Advertisement - Contact Us

Nizar Mangkuk : Tembelang Tee Keat akan terbongkar jika Soi Lek terus menjadi Timb. Presiden MCA...

1. MCA selaku parti komponen terbesar BN selepas UMNO dan mewakili majoriti kaum Cina terus dilanda badai yang tak sudah. Terbaru melibatkan isu pemecatan Timbalan Presiden MCA, Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek oleh lembaga disiplin parti dan diumumkan sendiri oleh Presiden parti, Dato' seri Ong Tee Keat.

2. Alasan yang diberikan adalah disebabkan kes salah laku seks yang tersebar secara meluas pada awal tahun yang lalu. Kes ini telah mendapat liputan yang meluas dan menjadi antara isu yang hangat ketika itu sehingga memberi kesan buruk ke atas kredibiliti dan intergriti beliau serta MCA sendiri.

3. Persoalannya, kenapa baru sekarang hukuman ini dijatuhkan kepada beliau oleh lembaga disiplin parti? Adakah baru sekarang MCA berasa imej parti tercalar, bukan ketika awal kes didedahkan? Dan kenapa hukuman dikenakan setelah Dr Chua berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden atas pilihan para perwakilan? Atau lebih tepat lagi, adakah Presiden MCA berasa tergugat hingga terpaksa memecat Dr. chua sedangkan kesnya sudah lama berlalu?

4. Perlu diingat, implikasi daripada kes salah laku yang tersebar itu, Dr, Chua dengan berat hati telah mengumumkan perletakan jawatan dalam kerajaan dan parti secara sukarela. Ini menunjukkan bahawa Dr. Chua sejak awal lagi berasa bertanggungjawab di atas tindakan keterlaluannya dan beliau mahu membersihkan nama serta imejnya. Dengan perletakan jawatan itu, beliau telah kembali menapak dari bawah dan menyerahkan karier politiknya untuk ditentukan sendiri oleh ahli akar umbi parti.

5. Dalam pemilihan agong parti MCA, beliau mencuba nasib untuk kembali menapak dengan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Hasilnya, beliau telah berjaya menambat semula hati para perwakilan parti dan memenangi kerusi tersebut. Ini menunjukkan bahawa para perwakilan yang terdiri dari ahli akar umbi sudah pun memaafkan beliau dan mahu beliau kembali bergiat aktif di dalam MCA.

6. Pemecatan beliau boleh dianggap sebagai tidak adil terhadap beliau sendiri dan cubaan untuk membelakangkan keputusan dan penerimaan semula dari ahli akar umbi MCA. Malah tindakan memecat Dr. Chua dari terus menjadi ahli MCA umpama cuba untuk membunuh terus karier politik beliau. Kita tidak kisah sekiranya hukuman ini dikenakan sebelum beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden, soalnya kenapa ia dikenakan setelah beliau membuat 'come back' dengan cemerlang dan diterima oleh ahli? Ini jelas menunjukkan bahawa Presiden masih tidak dapat menerima beliau sebagai timbalan dan tidak menjangka Dr. Chua akan memenangi kerusi tersebut.

7. Presiden pastinya akan memberi alasan bahawa keputusan ini bukan keputusan belliau secara individu tetapi telah diterima sebulat suara oleh Lembaga Disiplin Parti. Perlu diingat dan diteliti siapakah yang menganggotai Lembaga Disipplin tersebut. Pastinya rata-rata merupakan orang kanan atau setidak-tidaknya penyokong setia Presiden yang akan mengiakan apa sahaja 'titah' Presiden.

8. Keputusan pemecatan Dr. Chua sebenarnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan atau manfaat kepada parti MCA. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa keputusan ini hanya akan memecah belahkan parti MCA dan akn membahagikan MCA kepada 2 puak besar iaitu puak Presiden dan puak bekas Timbalan Presiden. Sekarang pun sudah timbul bebeapa pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Presiden dan mahu EGM diadakan bagi menentukan kedudukan Presiden Parti.

9. Kenyataan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN yang tidak mahu campur tangan hal dalam MCA ketika ini melainkan diminta memang ada asasnya. Masih terlalu awal untuk Najib mencampuri urusan MCA dan memang sepatutnya untuk MCA menyelesaikan sendiri masalah dalaman ini. Najib juga pasti tidak mahu dilihat sebagai pro kepada mana-mana pihak jika beliau turut campur tangan dalam hal ini. Tetappi sekiranya masalah ini boleh memberi kesan negatif kepada BN maka memang sudah sampai masanya untuk Najib memberi nasihat bagi mengelakkan ia berlarutan hingga boleh memburukkan keadaan.

10. Apa pun adalah diharap agar kepimpinan tertinggi terutamanya dalam MCA dapat mencari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut dalaman ini. Sekarang bukan masanya untuk komponen BN bersengketa dan berbalah sesama sendiri. Sepatutnya semua pihak didalam BN perlu bersatu padu dan bermuafakat bagi menambat semula hati rakyat Malaysia. Apa yang berlaku dalam PRU 12 yang lalu sepatutnya dijadikan ikhtibar dan ia sepatutnya tidak berulang lagi dalam PRU13 yang akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama