Advertisement - Contact Us

PRK Penanti : Najib membuatkan Anwar berpeluh dahi...

1. Sah, BN tidak akan bertanding di Penanti. Dengan keputusan ini maka terjawab sudahlah segala persoalan dan rumor yang bertiup kencang berhubung pendirian BN samada hendak turut serta bertanding di Penanti atau tidak.

2. Dengan keputusan ini juga membuktikan bahawa PM baru Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tetap berpegang teguh dengan cadangannya sebelum ini untuk tidak bertanding di Penanti. Beliau dilihat berani mengambil keputusan ini walaupun terdapat beberapa pihak termasuk mantan PM Malaysia, Tun Mahathir Mohamad yang berpendapat bahawa BN perlu bertanding merebut DUN Penanti bagi menjaga maruah UMNO dan BN dan mengelak dari dilabel sebagai penakut.

3. Pada pendapat saya, tindakan Najib ini adalah tepat. Tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab rakyat dan negara diutamakan. PRK Penanti adalah amat tidak patut dan tidak wajar diadakan kerana alasan kekosongan kerusi ini langsung tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan ketidak matangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

4. Walaupun pembaziran dari PRK ini tetap tidak boleh dielakkan terutama melibatkan kos pengurusan PRK oleh SPR namun sekurang-kurangnya BN tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang peruntukan yang pastinya tidak akan berbaloi untuk menampung kos berkempen dan lain-lain jika BN turut serta.

5. Anwar bijak mengadakan PRK di kawasannya iaitu dalam parlimen Permatang Pauh dengan harapan agar BN turut bertanding. Kelazimannya, BN akan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menarih hati pengundi dengan pelbagai sumbangan, projek dan macam-macam lagi. Jadi, Anwar tidak perlu lagi memikirkan hal ehwal pembangunan dan kebajikan penduduk Permatang Pauh selepas PRK memandangkan BN telahpun menyelesaikan banyak masalahnya.

6. Kali ini Najib lebih bijak untuk tidak terlibat dalam PRK Penanti. BN tidak perlu memikirkan bagaimana hendak meraih undi dan menarik perhatian pengundi Penanti. Yang tinggal hanyalah calon PKR dan calon Bebas yang juga berkemungkinan datangnya dari bekas pemimpin Wanita PKR sendiri.

7. Anwar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kos berkempen kerana sudah tentu Anwar dan PKR tidak mahu dimalukan oleh bekas orang kuat PKR sendiri yang bakal bertanding atas tiket Bebas. Pengundi berkemungkinan besar akan memangkah calon PKR jika BN bertanding kerana mereka tidak mahu BN menang walaupun calon yang diletakkan oleh PKR sebenarnya haprak dan tidak pernah menang sebelum ini di beberapa kawasan.

8. Berbeza senarionya jika BN tidak bertanding. Pengundi pastinya akan menilai calon yang terbaik dan berkemampuan membela nasib mereka. Ini kerana kedua-dua calon ini bukannya dari BN. Pastinya Aminah Abdullah memiliki track record yang lebih baik berbanding dengan calon PKR sendiri.

9. Kali ini, Anwar benar-benar sudah bertemu dengan ruasnya. Najib bukanlah seperti Pak Lah yang mudah dipermainkan oleh Anwar. Anwar pastinya tidak tidur lena dan akan sentiasa memikirkan apa pula langkah Najib seterusnya.

6 Ulasan

  1. aku pasti nalapmambu ni penyokong pembangkang..
    kau pk la balik, sapa yg selama 50 thn membela melayu dr segi ekonomi, pendidikan, dan sosial kalo bkn umno. bila melayu msh miskin dan taraf hidup rendah mereka salahkn kerajaan. tp mereka sendiri xmahu berusha. byk peluang yg dicurahkn oleh kerajaan utk membantu melayu. tetapi melayu seperti spoon feed. melayu mudah lupa.melayu mudah lupa. igatla kembali apa yg pembangkng dah usahakn utk melayu.terutama pembangkang. PAS dah lama memerintah kat kelantan 2, tp msh menjadi negeri termiskin. knp?? sibuk nk jlnkn hukum hudud. tp xwat gak. bila bersengkokol dgn DAp.lain pulak cite yer. Hudud 2 hanya utk org islam. bkn ke hudud utk umat mausia. boleh nampak x pendirian pas? yg sk menjual agama keran kuasa.

    BalasPadam
  2. napa2 ko nie mengarut jer?pru 13 lambat lg ko dah yakin menang.ko tak sador ker rakyat dah makin meluat tgk korang nie,menang sebab undi protes bukan pasal kami suka kat korang.bagi menang cket dah bangga....memang poyo

    BalasPadam
  3. Kau Nalapampu memang tak sedar diri,masih tak sedar ka semua dah memyampah dengan PR yang gila kuasa sekarang ni?Tak boleh menerima hakikat hilang kuasa kat Perak?Kau kata BN akan tumbang nanti? Baik... sama-sama kita tengok nanti BN atau PR yang akan tumbang nanti..

    BalasPadam
  4. cakap saja takut..senang cerita..

    BalasPadam
  5. Salam,sila layari walaupun anda fahaman berbeza

    http://penpusaka.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Pusing2 pun x guna.. takut cakap jer takut..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama