Advertisement - Contact Us

UMNO DAP : Jadi ahli DAP dan bawa pulang RM2000...

1. Kedudukan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang selaku kerajaan yang mentadbir sebuah negeri dilihat semakin goyah dan pincang. Kenyataan ini turut disokong dengan beberapa pendedahan yang telah dilakukan termasuk beberapa kelemahan pentadbiran yang dapat dilihat dan dinilai secara jelas. DAP selaku majoriti dalam kerajaan negeri hanya gah di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain iaitu PAS dan PKR namun pada masa yang sama gagal menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan berkebajikan sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

2. Baru-baru ini, Ketua Pembangkang dari BN, Dato' Azhar (ADUN Penaga) telah mendedahkan salah laku serta cubaan untuk mengambil kesempatan yang cuba dilakukan oleh DAP terhadap rakyat Pulau Pinang. Dakwaan ini cuba disangkal oleh DAP termasuk desakan agar Dato' Azhar memohon maaf secara terbuka atas pendedahan yang telah dilakukan.

3. Tidak dinafikan bahawa salah satu faktor kekuatan BN adalah terletak kepada pengaruh undi di saluran 1 dan 2. Umum mengetahui bahawa saluran 1 dan 2 kebanyakannya menyenaraikan pengundi dari kalangan warga emas atau mereka yang berada dalam lingkungan umur atas 50-an.

4. Pakatan Rakyat yakin bahawa mereka sudah mampu menarik sokongan dari golongan muda. Ini terbukti berdasarkan keputusan Pilihanraya bagi saluran 3,4 dan 5 yang boleh dikatakan kebanyakannya memihak kepada Pakatan Rakyat.

5. PR beranggapan bahawa untuk memenangi pilihanraya adalah amat penting untuk mendapatkan sokongan dari saluran 1 dan 2. Segala usaha mula ditumpukan untuk meraih sokongan dari golongan warga emas.

6. Langkah permulaan yang cuba digerakkan oleh DAP adalah dengan menawarkan baantuan khas kepada golongan warga emas. Syarat untuk mendapatkan bantuan ini hanyalah dengan mengisi borang menjadi ahli parti DAP. RM2000 diberikan sebaik sahaja selesai mengisi borang keahlian tersebut.

7. Ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat tidaklah seikhlas dan sejujur mana. Mereka juga lebih banyak menggunakan wang untuk meraih sokongan malah mereka sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang terdesak untuk menyokong mereka. Adakah ini ciri-ciri kerajaan berkebajikan yang didambakan oleh seluruh rakyat Malaysia???

3 Ulasan

  1. Elok la tu. Diorang bagi kita ambil. RM2000 bukan sikit. Undi tetap undi. Rahsia tetap rahsia.

    Gunakan balik taktik PAS...

    BalasPadam
  2. skill puak pas camtu dulu, junjung kampit beras cap dacing..undi rahsia. la ni kita sebat 2 ribu, kita mintak lagi 2 ribu..biar terkencing YB PR nak cari duit.

    BalasPadam
  3. mana suara azhar dan shabudin bila jeff ooi hina islam?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama