Advertisement - Contact Us

Kg. Buah Pala : Guan Eng tawarkan banglo mewahnya sebagai kandang lembu kambing milik penduduk kampung...

1. Cara Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang sama seperti seorang lintah darat atau Along. Guan Eng benar-benar telah gagal menunaikan janjinya untuk menjadi sebuah kerajaan negeri yang baik serta mampu membela dan melindungi rakyat Pulau Pinang. Apa yang berlaku jelas indah khabar dari rupa malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan terdahulu jauh lebih cemerlang berbanding sekarang.

2. Lihat sajalah cara Guan Eng mencari jalan menyelesaikan masalah di Kampung Buah Pala. Patutkah kerajaan negeri Pulau Pinang mendesak penduduk yang terlibat agar menerima tawaran pampasan yang diberikan dalam tempoh yang singkat tanpa diberi ruang untuk difikirkan atau dibincangkan. Lebih menyedihkan apabila melihat penduduk kampung terus diugut oleh pemilik tapak tanpa mendapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan negeri.

3. Saya percaya penduduk kampung juga pastinya mahu masalah ini diselesaikan sebaik mungkin. Jika saya berada di kedudukan mereka juga saya tidak mahu masalah ini berlarutan kerana ia akan menjejaskan banyak perkara. Tetapi biarlah masalah ini diselesaikan seadilnya di mana kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berbaloi.

4. Jika difikirkan, tawaran pampasan berbentuk rumah teres bagi setiap keluarga yang terlibat adalah tidak berbaloi. Bayangkan nilai harga tanah dan rumah milik penduduk kampun yang bakal dirobohkan. Pastinya nilainya sangat tinggi memandangkan kedudukan kampung tersebut yang terletak di tengah bandaraya.

5. Apatah lagi janji yang ditawarkan nyata berat sebelah. Penduduk akan hilang hak pampasan mereka sekiranya projek memajukan tanah tersebut gagal. Malah lokasi rumah teres yang ditawarkan juga tidak dinyatakan. Penduduk kampung juga tidak tahu di mana mereka akan ditempatkan sementara setelah kediaman mereka dirobohkan dan sebelum mereka diberikan rumah teres tersebut secara rasmi.

6. Penduduk kampung yang menjadikan bidang penternakan sebagai sumber pendapatan pasti akan menghadapi masalah. Sudah tentu haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan lain-lain tidak boleh dibela di kawasan rumah teres. Melainkan mereka memiliki atau diberi tanah lain khas untuk menempatkan haiwan ternakan atau Guan Eng bersedia menawarkan banglo mewahnya untuk dijadikan kandang haiwan ternakan.

7. Guan Eng perlu bersikap lebih adil dalam menangani setiap masalah. Tidak sepatutnya Guan Eng terus menyalahkan orang lain setiap kali berdepan dengan kesukaran. Perlu diingat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Guan Eng telah pun menerima sebahgian wang hasil jualan tanah di kampung Buah Pala dari Koperasi yang bertanggungjawab membeli tanah tersebut sebelum diserahkan kepada Nusmetro selaku kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja meroboh.

8. Guan Eng boleh membatalkan urusan jual beli tanah tersebut dari awal lagi dengan tidak menerima bayaran baki dari pemaju. Sayangnya Guan eng memilih untuk menerima wang tersebut dan sekaligus melengkapkan proses gadaian tanah dan pastinya penduduk kampung lah yang menjadi mangsa. Jadi, bagaimana Guan Eng hendak menentang keputusan mahkamah tinggi sedangkan wang sudah pun diambil.

9. Guan Eng sendiri pun sejak dari awal pentadbirannya juga menunjukkan sikap yang amat buruk dan tidak menggambarkan ciri-ciri pemimpin yang dekat dengan rakyat. Guan Eng merupakan seorang pemimpin yang ego dan amat sukar untuk mengadakan pertemuan dengan nya. Sudah banyak pihak yang cuba untuk bertemu dengan nya untuk berbincang atau untuk menyerahkan memorandum berkenaan sesuatu isu tetapi gagal dan ditolak mentah-mentah. Guan Eng lebih gemar menghantar wakilnya yang 'cokia' untuk bertemu dengan pihak yang mahu berjumpa dengannya. Hal ini turut berlaku dalam isu Kampung Buah Pala, isu Jeff Ooi menghina Islam, isu bekas TKM 1 Khairuddin dan banyak lagi isu lain.

10. Jadi, bagi saya, mungkin inilah yang pertama dan terakhir bagi Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Pulau Pinang. Pastinya rakyat Pulau Pinang tidak kira samada Melayu, Cina, India, mamak dan lain-lain sudah berasa muak dan meluat dengan cara Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Benarlah sepertimana kata seorang penduduk Kampung Buah pala yang mahu Lim Guan eng pulang sahaja ke Melaka. Guan Eng, DAP malah Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya sudah gagal di Pulau Pinang.

1 Ulasan

  1. Bagi orang miskin, kais pagi makan pagi, untuk mencari tempat tinggal akan membebankan. Untuk menempat anak2 yang bersekolah dan jarak tempat mereka bekerja perlu diberi pertimbangan.

    Apa kalau pemaju itu memakan masa 3 hingga 5tahun, dan akhirnya abandon projek tersebut.. macam2 boleh jadi. Semua ini perlu diberi consideration, jangan ingatkan mereka semudah itu dapat kemudahan kediaman siap dengan kos renovation macam Eng Guan.

    Dari segi penduduk ini, mereka duduk atas tanah haram ker? Apakah mereka ini sebenarnya penduduk selama 100tahun? Kerja bawah British? Kebiasaannya yang kerja kat Ladang, kebajikan mereka dijaga.. kecuali yang mengayap keluar buat kegiatan sendiri seperti menternak lembu! Saya sangsi, apakah benar mereka ini Asal datang sini dibawa oleh MatSalleh.. Sekada naik tongkang, penempek kat situ.. apakah mereka ini berhak sangat keatas tanah itu?

    Ponder

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama