Advertisement - Contact Us

Sultan Perak vs Nizar : Nizar terlepas kerana memberi alasan puasa...

1. Hari ini, Pakatan Rakyat Perak telah melancarkan kempen mogok lapar mereka bertempat di Wisma DAP, Ipoh bagi mendesak pihak istana Perak agar membubarkan DUN Perak yang kini dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional. Tindakan ini merupakan susulan dari keputusan Mahkamah Rayuan yang mengistiharkan Dato' Zambry, ADUN Pangkor sebagai MB Perak yang sah dan sekaligus menafikan kedudukan Mohd Nizar yang sedaya upaya cuba mengekalkan kedudukannya itu.

2. Padahnya, beberapa wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana engkar arahan polis yang meminta mereka agar bersurai dan membatalkan sebarang perhimpunan tanpa permit. Antara yang ditahan adalah Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu), M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan beberapa pemimpin lain termasuk penyokong PR.

3. Dalam kenyataan lain, bekas MB Perak dari Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar telah terlepas dari ditahan kerana memberi alasan kononnya beliau berpuasa sunat, bukannya sedang mogok lapar. Malang bagi mereka yang bukan beragama Islam kerana tidak layak memberi alasan berpuasa seperti yang dilakukan oleh Nizar dan membuatkan mereka terpaksa ditahan. Nampaknya Nizar bijak mempergunakan kesucian amalan berpuasa sunat bagi menyelamatkan dirinya. Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab kerana beliau tidak berani berdepan dan mengaku sebenarnya malah sanggup membiarkan rakan lain yang bukan beragama Islam ditahan sedang beliau sendiri terlepas dengan hanya bermodalkan alasan Pak Pandirnya.

4. Memang tidak dinafikan, inilah yang sering dilakukan oleh PAS, mempergunakan agama demi kepentingan diri dan politik. Jadi tidak hairanlah jika Nizar memberi alasan kononya berpuasa sunat sempena awal bulan Islam, bukannya mogok lapar.

5. Walau apa pun alasannya, tindakan Pakatan Rakyat untuk bermogok lapar semata-mata untuk mempertikaikan keputusan Sultan serta mendesak Sultan agar membubarkan DUN Perak merupakan satu tindakan biadap dan merupakan satu penghinaan kepada institusi raja-raja terutamanya kepada Sultan Perak. Tindakan ini juga menunjukkan sikap sebenar PR yang tidak tahu bersyukur atas kemakmuran yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Kenapa perlu mogok lapar sedangkan selama ini tidak pernah berlaku bencana kebuluran atau ada orang yang tidak mampu untuk makan, walhal boleh dikatakan antara penyakit utama rakyat Malaysia adalah berpunca dari terlebih makan.

6. Pakatan Rakyat perlu akur dengan keputusan Sultan memandangkan ianya juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Jadi tidak timbul sebarang cacat cela dengan keputusan Sultan memandangkan ianya diputuskan berlandaskan perlembagaan dan undang-undang yang sah. Bezanya cuma keputusan yang diambil tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Namun, ia tidak sepattnya dijadikan alasan untuk Paktan Rakyat bertindak di luar batasan sepatutnya.

7. Pakatan Rakyat perlu mengambil pendekatan lain jika tidak bersetuju sekalipun dengan keputusan Sultan. Tidak sepatutnya mereka mengambil tindakan melulu yang boleh menjerumus ke arah penghinaan dan kebiadapan terhadap kedaulatan raja-raja di Malaysia.

8. Pakatan Rakyat perlu lebih banyak belajar kaedah berdiplomasi dan perbincangan sebelum bertindak. Bukannya terus melancarkan sebarang mogok atau perhimpunan haram yang tidak lebih hanyalah bertujuan untuk mencari publisiti murahan dan menagih simpati rakyat yang tidak arif akan kedudukan sebenar. Atau setidak-tidaknya, PR perlu bersabar menanti PRU13 untuk merampas kembali kerajaan Perak (jika mampu), bukannya mengheret pihak istana ke kancah politik.

9. Kesimpulannya, tindakan menganjurkan mogok lapar perlu dihalang dan disekat kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu penghinaan kepada kesucian demokrasi negara.

5 Ulasan

  1. Kepada Bangsaku Bangsa Melayu, janganla terlalu Mudah diperbodoh bodohkan oleh Mereke2 yg Bangsa n Ugama yg lain dari kita, maupun dari mereka yg mengaku Melayu tapi Islam Pas, bukan Islam yg sebenarnya. Sedarlah diri, diperguna dan diperkotak katikan oleh durjana2 yg sesat dgn jelas dan sudah terang lagi bersuloh pengkianat bangsa sendiri. Sedarlah Bangsa ku, kalau dalam soal Berpuasa dah tak betul apa lagi yg lain , jahilnya orang melayu PAS. Kita diajar untuk berpuasa kerana Allah, tetapi sudah terang lagi bersuloh, Orang Melayu PAS dan Nizar Komunis, berpuasa kerana di atas desakan orang DAP, atas desakan Ustaz Nga Kor Ming, Nizar Komunis harus sedar, puasa orang Islam, puasa Sunnat, mengikut Rasullulallah, ialah hanya untuk Allah. Tapi Nizar Pengkianat bangsa Melayu Puasa kerana apa? Sudah terang lagi bersuloh kerana DAP n Ustaz Nga Kor ming, orang Muslims puasa nak dapat pahala, tapi Nizar Komunis berpuasa nak dapat kan dosa, inilah manusa yg mohon derhaka, suka nak masuk neraka, Tapi tak herankan, Parti PAS, syurga neraka, halal haram, kepunyaan mereka ishh.ishhh.ishhh.ishhh bahalul punya Melayu komunis. Insaf lah, kata je dari parti Pas yg menegakkan Islam, tapi perangai macam dajjal. Insaf orang2 Melayu PAS, Ustaz Nga dan DAP hanya memperbodohkan anda, jangan lah jadi lembu2, kambing2 yg nak kena sembelih. Yg awak memperjuangkan sekarang ialah untuk mengadai maruah, agama dan tanah nenek moyang kamu. Ingatlah nasib anak bangsa kamu dan keturunan kamu, apa kah kamu sanggup dilaknat dunia dan akhirat akibat apa yg awak lakukan hari ini, dan natijahnya anak2 dan bangsa kamu, merempat di bumi nenek moyang mereka. Insaf lah, pikir2 kan, buka minda dan bertaubatlah. Musuh kamu yg nyata terpampang, kamu tak nampak, tapi kerana sikap busok hati, fikiran dirasuk syaitan, kamu orang melayu Islam sanggup jadi pengkianat bangsa sendiri. Ishh.ishhh.ishhhh nauzibillah

    BalasPadam
  2. Pakatan Pembangkang semakin hari semakin biadap tapi yang paling aku hairan adalah kenapa penyokong mereka tak nampak ke apa yang terjadi?

    BalasPadam
  3. pencacai yang buta perut dan buta hati,putih nampak hitam dan hitam nampak putih..

    Benar atau salah adalah berdasarkan kepada AlQuraan dan ALSunnah,bukan berdasar pada pilihan ramai.

    Memang umat yang jahil yang tidak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang batil...

    BalasPadam
  4. Pemimpin Pakatan Rakyat dan khadam bodoh mereka dan kuda kayu (orang melayu PAS)semuanya telah buta mata, buta hati dan buta segalanya. Ini semua kerana kehilangan kuasa dalam sekelip mata, apa tidaknya kalau dibiarkan lebeh lama barkuasa, silap2 habis semua tanah2 diPerak ini bertukar tangan. Mereka ada banyak duit dan semua kuda kayu ini senang digula2kan. Semoga Perak selamat sejahtera dibawah pentadbiran Dato' Zambry dan exconya yg baru.
    Hidup Melayu sejati.
    Pergi jahanan melayu hepokrit yg cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam
  5. Takbir!! Takbir !! Takbir!!Hidup Melayu!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama