Selasa, 18 Ogos 2009

DUN Pmtg. Pasir : Hujan renyai-renyai yang turun bakal membawa rahmat buat BN...

1. Baru sebentar tadi saya berada di Pusat Jentera Pilihanraya BN di DUN Permatang Pasir sebelum saya beredar bagi meninjau perjalanan kempen sekitar Permatang Ara. Suasana agak sibuk sepanjang tengah hari tadi di Pusat Jentera BN memandangkan keadaan cuaca yang sangat baik. Namun segala-galanya berubah menjelang petang apabila hujan renyai-renyai mulai turun.

2. Turut kelihatan petang tadi di Pusat Jentera BN adalah Naib Ketua Pemuda, Dato' Razali, Ketua Perhubungan Pemuda Negeri, Norman Zahalan, Dato' Hilmi, Ketua Bahagian Tasek Gelugur, Ustaz Shahbudin dan beberapa pemimpin BN yang lain. Dijangka satu mesyuarat jentera Pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa.

3. Sementara itu, petugas media turut diberikan tempat yang agak selesa untuk mereka menjalankan tugas melaporkan perkembangan terkini aktiviti berkempen. Hujan renyai-renyai yang turun telah merencatkan aktiviti berkempen sepanjang petang ini.

4. Petugas- petugas BN juga nampaknya sudah mula tiba dengan pelbagai kenderaan dari serata negeri. Saya juga telah terserempak dengan sekumpulan Puteri UMNO dari Melaka yang baru tiba dengan penuh semangat untuk berkhidmat walaupun dalam keadaan hujan.

5. Sepanjang perjalanan saya dari Pusat Jentera BN menuju Sungai Dua melalui Permatang Ara, dapat dilihat para petugas BN sedang sibuk menyusun risalah dan bahan berkempen di Bilik Gerakan masing-masing. Persediaan lain seperti menaikkan bendera dan sepanduk juga turut rancak dilakukan.
Show Comments: OR

3 ulasan:

  1. Salam bro,

    Dah mai kat bilik gerakan tadi awat tak singgah kat unit maya/media baru ??

    Boleh la kenal2 dengan bloggers kat dalam ni.

    Lain kali mai lagi singgah la nuu.

    BalasPadam
  2. jgn jd rahmat tukar bala sudah...hehehehe

    BalasPadam
  3. zulmin memang dah jadi bala pun, ada pula pilih calon orang yang jelas ada pecah amanah dalam kerjayanya sebagi seorang peguam, macam mana kalau di pilih jadi YB nanti....... sendiri fahamlah.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE