Ahad, 17 Mei 2009

Tembelang Anwar makin terdedah : Habis lah Anwar!!!

1. Anwar dan PKR sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan terdesak jika diamati secara rasional senario dan situasi politik semasa. Walaupun Pakatan Rakyat di bawah pimpinan dan pengaruh Anwar mampu memenangi PRK di beberapa tempat akhir-akhir ini, namun ia sebenarnya tidak menggambarkan realiti yang berlaku.

2. Satu perkara yang boleh dipuji adalah kebijaksanaan Anwar memanipulasikan perkara sebenar dan mengalih perhatian umum kepada pihak lain. Di sinilah terletaknya kelebihan yang dimiliki Anwar dengan menggunakan sepenuhnya pengaruh yang dimiliki maka Anwar masih mampu menutup kelemahan sendiri dengan menjaja kesilapan yang tak seberapa pihak lain. Dalam konteks ini maka UMNO dan BN lah yang menjadi sasaran mudah memandangkan beliau juga pernah bersama dengan UMNO.

3. Anwar bijak meletakkan sasaran tempoh 2 tahun untuk BN mengukuhkan kedudukan jika mahu terus kekal relevan walhal dalam masa yang sama, tempoh 2 tahun ini juga amat diperlukan oleh Anwar untuk memperluaskan pengaruhnya yang kian tercicir jika mahu mencapai matlamat politiknya. Jika gagal maka bolehlah disifatkan sebagai berakhirnya karier politik Anwar kerana selama ini Anwar hidup hanya bersandarkan simpati dan mustahil untuknya dapat mengekalkan rasa simpati umum kepada dirinya buat selama-lamanya.

4. Anwar hanya boleh hidup di dalam parti PKR nya dan UMNO sahaja. Anwar tahu bahawa peluangnya untuk menjadi PM atau sekurang-kurangnya dapat pergi lebih jauh dalam politik adalah amat tipis jika dia memutuskan untuk menjadi ahli PAS. Ini kerana pengaruh
ulama di dalam PAS tidak mudah terhakis dan ulama PAS berada di kedudukannya yang tersendiri di dalam PAS. Mustahil bagi Anwar, seorang penipu dan memiliki lidah bercabang untuk bersaing dengan para ulama jika Anwar menjadi ahli PAS.

5. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa berjuang sendiri dengan menubuhkan partinya sendiri yakni PKR dengan dibantu sebilangan kecil penyokongnya yang juga bekas ahli UMNO termasuk mereka-mereka yang kecewa sewaktu di dalam UMNO. Anwar sedar PKR bukanlah pilihan utama orang Melayu jika dibandingkan dengan UMNO dan PAS. Malah boleh dikatakan bahawa di dalam Pakatan Rakyat sendiri, PAS merupakan parti paling kuat dan berpengaruh berbanding PKR mahupun DAP.

6. Berpaksikan pada kenyataan ini maka Anwar perlu walau dengan apa cara sekalipun untuk menguasai PAS. Anwar kembali menggunakan strategi yang sama sewaktu dia menjatuhkan Tun Ghafar Baba. Anwar memasang pengaruhnya di hampir setiap akar umbi PAS da
n cuba memastikan puak tajaannya berjaya mengambil alih kepimpinan tertinggi PAS. Dan inilah yang sedang berlaku baik perebutan jawatan Timbalan Presiden mahupun Naib Presiden. Pendedahan kontroversi yang dilakukan oleh Nik Mohd Abduh telah berjaya mematahkan cubaannya untuk merampas kedudukan presiden. Anwar pernah cuba menggunapakai strategi ini untuk menjatuhkan Tun Mahathir tetapi gagal hingga mengakibatkannya merengkok di penjara.

7. PAS sepatutnya mulai sedar bahawa parti itu kini sudah menjadi penentu dan hala tuju pengundi Melayu. PAS tidak sepatutnya terus hanyut dengan propaganda dan angan-angan Anwar Ibrahim hingga sanggup memperjudikan kepercayaan dan martabat orang Melayu.

8. Perkara yang paling ditakuti oleh Anwar adalah cadangan permuafakatan yang
telah dikemukakan sebelum ini antara UMNO dan PAS. Anwar seboleh-bolehnya tidak mahu kerajaan perpaduan ini menjadi realiti. Kerajaan Perpaduan akan menjadikan orang Melayu kembali bersatu dan kuat sekaligus akan menolak pengaruh Anwar dan PKR yang lemah. Mustahil bagi Anwar untuk menjadi PM jika Kerajaan Perpaduan menjadi realiti. Anwar mahu orang Melayu kekal terbahagi 2 antara UMNO dan PAS.

9. Anwar tidak takutkan orang Cina dan DAP. Anwar beranggapan bahawa adalah lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat Cina dengan janji-janji manis terutama melibatkan peluang dan kestabilan ekonomi. Orang Cina bukanlah masyarakat yang setia pada parti. Mereka hanya akan memilih parti yang mampu memberi lebih peluang kepada mereka dalam sektor ekonomi di samping memastikan ekonomi sentiasa stabil. Orang Cina lari ke DAP dan Pakatan Rakyat dalam PRU-12 yang lalu adalah disebabkan kelemahan Pak Lah yang kurang bijak bermain tarik tali dengan MCA mahupun Gerakan.

10. BN perlu berusaha lebih keras untuk mengembalikan keyakinan PAS dan orang Melayu agar menimbang kembali saranan berhubung kerajaan perpaduan. Atau setidak-tidaknya, UMNO dan PAS perlu diberi ruang untuk duduk semeja dan berusaha mencari satu titik pertemuan dan persamaan antara kedua-dua parti utama orang Melayu ini. PAS juga perlu sedar bahawa selama ini PAS hanya dipergunakan oleh Anwar untuk mendapatkkan simpati dan undi orang Melayu. PAS tidak sepatutnya terus mengikut telunjuk Anwar walhal jika dibandingkan PAS lebih berpengaruh dari PKR sendiri.

11. Malah, jika PAS berkeras hendak meletakkan calon di Penanti, saya yakin Anwar pasti terpaksa beralah kerana pastinya Anwar tidak mahu kehilangan PAS dalam Pakatan Rakyat. Saya juga yakin jika kerajaan perpaduan mampu direalisasikan atau setidak-tidaknya PAS berjaya dibawa keluar dari Pakatan Rakyat maka berakhirlah dan terpadamlah nama Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara.
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. Salam;

    Rugilah mereka yang pesongkan ajaran untuk diwarisi, seterusnya menjadi pegangan dan amalan generasi pelapis. Terpikullah beban selagi mana ajarannya diamalkan.

    BalasPadam
  2. UMNO kini mengunakan kaedah pujuk dan hasut PAS supaya jangan percaya lagi kepada PKR, kaedah tersebut sebenarnya telah diketahui oleh org PAS, maka jangan harap cara tersebut berjaya.
    UMNO yg dah sampai masa pencen wajib, usahlah berangan nak sambung masa kerjanya, sebab org dah pencen ni semangat kerjanya dah menurun dan sering dilanda penyakit...
    Oleh itu disarankan berehatlah.
    usahlah menambah dosa yg dah banyak tu....

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE