Advertisement - Contact Us

PKR 'terkendon' lutut gara-gara tindakan Lim Guan Eng...

1. Baru-baru ini, timbul satu isu melibatkan perlantikan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di mana majlis upacara angkat sumpah YDP tersebut telah dipulau oleh Ahli Majlis dari PKR. Kesemua 8 orang ahli Majlis yang mewakili Parti Keadilan Rakyat telah memboikot perlantikan Mokhtar Md. Jait sebagai YDP MPSP yang baru bagi menggantikan YDP lama, Farizan Md. Darus.

2. Ahli Majlis dari PKR ini tidak bersetuju perlantikan YDP dari kalangan kakitangan kerajaan dan mahukan jawatan tersebut diisi oleh ahli politik dari kalangan PKR sendiri. Untuk makluman, jawatan YDP sememangnya diisi oleh ahli politik sejak dari waktu pentadbiran BN lagi. Namun ianya berubah bilamana Lim Guan Eng mengambil alih teraju pentadbiran dengan melantik kakitangan kerajaan.

3. Di sini, saya memuji tindakan Lim Guan Eng kerana memecah tradisi dengan tidak melantik wakil PKR sebagai YDP. Guan Eng sedar akan berlaku tindakan monopoli sekiranya PKR berkuasa dalam MPSP.

4. Ini kerana rata-rata ahli PKR merupakan bekas ahli UMNO dan BN yang kecewa akibat gagal memenuhi kepentingan politik dan peribadi sewaktu dalam UMNO. Jadi, mereka pastinya akan menggunakan peluang dan kesempatan yang ada sewaktu berkuasa dalam pentadbiran negeri kini untuk mendapatkan semula apa yang telah mereka lepaskan sewaktu di dalam UMNO dulu.

5. Berbeza senarionya dengan DAP dan PAS yang sudah biasa dengan keadaan sedia ada. DAP dan PAS menumpukan untuk mengukuhkan kedudukan dalam pentadbiran dan cuba meletakkan kepentingan politik dan peribadi sebagai perkara kedua.

6. Di Pulau Pinang, kebanyakan isu seperti cuba merampas premis bekas milik kerajaan seperti tadika KEMAS, Dewan JKKK, dewan orang ramai dan gerai serta pasar malam seperti yang pernah berlaku di Balik Pulau, Bagan Ajam dan beberapa tempat lain sebenarnya didalangi oleh puak dari PKR. Mereka inilah yang beria-ia untuk mendapatkan semua permis tersebut sedangkan DAP selaku monopoli kerajaan negeri dan PAS sebagi sekutu Pakatan Rakyat tidak banyak menonjol dalam isu seperti itu.

7. Guan Eng sedar akan perkara ini. Tindakan beliau yang telah menggunakan Dr Mansor Othman yang baru dilantik sebagai TKM1 Pulau Pinang untuk mengumumkan perlantikan Mokhtar sebagai YDP membuatkan ahli majlis dari PKR terkedu dan tidak ada point untuk menentang keputusan Guan Eng.

8. Tindakan agresif PKR yang banyak mengguris hati penduduk Pulau Pinang sebenarnya amat merisaukan Lim Guan Eng yang selama ini sedaya upaya cuba untuk mencuri hati penduduk Pulau Pinang. Guan Eng pastinya sudah sedia maklum jika PKR diberi peluang menjawat jawatan no. 1 MPSP itu maka mereka akan mempergunakan sepenuhnya MPSP untuk kepentingan sendiri dan akan berlaku lebih banyak kekacauan dan rampasan permis dalam Seberang Perai.

9. Mokhtar Md. Jait sendiri bukanlah calang-calang individu. Beliau pernah menguruskan soal pembangunan sewaktu di Pejabat daerah. Beliau amat disenangi dikalangan kakitangan, kontraktor malah penduduk Sebarang Perai amat gemar berurusan dengan beliau. Beliau merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan amat mengambil berat soal kebajikan.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama