Advertisement - Contact Us

UMNO PAS : PAS memang dilahirkan untuk jadi boneka...

1. Menarik!!! Hari ini, Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS telah membuat satu kenyataan dengan menuduh kononnya pihak yang menyokong sebarang usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan sebagai 'boneka UMNO'.

2. Beliau juga menyelar Dato' Mustaffa Ali yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agong PAS kerana telah meminta semua pihak terutama dari dalam PAS sendiri agar berhenti dari terus membicarakan soal kerajaan perpaduan ini. Menurut Nik Aziz, sebarang perbezaan pendapat yang timbul dalam PAS perlu diketengahkan dan tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang berhak menutup mulut manusia.

3. Haji Hadi selaku Presiden PAS merupakan individu yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan ini. Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, Haji Hadi berjaya kekal sebagai Presiden parti tanpa bertanding manakala jawatan Timbalan Presiden kekal milik Ustaz Nasharuddin yang menang menewaskan Husam dan Mat Sabu selaku pencabar. Kedua-dua pemimpin ini dikatakan mewakili puak pro-muqabalah dan berjaya menggagalkan usaha puak edrogan yang menentang sebarang usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

4. Sebelum itu, telah timbul spekulasi kononnya wujud anasir dalam PAS yang cuba menghasut Mursyidul Am agar menolak usaha untuk bermuqabalah dan sekaligus menolak cadangan Haji hadi selaku Presiden Parti. Anasir yang cuba menghasut ini datangnya dari rang yang paling kanan dengan Nik Aziz. sendiri. Pendedahan ini telah dibuat sendiri oleh anakanda Nik Aziz, Nik Abduh melalui laman blognya.

5. Kenyataan media terbaru dari Nik Aziz ini mengesahkan lagi dakwaan segelintir pihak menyatakan wujud pertelingkahan dalaman yang meruncing antara Mursyidul Am Pas dan Presiden parti. Tuduhan Nik Aziz berhubung 'boneka UMNO' ini secara tak langsung terkena tempiasnya kepada Haji Hadi yang ingin melihat muqabalah antara PAS dan UMNO menjadi realiti.

6. Namun begitu, Nik Aziz perlu ingat akan kedudukan terkini PAS. PAS mungkin cuba untuk mengelak dari menjadi boneka UMNO, namun pada masa yang sama PAS tidak boleh menafikan bahawa mereka sebenar sudah pun menjadi boneka atau kuda tunggangan kepada DAP dan Anwar Ibrahim. Mungkin Nik aziz lebih rela membiarkan PAS menjadi pencacai pihak yang nyata menolak Islam iaitu DAP dan menjadi hamba abdi kepada individu yang jelas hanya mengejar kepentingan individu dan politik daripada bekerjasama dengan pihak yang nyata dari sesama Islam dan sebangsa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama