Advertisement - Contact Us

Misi mengempur sudah bermula. Mari kita robohkan kubu terakhir PAS di P. Pinang...

1. Syabas diucapkan kepada Saudara Rohaizat Othman kerana berjaya dipilih menjadi calon mewakil UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Pemilihan ini telah diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Permatang Pasir.

2. Rohaizat, 38, seorang peguam juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Permatang Pauh. Beliau pernah menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Mashor, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Beliau juga merupakan seorang professional serta turut mempunyai latar belakang agama yang kukuh.

3. Calon yang dipilih ini sebenarnya bukan lah asing. Beliau sudah dikenali serta turut menjalinkan hubungan mesra dengan penduduk di sekitar Permatang Pasir. Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Mengkuang Titi dan sering terlibat dalam banyak aktiviti kemasyarakatan.

4. Sementara itu, PAS dijangka mengumumkan calon yang bakal bertanding pada malam ini kira-kira jam 9 malam. Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi saingan kepada Rohaizat adalah Pesuruhjaya PAS Negeri, Saudara Salleh Man.

5. Di samping itu, terdapat 2 calon luar yang sudah menyatakan kesediaan mereka untuk turut bertanding. Mereka adalah seorang pakar motivasi, Saudara Kamarul Ramizu Idris yang akan bertanding di bawah tiket Bebas dan Saudara Hanafi Mamat yang juga merupakan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

6 Untuk rekod, kerusi DUN Permatang Pasir telah kosong setelah penyandangnya dari PAS, Dato’ Mohamad Hamdan Abd. Rahman pulang ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS memandangkan kemampuan Dato’ Hamdan yang berjaya mempertahankan kerusi ini selama 5 penggal berturut-turut.

7. Walau apapun, segalanya akan terjawab pada 25 Ogos ini yang telah dipilih sebagai hari pembuangan undi. Calon BN yang telah dipilih perlu bekerja keras mulai sekarang serta menunjukkan komitmen dan kemampuan berkhidmat pada tahap yang terbaik bagi menambat semula hati penduduk Permatang Pasir. Seluruh jentera UMNO dan BN terutamanya dari kalangan Pemuda UMNO akan digerakkan sedaya upaya bagi membantu kempen dalam usaha untuk merampas kembali kerusi DUN Permatang Pasir.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama