Advertisement - Contact Us

Zambry vs Nizar : Terbukti Zambry lebih 'terbilang' berbanding Nizar...

1. Syabas diucapkan kepada Dato' Seri Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak dan barisan kepimpinan barunya di bawah Barisan Nasional. Ini memandangkan kemampuan pentadbiran beliau yang telah berjaya menunjukkan beberapa perkembangan positif ke arah kemajuan dan pembangunan negeri.

2. Keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di Perak telah berjaya menarik minat dan menaruh sepenuh keyakinan para pelabur dalam dan luar negara untuk datang melabur di Perak. Terbaru, sebuah syarikat terkemuka dunia yang memberi pengkhususan dalam industri bijih besi telah menunjukkan minat untuk datang melabur dan melebarkan sayap mereka di Perak.

3. Menurut beberapa sumber, syarikat yang beribu pejabat di Afrika Selatan bakal membuat pelaburan kira-kira 9 Bilion termasuk membina sebuah kilang berasaskan bijih besi. Lokasi yang diwar-warkan bakal menjadi pilihan adalah di Manjong, Perak. Semuanya sudah pun di peringkat penelitian terakhir sebelum pengumuman muktamad dibuat.

4. Kejayaan pentadbiran Dr. Zambry menarik minat pelabur asing dan sekaligus menafikan kenyataan yang pernah dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat kononnya cara BN mengambil alih pentadbiran negeri bakal mengakibatkan para pelabur menjauhkan diri untuk datang ke negeri Perak.

5. Apa yang dapat dilihat kini, jika perbandingan dibuat antara tempoh pentadbiran Nizar dan Zambry, jelas menunjukkan bahawa Zambry berjaya membawa satu perubahan atau satu anjakan positif kepada negeri Perak walaupun boleh dikatakan masih baru dilantik ke jawatan no. 1 negeri. Ini juga membuktikan bahawa pentadbiran BN di Perak benar-benar komited terhadap tanggungjawab dan tidak mengamalkan budaya 'berbulan madu'.

6. Ini berbeza dengan corak pentadbiran yang diamalkan oleh Nizar sebelum ini. Kerajaan Pakatan rakyat lebih banyak bermain politik dan lebih mengutamakan publisiti berbanding tanggungjawab untuk berkhidmat dan meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri. Rakyat negeri Perak tidak menikmati apa-apa perkembangan sepanjang tempoh 1 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

7. Sebelum ini, Dr Zambry juga telah berjaya menarik minat syarikat penerbangan terkemuka negara yang juga anak syarikat MAS, Firefly untuk membuka satu laluan penerbangan baru dan berpotensi tinggi iaitu laluan Ipoh-Singapura. Dengan kejayaan barisan kepimpinan baru Perak ini, ia secara tak langsung akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Perak. Contohnya, lebih banyak pelabur asing yang mampu dibawa masuk maka lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan di samping meningkatkan sumber pendapatan negeri.

8. Apa pun, syabas sekali lagi diucapkan kepada Dr. Zambry dan team BNnya. Diharap beliau dapat terus memberi khidmat yang terbaik dan dapat memberi sumbangan positif kepada negeri dan rakyat Perak. Buktikan bahawa Sultan Perak tidak salah membuat pilihan dengan memberi mandat kepada kerajaan BN dan menolak kerajaan Pakatan Rakyat.

4 Ulasan

  1. MB BONEKA ASYIK NAK MEMBUNCITKAN PERUT DIA NGAN PUAK DIA SAHAJA...PASTU LAK ORANG SURUH TAKBIR NEGERI UNTUK RAKYAT ASYIK DOK BUAT CERAMAH POLITIK JEE...SEPATUTNYA NAK BUAT CERAMAH TU ..BUAT LAA BILA TIBA WAKTU PILIHANRAYA SAHAJA ...BILA DAH ABIS PILIHANRAYA..TAKBIR LAA DAN JAGA LAH KEPENTINGAN RAKYAT YANG TELAH MENYOKONG DIA..

    BalasPadam
  2. Saya bukan nak menyatakan siapa lebih terbilag, tetapi siapa yang boleh diterima oleh rakyat perak secara keseluruhannya. Memang tidak dinafikan bahawa keduanya mempunyai kehebatan dalam bab-bab agama dan hebat berceramah dalam menyentuh, menghurai ayat AlQuran dan yang penting ia digunakan untuk menyatupadukan umat Melayu Islam. Tetapi amat-amat malang, si NIZAR ni lebih memberikan sokongan kepada ALKumunisi Al Bintang Al Tiga!. Sayang seribu kali sayang demi kuasa dan kedudukan kerusi empuk MB, si Nizar ni sanggup menjadi orang suruhan ALKUMUNISI & AL JUBURI. Malu saya sebagai rakan ALLUMNI SEK TENIK IPOH BRASH, terdapat rakan yang hilang punca menjadi jagoan CINA dan berani menyanggah Sultannya sendiri. Yang teramat Malang Sekali, Nizar juga sanggup menjadi boneka dan mengarahkan penyokongnya orang2 Melayu ini berbaring dijalan raya untuk menyanggah Sultanya sendiri yang telah memberikannya gelaran Dato' Seri. Oleh itulah saya tak rela untuk memanggilnya Dato Seri, lebih elok panggilnya Sibangsat Melayu. (Jangan Lupa terdenagr cerita bahawa NGA, NGEH & NIZAR ada pertalian sepupu disebelah ibunya- so panglima siber perlu buat siasatan) Mungkin disebabkan itulah juga tergamaknya Nizar menyanggah Sultan. Ingat Nizar, belum pernah terjadi Bangsa Melayu Menderhaka!. Disebabkan Kau lah Binatang! Terbabibnya segelintir orang Melayu mencerca Sultan dan menidakkan KETUANAN Melayu di Tanah Melayu ini. Aku berdoa akan adanya cucu cicit hang yang akan kencing ditasa kubuq hang nanti marahkan perbuatan hang merosakkan Bangsa Melayu & Tanha Melayu. Ingat, Insaf & Sedarlah sebelum terlambat... orang2 yang beragama wajib musabahah diri & melihat sekeliling masa depan bangsanya & survival Islam di Alam Melayu ini. Wassalam.

    BalasPadam
  3. (sambungan diatas) KAMI, Anak-Anak Muda Islam Perak akan memerhatikan segala gerak-geri hang dan betapa kukuhnya hang bersama regu ERDOGAN bagi menjatuhkan Ulama dalam barisan Kepimpinan PAS. Ini semua semata-mata hang mengikut sangat kehendak & matlamak kekawan hang si DAP dan AlJUBURI. Ingat aku orang Tapah dan hang jugak orang tapan dekat batu mesjid, jangan sesekali malukan masyarakat melayu islam Tapah, ok. Insaf sebelum terlambat. Wassalam.

    BalasPadam
  4. penyokong BN busuk hingga ke akarnya...akan tiba satu hari tak ada manusia yg sanggup mengaku ahli bn sebab terlalu busuk hinnga kiamat malang betulla org2 tk berakal dalam bn nih...melayu
    baru@melayu busuk aku melayu islam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama