Advertisement - Contact Us

UMNO PAS : Langkah awal Nizar, langkah 'Biadap'...

1. Biadap. Inilah istilah paling tepat untuk ditujukan kepada Nizar dan geng mangkuk hayunnya yang telah dihalau keluar dari Parlimen.

2. Nizar yang baru hari ini mula masuk ke Parlimen mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru dimenanginya dalam PRK lalu sudah mula terbawa-bawa sikap biadap dan tidak senonohnya dari Perak ke Parlimen.

3. Belum pun sampai 1/2 jam Nizar mengangkat sumpah, dia dengan penuh keegoan cuba untuk menarik perhatian dan menagih simpati Dewan berkaitan kemelut yang melanda negeri Perak. Turut serta bersamanya beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain antaranya Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan beberapa pemimpin lain.

4. Nizar bersama konco-konconya cuba membuat kacau di dalam Dewan dengan memakai lilitan tangan bertulis 'Bubar DUN'. Speaker sebelum itu sudah beberapa kali memberi amaran agar menghormati dewan sebelum beliau hilang sabar dan terpaksa mengusir mereka keluar dari Dewan.

5. Sambil berjalan keluar, Nizar dengan sombongnya memekik "Bubar DUN" dan disambut oleh rakan-rakannya yang lain. Berikutan dengan tindakannya itu, Nizar bersama 4 lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dikenakan hukuman gantung dari menghadiri sidang selama 2 hari.

6. Saya amat tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat yang menggunakan nama rakyat untuk menarik perhatian dalam usaha untuk mendesak agar DUN Perak dibubarkan. Adakah seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya mahukan agar DUN dibubarkan? Atau hanya segelintir rakyat yang terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat sahaja yang mahukan pembubaran DUN?

7. Bagaimana dengan suara rakyat yang tidak memerlukan pembubaran DUN? Jadi, Pakatan Rakyat tidak layak menggunakan istilah rakyat Malaysia untuk menagih simpati. Sepatutnya mereka perlu lebih rasional dengan menggunakan istilah 'seluruh penyokong Pakatan Rakyat' mahukan pembubaran DUN Perakk, bukan 'seluruh rakyat Malaysia'.

8. Walau apa pun, tindakan Nizar yang tidak menghormati parlimen memang tidak boleh dimaafkan. Jelas kini matlamatnya menjadi Ahli Parlimen bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi berkhidmat untuk kepentingan politik peribadi.

3 Ulasan

  1. Ala... apa yang nak dihebohkan, dia ni kan ke jenis manusia takde ADAB. Sebab belajar dari komunis la tu.

    Teman 'sembah derhaka' pada mike, Nizar keparat!!!....

    BalasPadam
  2. NIZAR DAN PAS DAH JADI GILA KUASA.
    AGAMA ISLAM DIPERMAINKAN DEMI KEGILAAN HENDAK BERKUASA, HALAL & HARAM DIKETEPIKAN.
    NIZAR , BERTAUBATLAH.
    NIK AZIZ, SEBAGAI KETUA, BERTAUBATLAH.

    ORANG YANG BERTOPENGKAN AGAMA, MEMBERI CONTOH YANG TIDAK SOPAN, KURANG AJAR, TIADA ADAB.
    INIKAH PEMIMPIN?
    TAKSUB TAK TENTU HALA.

    BalasPadam
  3. Nizar ini ada darah Cina.kemungkinan darah cinanya berketurunan pejuang komunis sebab gaya dan tingkah lakunya sangat kurang ajar terutama tidak menghormati sultan.Seburuk-buruk perangai melayu Perak tidaklah semacam Nizar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama