Advertisement - Contact Us

Lepas babi kini arak, PR Selangor hanya memikirkan benda haram sahaja...

1. Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh kepimpinan pakatan Rakyat terus dilanda badai dan ini sekaligus menguatkan lagi hakikat bahawasanya kerajaan ini sedang menghampiri kehancuran. Terbaru adalah desakan yang dibuat oleh PesuruhJaya PAS Negeri, Dr. Hassan Ali yang juga merupakan salah seorang EXCO negeri memegang portfolio Hal Ehwal Islam yang mahu agar EXCO dari DAP, Ronnie Liu disingkirkan dan diganti dengan pemimpin lain.

2. Ronnie Liu yang mengawal portfolio kerajaan tempatan dikatakan bertindak keterlaluan termasuk cuba mencampuri urusan di luar bidang kuasanya. Ini ekoran daripada tindakan Ronnie yang memaksa penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam supaya memulangkan semula minuman keras atau arak yang dirampas kepada pemiliknya.

3. MPSA dalan satu operasi penguatkuasaannya telah melakukan serbuan dan merampas sejumlah besar arak yang dijual tanpa kebenaran di kawasan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Pemilik permis yang terlibat dikatakan telah meminta bantuan Ronnie supaya berbuat sesuatu. Dan Ronnie telah memaksa MPSA tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemilik permis tersebut manakala arak yang dirampas juga diarahkan supaya dipulangkan semula kepada pemiliknya.

4. Umum mengetahui bahawa Shah Alam memiliki kepadatan penduduk yang majoritinya beragama Islam dan ramai antaranya merupakan penuntut IPTA. Adalah amat tidak wajar arak dibiarkan dijual secara berleluasa hanya untuk memenuhi tuntutan minoriti penduduk yang bukan Islam. Ini juga menunjukkan Ronnie dan DAP langsung tidak menghormati dan memandang rendah sensitiviti umat Islam.

5. Sebelum ini juga Ronnie Liu pernah dikaitkan dengan beberapa kejadian yang bertentangan dan diluar batas seorang pemimpin yang boleh dicontohi. Ini termasuklah tindakan Ronnie yang menghalang operasi kuatkuasa di permis hiburan yang telah melanggar peraturan hingga telah mencetuskan kekecohan. Menurut sumber, permis hiburan yang terlibat dikatakan mempunyai hubungan dan kepentingan secara langsung dengan Ronnie.

6. Ronnie Liu juga turut dikaitkan dengan aktiviti 'underground' atau mempunyai hubungan kuat dengan gerakan kongsi gelap. Beliau dikatakan telah banyak menggunakan kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin Pakatan rakyat negeri untuk melindungi kegiatan kongsi gelap. Malah Ronnie juga pernah didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin kongsi gelap di pejabat kerajaan negerinya.

7. Selain itu, nama Ronnie Liu juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kes kematian mengejut seorang setpol, Teoh Beng Hock yang telah dijumpai mati di sebuah plaza yang turut menempatkan pejabat SPRM negeri. Ada sumber mengatakan bahawa Ronnie merupakan salah seorang pemimpin yang cuba dilindungi oleh TBH.

8. Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mungkin telah menunjukkan prestasi baik dalam memajukan negeri, tetapi dalam pada masa yang sama gagal membentuk dan memimpin EXCO negerinya dengan baik. MB Selangor lebih gemar mendiamkan diri dalam banyak isu dan ini jelas menunjukkan bahawa MB hanyalah sekadar boneka hanya mampu mengikut telunjuk DAP yang menjadi majoriti.

9. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba sedaya upaya hendak menutup tahi mereka yang berbau busuk dengan cuba membuat pendedahan serta mengorek kelemahan yang pernah berlaku sewaktu kerajaan BN di bawah pimpinan Khir Toyo memerintah negeri Selangor dahulu. Walhal mereka sendiri sudah begitu banyak terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan terbaru membabitkan kes kematian. Ini belum pun 1 penggal mereka menjadi sebuah kerajaan.

10. Saya percaya dan amat yakin bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mampu bertahan lama. Rakyat Selangor pasti akan dapat menilai baik buruk kepimpinan baru ini. Seburuk-buruk pentadbiran Khir Toyo dahulu, tidak pernah lagi berlaku banyak perkara sepertimana yang berlaku sekarang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama