Advertisement - Contact Us

DUN Pmtg. Pasir : PAS ditakdirkan menang menipu, tetapi kekal sebagai 'pencacai' di Pulau Pinang...

1. Selamat membuang undi diucapkan kepada seluruh pengundi berdaftar di DUN N11 Permatang Pasir. Buatlah pilihan dengan tepat dan bijak. Segala-galanya berada di tangan anda.

2. Pelbagai isu telah diketengahkan sepanjang 8 hari tempoh berkempen yang telah diperuntukkan selepas dari hari penamaan calon. Dan selama tempoh itu jugalah, saya yakin dan percaya bahawa penduduk Permatang Pasir sudah mampu menilai mana yang terbaik untuk mereka dan demi masa depan kawasan Permatang Pasir.

3. PAS seperti biasa menggunakan pendekatan negatif iaitu mempergunakan kedudukan sebagai ulama untuk mempermainkan Islam. Di samping itu, PAS juga lebih gemar menyemarakkan isu keperibadian pihak lawan dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan serangan yang mengaibkan.

4. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sepanjang saya mengikuti kempen oleh Pakatan Rakyat mahupun PAS sendiri, saya langsung tidak mendengar sebarang cadangan pembangunan baik dari segi infrastruktur mahupun kebajikan penduduk yang dilaungkan oleh kepimpinan PR termasuk calon PAS sendiri. Apa yang sering disebut adalah berkenaan isu pembatalan sijil guaman calon BN, isu calon BN kahwin 2, isu Muhyiddin kononnya menjual tanah kepada Singapura, isu syurga neraka malah isu lapok seperti kes Altantunya juga turut dibangkitkan.

5. Saya langsung tidak mendengar sebarang jaminan yang diberikan oleh Lim Guan Eng berhubung kedudukan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya PAS menang di Permatang Pasir. Malah calon PAS, Salleh Man sendiri langsung tidak pernah cuba membangkitkan atau mempersoalkan kedudukan PAS di Pulau Pinang yang hanya sekadar melukut di tepian gantang. Cuma yang ada, sekilas dari Anwar yang mencadangkan agar Salleh dilantik menjadi YDP MAIPP, itupun gagal mendapat sebarang maklum balas dari Guan Eng.

6. Pengundi Permatang Pasir pastinya sudah bijak dan sudah tahu apa yang mereka mahukan demi masa depan Permatang Pasir. Pengundi terutamanya dari golongan muda mahukan satu perubahan dari segi pembangunan, kemudahan, kebajikan dan banyak lagi. Dari situ, peluang pekerjaan untuk mereka akan terbuka dan ini akan mengurangkan penghijrahan kelompok muda keluar dari Permatang Pasir.

7. Pengundi Muda sebenarnya sudah muak dengan mainan politik yang sering dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Kemunduran kawasan Permatang Pasir berpunca dari kegagalan wakil rakyat terdahulu berkhidmat dengan baik walaupun diberi peluang hampir 5 penggal. Yang menjadi masalah adalah kewujudan kumpulan penyokong fanatik PAS yang tidak berpandangan jauh dan inilah yang akan membantutkan cita-cita golongan muda yang mahu keluar dari kepompong kemunduran.

8. Sebenarnya, segala-galanya sudahpun terbukti dengan jelas. Kepimpinan Pakatan Rakyat bukanlah pilihan terbaik jika mahu melihat negara Malaysia terus maju ke hadapan. Anwar Ibrahim sebagai orang no 1 Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mempergunakan ikatan yang rapuh ini untuk kepentingan politiknya. Dia tidak pernah mempedulikan nasib rakyat malah Anwar sanggup memporak perandakan negara asalkan matlamatnya tercapai.

9. Perkara ini terbukti apabila Anwar tergamak menyuruh penyangak Padang Serai, Gobalakrishnan untuk melakukan provokasi dan mencabar kredibiliti pihak berkuasa pada hari penamaan calon. Ini menunjukkann bahawa Anwar sedia pada bila-bila masa untuk menghacurkan keharmonian dan kemakmuran negara dan kemudiannya menuding jari kepada pihak lain.

10. Seorang pemimpin yang gemar membaling batu dan kemudiannya menyembunyikan tangan adalah manusia yang tidak bertanggungjawab, pengecut dan tak layak diangkat sebagai pemimpin. Tindakan polis terhadap Gobalakrishnan adalah tepat dan wajar malah sepatutnya lebih teruk dari itu. Tahniah diucapkan kepada ADUN Lunas, YB Mohd Radzhi yang keluar dari PKR dan syabas diucapkan kepada Ahli PKR Bahagian Padang Serai yang telah membubarkan Bahagian mereka. Tindakan anda adalah tepat dan kena pada masanya demi masa depan negara.

11. Apapun, sekali lagi saya ucapkan selamat mengundi kepada seluruh pengundi DUN N11 Permatang Pasir. Buatlah pilihan dengan bijak dan tepat. Pastikan UMNO dan BN kembali ke Permatang Pasir...

3 Ulasan

  1. Aku sokong Padiyappa
    Tradisi menipu 52 tahun UMNO akan berkubur di Permatang Pasir...pengundi DUN N11 Permatang Pasir dah serik kena tipu.

    BalasPadam
  2. moga pemenang nanti bukan dari kalangan penyangak , penipu dan pembohong.

    BalasPadam
  3. PERMATANG PASIR HAK PAS,SELAGI PUAK -PUAK PAS YG JUMUD MASIH RAMAI,PAYAH BN NAK MENANG.....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama