Advertisement - Contact Us

Sidang DUN Perak : Manusia ke atau binatang yang bersidang ni???

1. Sedih dan memalukan. Inilah kesimpulan yang paling sesuai dan tepat bagi menggambarkan perjalanan Sidang DUN Perak yang bermula hari ini.

2. Sejak dari awal lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak seperti pemimpin yang tidak bertamadun hanya semata-mata hendak terus berkuasa sebagi pemerintah kerajaan negeri Perak.

3. Tindakan polis yang menahan beberapa wakil rakyat Parlimen PR memang kena pada masa dan ketikanya kerana penglibatan mereka bukan boleh mendatangkan faedah malah boleh menimbulkan provokasi dan kekacauan melampau semata-mata untuk menggagalkan persidangan DUN ini.

4. Speaker DUN dari Pakatan Rakyat bertindak melampaui batas dan jelas menunjukkan dia tadak faham undang-undang dan langsung tidak menghormati perlembagaan serta titah Sultan.

5. Mana mungkin untuk Siva menghalau MB dari BN serta 7 EXCO negeri baru yang dilantik secara rasmi termasuk 3 wakil rakyat Bebas memandangkan mahkamah sendiri telah membatalkan pergantungan yang dikenakan kepada wakil rakyat tersebut sebelum ini. Ini menunjukkan Siva tidak akur dengan perintah yang telah dikeluarkan mahkamah.

6. Siva dan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain perlu menerima hakikat bahawa kini suara majoriti jelas dimiliki oleh kerajaan BN. Siva sudah tidak berkuasa lagi untuk menolak usul yang dikemukakan oleh BN.

7. Ini termasuklah usul untuk menyingkirkan Siva dari kerusi speker dan menggantikan jawatan Speaker kepada Ganesan memandangkan usul tersebut berjaya memperolehi 31 undian dan jelas ia merupakan suara majoriti.

8. Tindakan Siva yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa jawatan Speaker sudah pun digantikan hingga beliau tidak mahu berganjak dari kerusi Speaker amat memalukan dan ia menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat ini hanya gilakan kuasa, bukannya hendak berkhidmat dan membela nasib rakyat.

9. Ganesan selaku Speaker Dewan yang baru perlu lebih tegas dan berani bertindak kerana kini kestabilan dan kelancaran perjalanan sidang berada di dalam tangannya dan beliau adalah individu yang paling berkuasa dalam Dewan. Jika perlu dan keadaan mendesak, beliau boleh menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya untuk menghalau mana-mana wakil rakyat yang cuba membuat kacau dalam Dewan.

10. Kejadian di Perak sepatutnya tidak berlaku jika masing-masing faham akan peranan dan menggunakan akal fikiran yang waras sebelum mengambil sesuatu tindakan. Tidak guna mengingkarai perlembagaan dan undang-undang kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri dan akan menunjukkan kebodohan dan tembelang sebenar diri kita.

11. Kita harus bersyukur kerana tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di luar Dewan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini hingga memaksa pihak berkuasa bertindak agresif seperti melempaskan gas pemedih mata. Segala kekalutan hanya belaku di dalam Dewan tanpa melibatkan ramai orang awam yang tidak berdosa. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Perak sudah mulai sedar mana intan dan yang mana kaca dan sudah mula menilai mana yang terbaik untuk membela nasib mereka.

12. Berdasarkan keputusan usul yang dibawa di dalam persidangan Dewan DUN Perak hari ini maka bolehlah dikatakan bahawa era Mohd Nizar dan Pakatan Rakyat selaku Menteri Besar dan kerajaan Negeri sudah pun berakhir.

13. Sudah sampai masanya untuk semua pihak berhenti dari terus bermain politik kerana ia langsung tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang akan terus mencetuskan polemik politik dan biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.

14. Seluruh rakyat Perak perlu memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baru di bawah pimpinan BN dan Dato' Dr. Zambry selaku Menteri Besar untuk membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa pemilihan mereka bukanlah satu kesilapan.

15. Kerajaan Negeri yang baru perlu mula menunaikan janji untuk memberi khidmat yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat Perak tanpa perlu memilih bulu manakala pihak Pakatan Rakyat pula perlu berperanan sebagai pembangkang bagi memantau setiap perjalanan pentadbiran kerajaan baru ini.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama