Jumaat, 29 Mei 2009

PRK Penanti : Tarian PKR kini semakin sumbang dan sumbing...

1. Tak faham betul...Kenapa PKR dan Pakatan Rakyat terus cuba untuk membabitkan UMNO dan BN dalam PRK DUN Penanti? Sedangkan seluruh rakyat Malaysia dah tahu bahawa UMNO dan BN tak 'hingin' pun nak join 'cempera' politik mainan PKR ini.

2. Satu laporan polis telah dibuat oleh ahli AMK PKR kononnya UMNO telah mengadakan satu sessi ceramah politik di Penanti. Sebelum itu, UMNO telah dituduh cuba menghalan
g pengundi Penanti dari keluar mengundi dengan menganjurkan rombongan melibatkan ahli UMNO di sebuah kampung dalam DUN Penanti pada hari pengundian akan dijalankan. Dan terbaru, seorang pemimpin PKR telah menuduh kononnya UMNO cuba memaksa pengundi di Penanti agar memulaukan PRK DUN Penanti.

3. Memang tidak dinafikan bahawa PKR benar-benar sudah terdesak memandangkan mereka sudah tersalah langkah. Tanggapan awal PKR kononnya BN akan meletakkan calonnya di Penanti dan peluang ini akan digunakan habis-habisan oleh PKR untuk menghentam BN dan sekaligus akan melonjakkan populariti PKR. Keputusan Najib untuk tidak terlibat di Penanti telah membuatkan PKR 'terdahak' dan kini mereka terpaksa menca
ri-cari subjek yang relevan untuk diketengahkan.

4. Ditambah pula lawan yang bakal dihadapi oleh calon PKR merupakan bekas orang kuat PKR sendiri. Dan ini membuatkan PKR benar-benar sesak nafas kerana terpaksa lebih berhati-hati untuk membangkitkan sesuatu isu. PKR langsung tidak menyangka bahawa Aminah akan mendedahkan perilaku buruk PKR yang cuba menawarkan habuan supaya beliau menarik diri. Mungkin pada awalnya PKR beranggapan bahawa Aminah mudah termakan pujukan, walhal mereka terlupa bahawa Aminah juga merupakan bekas tali barut Anwar dan pastinya beliau sudah masak dengan janji manis yang sering ditabur oleh PKR.

5. Tindakan Aminah yang berjaya merakam bukti penawaran untuk diserahkan kepada SPRM menunjuukkan bahawa Aminah memang sudah menjangkakan perkara ini berlaku dan ini merupakan satu tindakan bijak sebagai satu persediaan bagi mengelakkan dirinya dieksploitasikan oleh PKR. Jika SPRM berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah di Penanti maka kedudukan Dr. Mansor dan PKR dalam bahaya kerana SPR
M dan SPR boleh membatalkan pencalonan calon PKR ini.

6. Dengan erti kata lain, kedudukan PKR di Penanti bukan lah dalam formasi menyerang tetapi lebih kepada format defensive kerana pihak yang sedang menyerang kini adalah calon Bebas, Aminah Abdullah. Mahu tidak mahu, PKR perlu mengambil langkah segera untuk memulakan serangan balas bagi mengalih perhatian umum agar tidak terlalu tertumpu ke arah kes salah laku politik mereka. Mungkin tidak ada pilihan lain maka BN dan UMNO dijadikan sasaran mudah PKR.

7. Tindakan menggantungkan bendera PR di depan bangunan UMNO Permatang Pauh jelas membuktikan bahawa PR memang dari awal lagi cuba mengheret UMNO dan BN dalam kancah politik mereka. UMNO dan BN tidak perlu cepat melatah dengan provokasi yang cuba dilakukan oleh PR ini kerana umum sudah sedia ketahui bahawa sememangnya PR hidup selama ini hanya atas dasar provokasi semata-mata.

8. Dan seperti kelazimannya, PR akan sentiasa menyalahkan tanah yang tidak rata setiap kali langkah tarian mereka menjadi sumbang.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Bukan setakat sumbang dan pincang.Tapi Bagai orang gila menari dan menyanyi.Irama tak ada mizik tak ada terloncat2 sorang2 bukan gila namanya?.Maki hamun tak tentu pasai..tu bukan gila babi?.
    Rakyat sedang perhati tarian mereka sorang diri.Mungkin sesekali tin susu dan baldi dipalu untuk keluarkan bunyi...Kesian...Pada Melayu yang dahaga berpolitik di penanti nei.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE