Advertisement - Contact Us

DUN Permatang Pasir : PAS akan turut bersaing dengan UMNO dan PKR...

1. Siapakah calon yang bakal dipertaruhkan oleh PAS bagi memastikan DUN Permatang Pasir kekal berada dalam genggaman? PAS pastinya tidak akan memandang ringan soal berkaitan PRK DUN Permatang Pasir ini. Apa saja boleh berlaku. Apa yang pasti PAS sudah tentu tidak mahu apa yang berlaku di Manek Urai berulang di Permatang Pasir.

2. Beberapa pihak telah mencadangkan agar Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon PAS. Namun terdapat juga ura-ura mengaitkan nama Pesuruhjaya PAS Negeri, Salleh Man untuk bertanding bagi menghadapi saingan sengit dari BN.

3. Mohamad Sabu merupakan nama yang sangat popular tatkala tibanya PRK di mana-mana tempat sekalipun di seluruh Malaysia. Namun akhirnya, bilamana pemimpin PAS mengumumkan calon yang akan bertanding, nama Mohamad Sabu dengan sendirinya akan terpadam atau mungkin dipadamkan. Mungkin juga perkara sama turut akan berlaku di Permatang Pasir.

4. Salleh Man pula merupakan seorang lagi tokoh ternama di dalam parti PAS. Beliau memiliki pengaruh tersendiri di dalam PAS malah sangat dihormati di kalangan ahli PAS negeri Pulau Pinang.

5. Satu lagi kegusaran yang perlu dihadapi oleh PAS adalah tuntutan dari rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR yang turut mahu bertanding di Permatang Pasir. Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membayangkan kononnya akar umbi di Permatang Pasir mahukan calon dari PKR bertanding di DUN tersebut.

6. Perlu diingat, PAS amat mengharapkan kerusi Permatang Pasir memandangkan hanya DUN Permatang Pasir sahaja yang menjadi milik tunggal bagi PAS Pulau Pinang. Tanpa kerusi DUN Permatang Pasir maka akan lenyaplah suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Itu pun sekiranya ditakdirkan PAS Berjaya memenangi PRK menewaskan calon yang bakal diletakkan oleh BN.

7. Apa pun, keputusan rasmi siapa yang akan bertanding mewakil PAS dan Pakatan Rakyat hanya akan diketahui 10 Ogos ini. UMNO pasti tidak akan membiarkan sahaja kerusi DUN Permatang Pasir terus kekal menjadi milik PR. UMNO dan BN akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan rentak peningkatan yang dicapai dalam PRK DUN Manek Urai baru-baru ini bagi merampas semula kerusi DUN Permatang Pasir.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama