Advertisement - Contact Us

JKKKN Pakatan Rakyat perlu diajar supaya tidak menjadi 'kurang ajar'...

1. Susulan dari kes cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi JKKK Kawasan dari Pakatan Rakyat maka satu kenyataan media telah diadakan oleh pemimpin penduduk setempat, kepimpinan koperasi yang juga merupakan pemilik sah premis dan para peniaga yang terlibat.

2. Tujuan kenyataan media ini diadakan adalah untuk meneran
gkan kedudukan sebenar tentang apa yang sedang berlaku, mendedahkan salah laku pihak yang selama ini kononnya memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat dan sebagai satu pengajaran kepada pihak yang terbabit agar tidak menggunakan kuasa sesuka hati.

3. Sebelum itu,
satu laporan polis telah dibuat berhubung cubaan dan mengedarkan dokumen atau surat rasmi yang mempunyai kepala surat Pejabat Daerah secara palsu, salah guna kuasa dan cuba untuk membuat kutipan sewa secara tidak sah, ugutan dan beberapa tuduhan lain terhadap individu terbabit yang mana sebelum mendakwa dirinya merupakan Pengerusi JKKKN Kawasan dari Pakatan Rakyat.
"BUTTERWORTH 6 Jun - Sekumpulan 28 pemilik gerai di Taman Selera EMBA di Bagan Ajam di sini mendakwa gerai mereka di kawasan itu bakal dirobohkan jika enggan membayar sewa bulanan kepada seorang individu.

Menurut peniaga terlibat, mereka telah diminta membayar yuran bulanan RM150 sebulan kepada seorang individu yang mendakwa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Bagan Ajam.

Peniaga terlibat, Mazlan Abdul, 35, berkata, lelaki berkenaan turut mengemukakan surat dipercayai palsu yang menuntut para pemilik gerai supaya membayar sewa bulanan itu dan dia juga mengaku telah diberi kuasa untuk menjawat jawatan Pengerusi JKKK negeri.

"Kami memang tidak mengenalinya dan tidak percaya dengan surat yang diedarkan sendiri kepada setiap pemilik gerai di sini.

"Surat kuasa palsu itu yang bertarikh 1 Jun 2009 juga, kononnya diberikan salinan kepada Timbalan Ketua Menteri 1," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, sebahagian peniaga terlibat kemudiannya telah bertemu pegawai di Pejabat Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi memastikan surat yang dibawa oleh individu berkenaan dan mereka menafikan perkara itu.

Sementara itu, Penasihat Koperasi Tenaga EMBA, Ahmad Zainol, 72, berkata, pihaknya mengenali lelaki berkenaan yang turut mengunjungi premis perniagaan berkenaan sambil merakamkan gambar gerai dan dewan serbaguna di kawasan berdekatan.

"Kita kenal individu tersebut kerana selalu nampak dia lalu lalang di sini tetapi operasi gerai makanan di sini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang.

"Gerai-gerai di sini dibina sejak 22 tahun lalu dengan duit koperasi, bukannya duit kerajaan negeri dan semua peniaga tidak mahu diganggu. Mereka akan hanya membayar sewa bulanan kepada pihak koperasi seperti biasa," tambahnya."

- Utusan Malaysia

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/gempar-jkkk-pakatan-rakyat-sanggup.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/jkkk-pakatan-rakyat-terbukti-bersalah.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/laporan-polis-berhubung-kes-cubaan.html


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama