Advertisement - Contact Us

UMNO PR : Guan Eng cabut lari bila didesak isu Kg. Buah Pala...

1. Tertarik...menarik... Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat semakin hari semakin mendedahkan kelemahan diri sendiri. Kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan dikepalai oleh pemimpin tinggi dari DAP, Lim Guan Eng mula menunjukkan taring yang tumpul dari mulut yang berbau hapak dengan pelbagai janji palsu.

2. Dimanakah perginya slogan kerajaan negeri berkebajikan, janji untuk menjadikan CAT sebagai teras pentadbiran negeri, janji membela nasib penduduk Pulau Pinang dan 1001 janji lagi yang mungkin sudah dibawa ombak Pantai Telok Bahang yang bergelora. Atau itu semua hanya sekadar janji pemanis mulut, pemikat hati khas buat rakyat Pulau Pinang.

3. Semalam bukan lagi kemuncak kebangkitan akibat kemuakan rakyat Pulau Pinang yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Buah Pala melalui demonstrasi yang dibuat di Dataran KOMTAR. Itu pun sudah cukup memperlihatkan betapa Lim Guan Eng sudah ketandusan langkah untuk menyelesaikan masalah sehingga memaksa Guan Eng membuka langkah seribu dengan hanya membiarkan wakilnya pergi bertemu dengan kumpulan demostrasi itu walhal Guan Eng ketika itu berada dalam bangunan KOMTAR tersebut.

4. Kerajaan Negeri berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala yang benar-benar terdesak setelah MPPP mengugut hendak mengambil alih tanah milik kerajaan negeri dan terpaksa merobohkan kediaman penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung hanya menagihkan pembelaan dari kerajaan negeri seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menghalang pengambil alihan tersebut tetapi sedihnya apabila Guan Eng dilihat seperti merestui kerja-kerja perobohan diteruskan.

5. Itu cerita Kampung Buah Pala. Sejak Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampok pemerintahan kerajaan negeri, apa yang dapat dilihat dan dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang bukan lah kesenangan dan kejayaan, tetapi lebih banyak kegagalan dan kesengsaraan. Bermula dengan pembuangan pekerja sektor swasta dan perkilangan secara besar-besaran.

6. Meroboh tapak perniagaan, menaikkan kadar sewa gerai milik kerajaan negeri, mengenakan sewa pada setiap meja yang diletakkan atas tanah kerajaan negeri. Mengambil alih dewan dan prasarana lain termasuk pasar malam secara paksa. Cuba merampas gerai dan permis perniagaan milik pertubuhan di bawah kerajaan terdahulu dan koperasi. Serta banyak lagi tindakan melampau yang melambangkan betapa kerajaan Pakatan Rakyat ini benar-benar terdesak dan seboleh-bolehnya cuba untuk menggunakan kuasa yang dimiliki demi untuk kepentingan sendiri.

7. Kuasa yang mereka miliki cuba dipergunakan dengan sewenang-wenangnya hinggakan mereka lupa bahawasanya kuasa yang ada adalah milik Allah dan hanya dipinjamkan semetara kepada umat manusia. Kita boleh lihat kemelut kuasa melibatkan perletakan dan perlantikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang hingga membawa kepada PRK. Malah terbaru membabitkan isu perlantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sehingga membawa kepada pemulauan majlis angkat sumpah YDP yang baru oleh wakil PKR yang kecewa kerana bukan orang PKR yang dilantik ke jawatan tersebut.

8. Cukupkah dengan memberi bantuan RM50 bersama sekampit beras kepada orang miskin dan ibu tunggal untuk menambat hati rakyat Pulau Pinang. Atau hanya dengan pemansuhan saman PBT dan pengurangan taarif bil air di bawah RM20 sebulan maka terlangsailah segala janji yang ditabur sebelum ini. Jika hanya inilah yang termampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan rakyat maka boleh lah dikatakan bahawa kerajaan BN terdahulu adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati sekarang.

9. Walau apapun, sudah tiba masanya untuk seluruh rakyat Pulau Pinang membuka minda, bertindak dan berfikiran rasional dengan penuh kewarasan dan hati yang terbuka untuk menilai kemampuan dan kredibiliti kepimpinan dahulu dan terkini demi masa depan negeri pulau mutiara yang dicintai ini.

1 Ulasan

  1. Dulu bertahun tahun BN(UMNO) memerentah PP..,apa yang dapat di bangakan ole orang Melayu?????????

    Yg.jelas tanah orang Melayu banyak yg.hilang,tergadai,malah tanah wakaf pon banyak yg.di songlap.

    Kemana mana saja kita pergi di Pulau smue Tanah tanah yg.dulu nya milik ato nenek Pak cak Mak Cak sudah di pindah milik tanpa di sedari.,tau tau di bangunkan konon kemudian halau mereka ke tanah seberang.

    Bila kami pi check(siasat) nah!!! Pemimpin sama kulit dgn kita punya kerja.

    Masa tu tak de Suara Melayu Baru kerana kenyang bersekongkol dgn Pemimpin AMNEO yg.koroup .

    Bila orang lain memerentah,kau nak tunjuk jadi juara Pembela nasib ....

    Porraahhh!!!!! aku kenal sangat satu satu Pemimpin di bawah naungan AMNEO di PP.nie.

    Ada yg.menipu beli tanah,bagi share nilai lima kupang.,lps tur lari.,tup tup jadi Dato'.

    Hang hinguh tak kering lagi aku dah duduk dgn mereka.,tapi aku tak mau bersubahat dgn B---s-t nie cari harta donia dgn menipu Bangsa sendiri.

    Banyak lah klo aku nak cakap.

    Sekali sekali aku balik Tanjong,aku pi kat Padang Kota ,menyesali nasib bangsa Melayu yg.termakan gula gula manis dari Selogan PEMBANGUNAN tajan AMNEO.,yg.akhir nya menengelamkan harta pusaka peninggalan arwah Nenek Moyang.,dek kerakusah puak yang konon membela Melayu.seperti Blog suara Melayu Baru.

    Alfatihah buat Pak Cak dan Mak Chak.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama