Advertisement - Contact Us

Mari biarkan Nik Ajis dan PAS terjun dengan labu-labunya...

1. Tuan Guru Nik Aziz sepatutnya sudah tidak layak untuk digelar Tuan Guru mahupun ulama Islam lagi. Beliau kini bukan lagi membawa contoh teladan yang baik tetapi dilihat mula menggunakan serban di kepalanya untuk meraih sokongan saki baki pengikutnya yang fanatik.

2. Jika dinilai tindak tanduknya kebelakangan ini, ia jelas bertentangan dengan sifat-sifat murni yang sepatutnya diamalkan oleh seorang muslim apatah lagi jika seseorang itu bergelar ulama. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kelakuannya telah mencemarkan kesucian dan kesopanan yang seharusnya menjadi imej bagi setiap orang Islam.

3. Bagaimana seorang ulama yang terkenal dengan sifat rendah diri dan dihormati oleh ramai orang tergamak mengeluarkan kenyataan yang amat menghina iaitu 'pergi jahanamlah UMNO'? Terlupakah beliau bahawa orang UMNO juga merupakan sebangsa dengannya malah merupakan saudara seagama? Adakah ini merupakan ciri-ciri seorang muslim yang dipelajari oleh Nik Aziz?

4. Walhal sebelum ini Nik Aziz lah yang mencadangkan agar diwujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Setelah kerajaan pusat menunjukkan minat dan mula menghulur tangan, Nik Aziz mula bermuka-muka dan mencerca dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan pusat jika bukan UMNO? Atau Nik aziz maksudkan kerajaan pusat adalah komponen dalam BN selain UMNO?

5. Nik Aziz secara ketara telah menunjukkan sifat dan sikapnya yang buruk sejak bersekonkol dengan Pakatan rakyat. Mungkin disebabkan tekanan yang kerap diberikan oleh sekutu PR yang lain iaitu PKR dan DAP kepada PAS menyebabkan PAS seperti berada di persimpangan. Jika ini berlaku, maka jelas menunjukkan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang kuat dan berpendirian tetapi hanyalah sebuah parti yang lemah, mudah diperalat oleh pihak lain dan lebih selesa mengikut telunjuk orang.

6. PAS dilihat gemar bermain tarik tali dan lebih suka mengacah-acah. Mereka akan mencadangkan sesuatu dan akhirnya mereka juga akan menolak dan menentangnya dengan menyalahkan pihak lain. Lihat sahaja isu kerajaan perpaduan, mereka yang mencadang dan akhirnya mereka menuduh UMNO ingin memecah belahkan Pakatan Rakyat.

7. Adakah wujud agenda tersembunyi di dalam PAS dan hanya menanti masa sesuai untuk mengorak langkah? Hakikatnya mereka sebenarnya sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama mereka mengharap keajaiban akan berlaku yang memungkinkan mereka berada dalam kerajaan bersama Pakatan rakyat. Mereka terus terpengaruh dengan momokan Anwar kononnya UMNO diambang kehancuran dan ini membuatkan mereka gusar untuk menjalin kerjasama dengan BN.

8. Bagi saya, tidak ada gunanya lagi untuk UMNO dan BN mengharapkan agar wujud jalinan kerjasama antara UMNO dan PAS. Malah UMNO dilihat semakin berjaya mengukuhkan semula kedudukannya dan mulai kembali memperoleh kepercayaan dari rakyat. Ini berdasarkan sokongan yang diterima dari golongan muda dalam PRK Manek Urai dan juga berdasarkan peratusan populariti yang kian meningkat yang diterima oleh barisan kepimpinan baru di bawak pentadbiran DS Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

9. Jadi, tanpa kerjasama dengan PAS pun UMNO akan kembali kuat, sama seperti dahulu sewaktu PRU 11. Malah rakyat yang sebelum ini beralih angin menyokong Pakatan rakyat terutama di kalangan pengundi atas pagar juga dilihat semakin yakin dan percaya dengan kemampuan, kredibiliti serta perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pentadbiran kerajaan BN yang baru ini.

Jadi...biarkanlah PAS terus dilindungi oleh bayang-bayangnya sendiri...

1 Ulasan

  1. Tak sedar diri yang diorg tu cuma 'kingmaker' dalam PR, tak lebih dari itu. Dengan menjadi kingmaker terpaksa la depa tinggalkan perjuangan mereka. Nampak dah, terdapat konflik dalaman dalam diri tuan guru-kerana dia telah membelot terhadap dirinya sendiri.

    Ini adalah cara beliau untuk meluahkan perasaan kecewa setelah dipergunakan. DAP takmau negara islam tapi mereka nak undi2 daripada penyokong Melayu. Sebab itulah mereka adanya DSAI.

    Dulu Pas yang keluar dari UMNO, sekarang main tarik2 tali pulak...macam gila talak je. Benci tapi rindu....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama