Advertisement - Contact Us

Guan Eng perlu tinggal di banglo mewah untuk selesaikan masalah Kg. Buah Pala...

1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mesti menyelesaikan masalah tanah di Kampung Buah Pala dengan menggunakan budi bicara sendiri tanpa perlu ada campur tangan dari pihak lain. Kenyataan bersifat keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk tidak mahu terlibat dengan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Lim Guan Eng adalah tepat.

2. Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Rakyat perlu ingat bahawa salah satu faktor kemenangan PR dalam PRU yang lalu adalah berpunca dari janji-janji yang telah ditabur termasuk untuk menyelesaikan masalah di Kampung Buah Pala ini. Jadi, adalah tidak wajar jika Guan Eng cuba mengambil sikap lepas tangan atau cuba meletakkan tanggungjawabnya ke atas tanggungan orang lain.

3. Guan Eng sepatutnya bertindak rasional dan relevan sebelum bersedia untuk menabur apa jua janji kepada pihak lain. Harus diingat bahawa setiap janji yang ditabur merupakan satu harapan yang diberi kepada mereka terutama melibatkan perkara yang mendesak. Adalah tidak wajar dan satu penganiayaan jika harapan yang ditabur itu hanya tinggal harapan.

4. Kerajaan Pusat berhak untuk tidak campur tangan memandangkan masalah yang timbul merupakan janji dari Pakatan Rakyat malah tanah yang terlibat juga berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jika di tempat-tempat lain, Pakatan Rakyat sanggup bersusah payah untuk merampas dan mengambil alih tanah dari pihak lain, mengapa tidak di kampung Buah Pala.

5. Jika kerajaan pusat berbaik hati untuk menyelesaikan maslah ini, ia umpama memikul beban dan bara api di bahu. Kerajaan negeri pasti akan menyalahkan kerajaan pusat, seperti yang sering berlaku dalam banyak hal, sekiranya kerajaan pusat gagal menyelesaikan masalah ini. Malah, jika kerajaan pusat berjaya sekalipun, pastinya kerajaan negeri akan memanipulasikan maklumat sehingga PR yang akan mendapat nama atas kejayaan tersebut.

6. Tidak timbul soal kewangan jika apa yang dibentangkan oleh Guan Eng dalam Dewan Negeri diambil kira. Menurutnya, Kerajaan negeri berjaya membawa masuk sejumlah besar pelaburan dari luar. Malah tindakan Guan Eng yang berpindah kediaman ke sebuah banglo mewah dan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Rumah Seri Teratai yang menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri membuktikan bahawa tidak timbul masalah kewangan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Jadi, sepatutnya tidak timbul masalah untuk kerajaan Pakatan Rakyat melunaskan janji mereka di Kampung Buah Pala.

7. Walau apa pun, adalah memang patut untuk kerajaan pusat membiarkan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka sendiri. Kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat perlu lebih bertanggungjawab atas setiap janji-janji yang telah mereka taburkan sebelum ini. Bukan hanya bijak berjanji dan akhirnya mencari jalan untuk mengelak dari masalah yang timbul akibat dari janji yang ditabur.

4 Ulasan

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    kan HINDRAF suruh Guan Eng balik Melaka...

    tapi bila pula HINDRAF nak balik INDIA...
    orang punya masalah dia nak halau..

    BalasPadam
  2. Habis kau yg.berak minta org.lain cucikan,.

    Bila org.tak cuci,kau pulak nak memandai mandai,kutuk orang.

    "Seperkara lagi...apa kata jika LGE gunakan peruntukan perpindahan ke banglo mewah barunya dan peruntukan penyelenggaraan rumah rasmi untuk selesaikan masalah Kg. Buah Pala"

    Mengapa TAK kau jual rumah kau ,bagi duit tur membantu mereka ?

    Kan dapat pahala????

    "Nama Blog suaramalayu baru"-porrraahhh... masa Tanah tanah melayu di ratah ole puak puak UMNO di P.Pinag .tak de pulak kau bersuara.

    Sayang mata celik,tapi tak bole nampak...sia sia Allah bagi nikmat mata.

    BalasPadam
  3. Indrapura,

    Cakap pakai mulut dan otak, bukan bontot dan lutut.

    cakap biaq ada bukti, kalau btoi ada salah guna kuasa dah lama pakcik tiri hang tu buat press conference. macam sebelum ni. xkan ang dah lupa?ka ang memang pelupa?

    kalau umno yg ratah tanah melayu, sekurang-kurangnya melayu. lain la kalau hang ni hindraf. awat ang ingat la ni cina tak ratah tanah melayu??tu dia la..taksub ngan parti..awat parti bayaq duit kat ang ka??

    cakap macam pandai, tapi kalau sebenaqnya bodo.. buat apa.

    -Anti Melayu mangkaq mcm indraputra80-

    BalasPadam
  4. ooooo klu malayu boler ratah...pale hotak ko....sedap2 ko nk ratah bumi tuhan... buat kerosakan... pembangunan pn penbangunan la... klu da ratah cam setan,kepale hotak ko...ko paandai bukak gogle earth x.. tgok brape keluasn yg ditarah... suma dr kerajaan ko la.. suma lulus...suap2 lulus.. klu dkwal btul xde jd cam2... 2 bru 1 p.p..langkawi pn hampirsme jdi cam2..kwsan kuari bnyak ..spe yg lulus 2..kerjaan ko kn... suma sup2.... alam xnk dijaga...bengang aku ngan orng yg wat cam2... musnahkn ciptaan tuhan...ko bleh ganti blik kt tuhan ke... ko jwab la kat akhirat nanti

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama