Advertisement - Contact Us

Terkini :Mohamad Sabu ditahan polis sebentar tadi...


"Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin."
- Detik Daily

Tindakan agresif polis dilihat perlu bagi mengekang sebarang usaha yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam berhubung keputusan Kerajaan Negeri Perak baru yang bakal melangsungkan Persidangan DUN pertamanya esok.

Berdasarkan desas-desus yang timbul sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya anasir ekstrem yang didalangi oleh puak pembangkang bagi menghalang kelancaran perjalanan Sisang DUN esok. Diseru kepada pihak berkuasa terutama anggota polis agar mengetatkan kawalan keselamatan menjelang esok kerana tidak mustahil akan timbul kekacauan seperti yang pernah berlaku sebelum ini di Ipoh jika pihak berkuasa terutama polis tidak mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama