Advertisement - Contact Us

Imam antara yang terbunuh. Mungkinkah Malaysia bakal mengikut jejak Narathiwat???

1. Sangat menyedihkan apabila melihat perkembangan terkini apa yang berlaku di Selatan Thailand. Menurut satu laporan akhbar, kira-kira 10 orang Islam telah terbunuh sewaktu sedang mengerjakan solat berjemaah di Masjid dalam daerah Narathiwat. Manakala 19 orang yang lain mengalami kecederaan yang serius dan sedang menerima rawatan intensif. Turut terbunuh adalah imam masjid terbabit.

2. Menurut laporan media itu lagi, seramai antara 5 atau 6 orang penyerang yang menggunakan senjata raifal telah melepaskan tembakan secara rambang dalam masjid terbabit ketika para jemaah sedang khusyuk mengerjakan solat Maghrib.

3. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib bersyukur kerana selama ini belum pernah beraku kejadian sedemikian rupa di negara kita. Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama samada Islam, Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain bebas mengamalkan aktiviti keagamaan di mana-mana rumah ibadat pada bila-bila masa tanpa perlu risau.

4. Berbanding penduduk di negara lain di seluruh dunia di mana pengaruh racist terutama melibatkan antara agama begitu kuat hingga boleh mengakibatkan kejadian keganasan. Jadi, pendapat segelintir pihak di Malaysia terutama dari kalangan pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan mengamalkan budaya racist adalah tidak benar sama sekali.


5. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah tindakan beberapa pihak dari kalangan pembangkang yang sering cuba untuk meniupkan sentimen perkauman dan racist di dalam sanubari rakyat Malaysia adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima dan perlu disekat. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang selama ini telah dinikmati oleh seluruh rakyat dan ia boleh menyebabkan keadaan hura-hara dan ketidakstabilan akan berlaku di dalam negara.


PATTANI: Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam masjid di selatan Thailand ketika jemaah sedang solat Maghrib semalam, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 19 yang lain di wilayah yang dilanda keganasan itu.

"Lima atau enam lelaki menembak raifal automatik dalam masjid di daerah Joh-I-Rong di Narathiwat," kata jurucakap polis, Lef Kol Somjai Singkliang.

Tetapi laman web akhbar The Nation memetik jurucakap tentera, Kol Parinya Chaidilok sebagai berkata hanya dua penyerang terbabit.


Akhbar itu turut melaporkan mangsa ke-11 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Antara yang terbunuh ialah imam masjid itu," kata Somjai sambil menambah kebanyakkan daripada 19 yang cedera itu dalam keadaan serius.
- B. Harian Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama