Advertisement - Contact Us

UMNO PAS : 'Ajak-ajak ayam' Haji Hadi kepada Mat Sabu dan Husam...

1. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi telah melantik Mohamad Sabu dan Husam Musa untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Tambahan bagi Majlis Tertinggi PAS. Selain itu, turut dilantik adalah Dato' Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agong PAS dan Dato' Hatta Ramli sebagai Bendahari PAS.

2. Untuk makluman, Mohamad Sabu dan Husam Musa merupakan 2 calon yang telah tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS kepada Dato' Nasharuddin Md Isa yang berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

3. Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media susulan daripada perlantikannya telah memberi tempoh selama seminggu sebelum mengumumkan keputusannya samada akan menerima lantikan tersebut atau tidak.

4. Mohamad Sabu juga telah memberi pantun sindiran iaitu 'Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai saya antara nampak, esok jangan rindu-rinduan' dalam satu ceramah politiknya.

5. Manakala Husam pula masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun membayangkan bakal menerima lantikan tersebut memandangkan peranan Husam kini yang menjadi mata dan telinga kepada Anwar Ibrahim.

6. Persoalannya sekarang, kenapa Tuan Guru Hadi mengambil keputusan untuk melantik kumpulan yang jelas cuba untuk menentang pasukannya walhal perwakilan telah pun menterjemahkan kehendak mereka dalam Muktamar yang lalu bahawa mereka menolak golongan yang cuba menjadi api dalam sekam? Mampukan Mat Sabu dan Husam memberi sepenuh kerjasama kepada kepimpinan yang diterajui oleh Hadi dan Nasha?

7. Perlantikan Husam dalam kepimpinan seperti membuka lembaran dan peluang baru kepada puak edrogan yang didalangi oleh Anwar. Pastinya Anwar akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk cuba menguasai kembali PAS dari luar walau dengan apa cara sekalipun.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama