di mana kelemahan yang menjadi punca kekalahan untuk diperbaiki di masa hadapan...

    Tidak ada apa yang perlu dimalukan kerana sudah menjadi lumrah setiap pertandingan pasti ada kalah dan menang. Yang kalah tidak semestinya akan terus kalah dan yang menang tidak akan sentiasa berada di atas...

    BalasPadam
  4. tahniah kerana menggunakan istilah sogok untuk kempen PAS. Kalau nak ulas biar adil dan ilmiah sifatnya.Cuba saudara cari dalam quran tentang pandangan Islam mengenai mereka yang menolak hukum Allah

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE