Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI : Orang Melayu takut berubah dan akan kekal di takuk yang lama...

1. Akhirnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran terpaksa akur dengan memansuhkan PPSMI di semua sekolah di seluruh Malaysia. Walaupun langkah pemansuhan tersebut hanya akan berkuatkuasa bermula tahun 2012 namun bagi saya ia merupakan satu keputusan yang agak mengecewakan dan merupakan satu kegagalan kepada dasar baik yang cuba dibawa dan diperkenalkan oleh kerajaan.

2. Tidak dinafikan bahawa salah satu faktor kemerosotan sokongan terhadap kerajaan BN terutama ketika PRU yang lalu adalah disebabkan isu PPSMI ini. Pihak pembangkang atau lebih tepat Pakatan Rakyat bijak memanipulasikan isu ini hingga membawa imej negatif kerajaan di mata rakyat. Akibatnya, kerajaan terpaksa akur dan tunduk terhadap desakan pembangkang.

3. Kerajaan sebenarnya berniat baik dengan memperkenalkan PPSMI ini di semua sekolah di seluruh Malaysia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang lebih berkualiti yang mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain seluruh dunia.

4. Dalam pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah meminggirkan dan mengenepikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama dan bahasa rasmi negara. Bezanya, kerajaan cuba menumpukan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains.

5. Para pelajar terutamanya dari kalangan bumiputera mungkin menghadapi masalah pada peringkat awal. Namun dengan usaha yang betul dan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah. Para pelajar akan menerima manfaatnya setelah mula melangkah ke universiti dan alam karier.

6. Mungkin wujud beberapa kelemahan dalam perlaksanaan PPSMI ini oleh kerajaan. Namun tidak sewajarnya untuk kerajaan memansuhkan terus dasar yang baik ini. Mungkin beberapa penambah baikkan perlu disuntik dalam perlaksanaannya seperti meningkatkan kualiti tenaga pengajar, memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar dan beberapa lagi penambahbaikkan yang dapat membantu.

7. Perlu diingat, bangsa yang banyak menghadapi masalah dengan kaedah PPSMI ini adalah dari bumiputera. Dan bumiputera jugalah yang menentang PPSMI ini dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana keadaannya dengan bukan bumiputera seperti Cina dan India? Hakikatnya, bumiputera terutamanya bangsa Melayu akan terus kekal dalam kepompong lama selagi orang Melayu takut untuk melakukan perubahan.

8. Walau apa pun, kerajaan sudah pun mengumumkan keputusan pemansuhan PPSMI ini. Tidak semua pihak akan berpuas hati dengan pemansuhan ini, sama seperti sewaktu perlaksanaannya dahulu. Dengan kegagalan PPSMI ini, diharap agar kerajaan dapat mencari jalan supaya mutu dan kualiti pelajar terutama bumiputera tidak terjejas malah akan terus meningkat pada masa hadapan.

Show Comments: OR

4 ulasan:

  1. biarlah murid yang sedang belajarPPSMI teruskan sehingga tingkatan lima. Kalau pun nak mansuh PPSMI,mulalah dari darjah satu. Jangan ganggu murid yg sedang belajar PPSMI. Kerajaan tidak mendengar kehendak murid dan ibubapa!

    BalasPadam
  2. Salam;

    Apapun kajian telah dibuat sblm diambil keputusan.

    Walaupun ada rasa terkilan, namun eloklah berperasangka baik. Mungkin keadaan blm mengizinkan untuk ianya diteruskan, samada pengajar atau pelajarnya.

    Kebenaran pendapat mengatakan jika ingin menguasai suatu ilmu yang dikuasai oleh bangsa lain, perlulah memahami bahasa berkenaan tak boleh diketepikan.

    Semoga ada pendekatan yang bersesuaian demi untuk bangsa.

    BalasPadam
  3. Kerajaan memansuhkan PPSMI setelah mengkaji beberapa lama berdasarkan kajian dalam dan luarnegara termasuk unesco,bersandarkan fakta,statistik dan keputusan2 peperiksaan yg merosot dr tahun ke tahun.Juga berdasarkan respon dan suara majoriti rakyat,ibubapa,guru dan murid2 sendiri.

    Apa pula sandaran anda?Fakta,kajian,statistik?Atau cuma berdasarkan teori chedet yg originalnya dipengaruhi oleh cadangan dr pencipta kaedah MOKHDAR.Bagaimanapun pencipta mokhdar sendiri telah mengakui kesilapannya dan akhirnya menghasilkan 'kaedah mokhdar'yg menggunakan bahasa ibunda.

    BalasPadam
  4. ada sesetengah tu...bermati-matian nak pertahankan bahasa melayu...
    tapi kalau asyik bersajak beilusi berkhayal...boleh ke maju bangsa melayu..
    bahasanya munkin sikit maju tapi orang melayu belum tentu..
    tak de sajak pun x pe..x kan mati bangsa melayu

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE