Advertisement - Contact Us

UMNO PAS : Nik Aziz dicucuk jarum peniti Sang Anwar...

1. Isu kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi benar-benar menggamit seribu persoalan hingga menimbulkan pelbagai prasangka samada baik mahupun buruk tidak kira dari luar apatah lagi gegaran dari dalam PAS sendiri.

2. Apa yang pasti, puak atau golongan yang paling gusar apabila menyebut kerajaan perpaduan adalah dari sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

3. DAP secara terbuka dan lantang, melalui orang kuatnya, Karpal Singh, baru-baru ini telah mengkritik cadangan Haji hadi ini yang dianggap tidak menghormati dan membelakangkan semangat setiakawan sesama Pakatan Rakyat. Malah DAP juga mahu Haji Hadi memohon maaf secara terbuka kepada PKR dan DAP dan mahu cadangan berhubung kerajaan perpaduan ini ditamatkan dengan segera.

4. Itu DAP. PKR melalui Penasihat partinya, Anwar Ibrahim lebih bijak memanipulasikan perkara ini dan cuba mempergunakan segala saluran yang ada dalam PAS untuk mengkritik cadangan Haji Hadi ini. Dalam diam, Anwar menggunakan jarum saktinya untuk mencucuk musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar menentang habis-habisan cadangan untuk menjayakan kerajaan perpaduan ini.

5. Malah, makin hari Nik Aziz dilihat semakin lantang menentang cadangan ini hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang agak kasar kepada rakannya sendiri di dalam PAS. Menurut Nik Aziz, pihak yang menyokong dan cuba mengidupkan sebarang usaha bagi menjayakan kerajaan perpaduan ini dianggap sebagai 'boneka UMNO'. Tidakkah kenyataan ini secara direct ditujukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi yang mana dari mula lagi menunjukkan minat terhadap kerajaan perpaduan ini?

6. Kenapa perlu untuk Nik aziz begitu lantang dan terbuka mengkritik rakan sendiri walhal Nik Aziz boleh memilih untuk berbincang secara tertutup dan lebih 'gentleman'? Tidakkah ini menggambarkan bahawa sudah tidak wujud persefahaman dan pintu untuk kedua-dua pemimpin utama PAS ini duduk semeja sudah tertutup rapat?

7. Atau, wujud desakan melampau dari luar PAS yang mahu satu tindakan drastik diambil untuk menggagalkan kerajaan perpaduan ini? adakah Nik Aziz telah diberi kata dua samada mendesak Haji Hadi atau bakal kehilangan sesuatu yang amat diharapkan olehnya dan PAS selama ini?

8. Apapun, DAP dan PKR terutamanya Anwar Ibrahim pastinya amat membencikan cadangan kerajaan perpaduan ini. Penyatuan dan perpaduan orang Melayu terutama antara PAS dan UMNO hanya akan melemahkan dan menggagalkan cita-cita Anwar selama ini. Anwar tetap mahu Melayu terbahagi 2 kerana dia yakin akan mendapat sokongan padu Cina dan India. Hanya dengan cara ini sahaja Anwar dapat menggapai cita-citanya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama