Advertisement - Contact Us

UMNO PAS : Negara Islam sejati akan menjadi realiti hanya melalui kerajaan perpaduan...

1. Siapa sebenarnya yang mencetuskan 'Islamophobia' baik di kalangan orang bukan Islam di dalam Malaysia mahupun di luar negara seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz? Adakah selama ini UMNO dan BN yang mewujudkan perasaan 'Islamophobia' hingga membuatkan orang bukan Islam memandang serong dan berpandangan negatif terhadap umat Islam?

2. Semakin hari, semakin banyak alasan yang cuba diberikan oleh Nik Aziz hanya untuk menagakkan benang yang basah dan menidakkan usaha merealisasikan cadangan kerajaan perpaduan ini. Sikap Nik Aziz ini langsung tidak mendatangkan sebarang manfaat baik kepada umat Islam mahupun bangsa Melayu malah ia mencerminkan imej Nik aziz yang sering bertindak terburu-buru dan gemar mempergunakan kedudukannya dalam PAS untuk menjatuhkan dan memburukkan pihak lain.

3. Nik Aziz juga sering meluahkan rasa tidak puas hatinya menggunakan saluran yang salah tanpa melalui sebarang perbincangan terlebih dahulu. Sepatutnya, mengenai isu kerajaan perpaduan ini, walaupun Nik Aziz dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan, beliau perlu berbincang dan mencari pendekatan melalui permuafakatan dan muzakarah sesama kepimpinan PAS yang lain. Bukannya mempergunakan saluran media dan pengaruhnya untuk menghentam pihak lain hingga menampakkan seperti wujud perpecahan dalam PAS.

4. Berbalik kepada istilah 'Islamophobia' tadi. Sebelum ini, siapakan yang paling ramai ditahan dan disiasat berhubung penglibatan dengan gerakan keganasan seluruh dunia? Dari mana datangnya ahli-ahli Jemaah Islamiah yang hangat diperkatakan sebelum ini yang mana mempunyai perkaitan dengan gerakan Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan lain? Bukankah antara yang terlibat dan ditahan bagi membantu siasatan adalah anak kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri? Jadi, tidak salah saya katakan bahawa PAS lah sebenarnya yang menyumbang kapada perasaan 'Islamophobia' di Malaysia pada ketika itu.

5. Mungkin sekarang tidak lagi. Ini atas usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh hendak membersihkan nama negara dari terus dilabel sebagai negara pengganas dan jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada pihal luar untuk memerangi habis-habisan sebarang gerakan keganasan di dalam negara.

6. Mungkin ada benarnya apabila PAS menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berjaya merapatkan jurang antara kaum dan sekaligus membuang perasaan takut orang bukan Islam kepada umat Islam. Tapi ini semua berlaku setelah PAS secara drastik telah mengubah dasar perjuangan asal dari pro Islam fanatik kepada yang lebih terbuka hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat.

7. Apa sudah jadi dengan dasar untuk mewujudkan sebuah negara Islam sejati secara total? Apa pula ceritanya dengan perjuangan untuk melaksanakan hudud? Mahukah DAP bekejasama jika PAS secara serius mahu meneruskan agenda perjuangan asalnya? Sedangkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh secara terbuka menolak cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam jika ditakdirkan PR menjadi kerajaan.

8. PAS sebenarnya cuba meletakkan kegagalan mereka untuk memperjuangkan negara Islam kepada UMNO. Mereka berjaya memanipulasikan dan menipu rakyat kononnya UMNO lah yang menyekat dan menghalang perjuangan mereka ke arah negara Islam. Pada masa yang sama PAS menggunakan ketayap dan serban di kepala untuk memperolok-olokkan dan hanya bersikap acuh tak acuh terhadap perjuangan negara Islam ini.

9. PAS sebenarnya amat takutkan DAP walhal jika mereka bersungguh-sungguh, negara Islam seperti yang mereka inginkan mampu menjadi realiti. Kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan UMNO dan BN merupakan pilihan yang paling tepat jika mereka mahu negara Islam direalisasikan. Bukan dengan DAP atau Anwar Ibrahim yang jelas hanya memperjuangkan kepentingan peribadi dan politiknya sahaja.

10. Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin sedar akan perkara ini. Masalahnya sekarang cuma Nik Aziz yang terlalu taksub dengan Pakatan Rakyat. UMNO pada bila-bila masa sahaja sedia untuk mendengar pandangan dan cadangan PAS beghubung kerajaan perpaduan yang pastinya lebih kepada sebuah negara Islam. Pemimpin UMNO juga Islam dan pastinya UMNO juga tahu bahawa Islam adalah pilihan terbaik dan paling adil terhadap semua pihak. Asalkan semua pihak bersikap terbuka dan positif tanpa perlu memikirkan sebarang syarat yang mana akhirnya akan jadi tembok penghadang kepada kejayaan kerajaan perpaduan ini.

11. Apa lagi yang cuba dipertahankan oleh Nik Aziz? Jika benar PAS mahu jadikan Malaysia sebuah negara Islam hakiki, mulakan lah langkah pertama ke arah kerajaan perpaduan antara UMNO - BN - PAS.

6 Ulasan

  1. Semoga terbuka pintu hati TGNA & semua penyokong PAS ... amin. Kita semakin kesuntukan masa. Inilah saat untuk bersatu.

    Just My 2 cents

    Wassalam
    SATU BANGSA KASIHI SEMUA

    BalasPadam
  2. Pas cuma suka jadi boneka je.Pas mana ade kreatif dan berusaha utk memajukan ummah.Pas dari sebelum pru12 sampai hari ini asyik dok berpolitik dah hentam UMNO tak abis2.Pas bersikap mendendam.Pas berperilaku sangat buruk.

    BalasPadam
  3. Bro,
    DAP punya prinsip yg simple:

    1) PArti mana pun yang nak hapuskan hak istimewa orang Melayu, itulah sahabat DAP.

    2) Kalau nak tubuhkan negara Islam, langkah mayat pemimpin DAP dulu.

    BalasPadam
  4. semoga ia menjadi realiti,
    untuk orang melayu dan juga martabatkan islam

    BalasPadam
  5. PAS perintah Kelantan tak ada blueprint nak memajukan negeri, sbb tu dia nak alih perhatian tentang kegagalan UMNO...selama ni UMNO la yg meningkatkan penguasaan orang melayu di negara ini. Islam Islam jugak tapi kalau ditindas oleh orang lain tiada gunanya.

    UMNO tetap di hati aku

    BalasPadam
  6. salam,
    komen dalam blogs saya ni,walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
    http://kuberharap.blogspot.com/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama