Advertisement - Contact Us

Sidang DUN Perak sah. Ini alasan saya...

1. Semalam terjawab sudah siapa yang benar-benar berhak ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan negeri Perak. Hari pertama sidang DUN Perak telah membuktikan secara jelas bahawa Barisan Nasional berjaya memperolehi jumlah majoriti kerusi dan sekaligus menamatkan era pentadbiran Pakatan Rakyat.

2. Pakatan Rakyat telah berjaya menimbulkan beberapa kemushkilan semata-mata untuk mengelirukan rakyat yang kurang faham akan perlembagaan, etika dan tatacara persidangan. Pakatan Rakyat buat-buat benak akan hal ini walaupun hakikatnya mereka sedar akan kebenarannya.

3. Sivakumar selaku Speaker mewakili Paktan rakyat tidak boleh mengarahkan ADUN dari BN dan Bebas untuk keluar dari dewan atas alasan pergantungan yang telah dikenakan oleh Jawatankuasa Kebebasan kepada mereka. Ini kerana mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan pergantungan itu adalah tidak sah dan membatalkan larangan mengikuti sidang yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.

4. Tidak dinafikan bahawa Sivakumar masih seorang Speaker pada awal persidangan. Tetapi tidak sepatutnya untuk beliau mengeluarkan perintah menghalau ADUN BN memandangkan mahkamah sudah membatalkan pergantungan tersebut. Jadi, ADUN-ADUN BN layak mengikuti persidangan atas tiket Ahli Dewan Undangan Negeri yang sah.

5. Timbalan Speaker, Hee Yit Fong berjaya memperolehi majoriti menyokong untuk beliau mengambil alih peranan Speaker dari Siva setelah usul tersebut dikemukakan dan disokong secara majoriti oleh ADUN BN. Siva sepatutnya akur dengan keputusan majoriti dan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Speaker yang dilantik.

6. Dan seterusnya, usul-usul yang dikemukakan oleh BN berjaya memperolehi sokongan majoriti iaitu 31:28 termasuklah usul persidangan bawah pokok yang tidak sah, usul penyingkiran Sivakumar selaku Speaker, usul perlantikan Ganesan sebagai Speaker menggantikan Siva dan beberapa usul lain.

7. Di sini jelas menunjukkan ADUN Pakatan Rakyat terutama Speakernya, Sivakumar cuba bertindak berlandaskan undang-undang ciptaan sendiri dan sanggup membelakangkan perlembagaan, undang-undang yang telah termaktub dan perintah mahkamah yang telah diputuskan.

8. Soal siapa Menteri Besar bukan lagi menjadi keutamaan ketika di Dewan semalam dan BN akur serta sedia menanti keputusan mahkamah tentang siapa MB Perak yang sah yang bakal diputuskan Isnin ini. Apa yang penting di Dewan persidangan semalam adalah pihak mana yang berjaya memperoleh undi atau suara majoriti kerana ini yang menentukan samada sesuatu usul itu berjaya atau tidak. Jelas, BN berjaya mendapat suara majoriti berbanding Pakatan Rakyat.

9. Walaupun ditakdirkan Nizar diputuskan sebagai MB Perak yang sah di mahkamah nanti, apa yang penting adalah suara majoriti. BN boleh mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Nizar jika BN terus kekal sebagai majoriti di dewan dan pada ketika itu Nizar dan Pakatan Rakyat tidak ada alasan lagi untuk terus kekal berkuasa.

10. Seperkara lagi, tidak timbul soal sidang di dalam sidang kerana setiap usul yang dikemukakan adalah sah. Yang menjadi masalah adalah ADUN Pakatan Rakyat cuba untuk menidakkan kebenaran dan terus membuat kacau dan mengganggu kelancaran sidang. Sememangnya inilah matlamat mereka.

11. Nizar melalui sidang media nya mengumumkan untuk tidak mengikhtiraf sidang semalam dan menganggap sidang yang berlangsung semalam adalah tidak sah. Beliau juga dikatakan akan mengadap baginda Sultan untuk memaklumkan perkara ini dan mengumumkan bahawa titah baginda sultan hanyalah sebagai titah pembukaan, bukannya titah perasmian sidang. Apa bezanya??? Tidakkah tindakan ini boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Sultan dan dewan dan juga merupakan cubaan untuk memperolok-olokkan Sultan Perak???

12. Tidak kisahlah apapun, pada hemat saya persidangan DUN Perak semalam adalah sah dan tidak ada cacat cela atau keraguan. Cuma cacat celanya hadir dari tindakan dan kelakuan ala penghuni zoo yang ditonjolkan oleh Wakil rakyat Pakatan Rakyat.

1 Ulasan

  1. catatan anda mengenai sidang dun perak adalah satu cataan yang boleh diibaratkan anda memang layak tak dilantik sebagai orang penting dalam kerajaan malaysia, ulasan yang anda buat macam ulasan yang benar-benar ikut akal bukan ikut fakta yang benar saya nasihatkan anda saudara ketua pemuda umno malaysia jangan terlalu ikut akal gunakan fakta ye

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama