Advertisement - Contact Us

DUN Pmtg. Pasir : PAS sudah mula 'kemaruk' isu dalam usaha untuk menipu pengundi...

1. Seorang pemimpin tertinggi PAS, Salahuddin Ayub hari ini telah mencabar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Zahid Hamidi untuk berdebat dengannya secara terbuka. Apa yang lebih menarik, tajuk perdebatan adalah berkisar kepada pemilihan Rohaizat sebagai calon BN di DUN Permatang Pasir.

2. Adakah Zahid Hamidi begitu bodoh untuk menyahut cabaran perdebatan yang langsung tidak mendatangkan manfaat ini? Salahuddin sebenarnya berniat jahat untuk mengaibkan calon UMNO dan cuba untuk menyerang peribadi pihak lawan.

3. Bagi saya, adalah lebih baik mengadakan debat bagi membincangkan isu keceluparan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan mengupas kemampuan serta kredibiliti Nik Aziz selaku pemimpin dan seorang ulama. Saya yakin Salahuddin tidak akan mampu mempertahankan Nik Aziz melainkan Salahuddin sedia membelakangkan agama bagi menegakkan kepentingan politik.

4. UMNO dan BN juga perlu berhati-hati dengan kewujudan musuh dari dalam. Saya kurang pasti dengan kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh yang mempertikaikan pemilihan Rohaizat sebagai calon. Kebelakangan ini, Ku Li dilihat banyak menentang keputusan dan tindakan yang dibuat oleh kepimpinan UMNO secara terbuka. Ku Li tidak sepatutnya mengheret masalah peribadi dalam politik jika mahu melihat UMNO terus relevan.

5. PAS sepatutnya perlu mencari isu yang lebih membina dan menyumbang kearah pembangunan Islam dan negara. Apa yang dapat saya lihat sekarang, PAS lebih banyak memainkan isu politik dan peribadi bagi memancing undi. Malah PAS jua tidak segan silu membangkitkan isu lapok seperti kes Altantunya dan isu syurga neraka yang sebenarnya tidak lagi sesuai.

6. Rakyat terutamanya pengundi Permatang Pasir perlu menilai secara positif sebelum memilih pemimpin yang bakal mewakili mereka. PAS dilihat telah gagal menjadi suara rakyat yang berkesan di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Adalah lebih baik Permatang Pasir dipimpin oleh wakil rakyat pembangkang iaitu BN (di Pulau Pinang) daripada dipimpin oleh PAS yang sekadar melukut di tepian gantang di dalam pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng.

7. Saya sebenarnya dalam perjalanan ke Pusat Jentera Pilihanraya BN di DUN Permatang Pasir. Saya akan terus melaporkan perkembangan aktiviti kempen di DUN Permatang Pasir di sana.

5 Ulasan

  1. PAS untuk semua termasuk orang gila, kaki bontot, pelacur Eli, gangster, bapak rasuah. PAS untuk semua boleh masuk syurga. Dulu membangun bersama Islam sekarang membangun bersama DAP. Parti Angkatan Sial

    BalasPadam
  2. 8. Rakyat Permatang Pasir tidak terpedaya dengan kenyataan Majlis Peguam. UMNO akan saman Majlis Peguam kerana membuat fitnah calon mereka. Calon BN adalah calon terbaik antara yang terbaik dari orang-orang UMNO. Rakyat Permatang Pasir tidak perlu risau, calon ni tidak akan songlap wang anda. Dia dah taubat sejak dicalonkan sebagai wakil rakyat.

    Bodoh punya UMNO

    BalasPadam
  3. Puak PAS ni, depa yang bankrap politik, tak dak modal, tapi depa kalih kata kita yang tak dak modal. Itulah PAS, dulu, kini dan selama-lamanya. Cakap lain, bikin lain!

    BalasPadam
  4. Salam

    Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

    BalasPadam
  5. Salam...

    Selamat menjalani ibadat ramadhan

    Maaf dipohon jika ada keterlanjuran

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama