Advertisement - Contact Us

PRK Penanti : BN mungkin menang jika turut sama bertanding...

1. Rasanya masih tidak terlambat untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Mansor Othman dari PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Penanti dengan menewaskan tiga lagi calon Bebas dengan majoriti yang boleh dibanggakan. Syabas juga diucapkan kerana dengan kemenangan ini maka dengan secara tak langsung jawatan bagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang juga bakal terisi dalam masa yang terdekat.

2. Peningkatan jumlah ma
joriti memang sudah dijangka memandangkan ketiga-tiga calon Bebas bukanlah lawan sebenar bagi Dr. Mansor. Sememangnya kerusi DUN Penanti boleh dianggap sebagai kubu kuat bagi PKR. Anwar pastinya tidak akan mempertaruhkan kerusi yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat melainkan Anwar yakin untuk menang dan mempertahankan kerusi tersebut. Lebih malang lagi bila mana ketiga-tiga calon Bebas ini telah kehilangan wang deposit apabila gagal memperolehi 1/8 dari jumlah undi.

3. Apa yang menarik di Penanti adalah jumlah peratusan yang keluar mengundi hanyalah sekitar 45% dan ia merupakan rekod paling buruk. Hanya kira-kira 7100 pengundi sahaja yang keluar mengundi daripada lebih 15000 yang layak. Dan dari jumlah itu, PKR mendapa
t 6052 undi dan selebihnya adalah Bebas dan undi rosak.

4. Ini menunjukkan bahawa dakwaan PKR sebelum ini kononnya BN telah menaja calon Bebas adalah fitnah semata-mata. Mustahil calon Bebas tersebut gagal mendapat undi yang lebih baik jika benar wujud tajaan dari pihak BN.

5. Boleh dikatakan rata-rata pengundi yang tidak keluar mengundi adalah penyo
kong BN dan pengundi atas pagar. Sebenarnya tidak timbul isu menghasut dari kepimpinan BN agar memulau PRK Penanti ini. Penyokong BN sedar bahawa PRK Penanti bukan lagi satu tanggungjawab tetapi ia hanyalah mainan politik PKR yang tidak patut dilayan. Apa guna pergi mengundi jika tadak ada satu pun calon yang berkenan di hati.

6. Pengundi atas pagar yang tidak keluar mengundi adalah disebabkan kerana mereka sudah yakin akan peluang yang dimiliki oleh calon PKR itu. Pada tanggapan mereka, walaupun mereka tidak mengundi, ia tidak akan mengubah keputusan yang memang sudah dalam
jangkaan. Jadi, undi pengundi atas pagar ini bukan lagi bersifat penentu kemenangan seseorang calon.

7. Keputusan ini mungkin berubah jika BN turut bertanding. Peluang Bn untuk menang adalah cerah jika faktor 80% dari jumlah pengundi yang tidak keluar mengundi ini diandaikan sebagai penyokong BN. Jadi, kemenangan PKR ini bukanlah satu kemenangan yang boleh dimegah-megahkan memandangkan wujudnya kemerosotan jumlah undi yang diperolehi PKR berbanding PRU12 yang lepas.

8. Apa pun...Selamat menunaikan tanggungjawab...

1 Ulasan

  1. Salam, tapi nak buat macam mana? Orang besar pun agak 'goyang' dan gentar sambil berkata, "ini permainan PR" dan rasanya memang patut PR bermegah-megah kerana pihak lawannya tidak berani untuk menentang dan terus menyerah kalah. Dengan adanya media-media, PR tetap dihentam! Tidak dapat dinafikan, ada segelintir makhluk perosak didalam PR, tapi lihatlah sendiri tindakan ahli-ahli tertinggi, dengan segera mengosongkan kerusi TPM Pulau Pinang. Pihak UMNO/BN berani? - jangan sabitkan isu DSAI, itu memang 1Malaysia dah tahu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama