Advertisement - Contact Us

PRK Penanti : Mainan PKR akan memakan diri sendiri...

1. Baru-baru ini, Pengarah Pilihanraya PKR bagi DUN Penanti, Saifuddin Nasution, telah mengumumkan akan mengubah kaedah dan cara pendekatan berkempen bagi PRK DUN Penanti. Ini berikutan keputusan Barisan Nasional yang tidak akan meletakkan calon bagi merebut DUN ini.

2. Kaedah yang diumumkan adalah memperjelas dan memujuk para pengundi. Kaedah yang diumumkan ini dilihat lebih komprehensif dan berhemah, berbeza dengan kaedah yang sering digunakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya ketika berdepan dengan jentera Barisan Nasional. Pakatan Raky
at sering menggunakan pendekatan menyerang habis-habisan Barisan Nasional termasuk menghina dan menfitnah calon dan pemimpin BN.

3. Mungkin disebabkan PKR yakin untuk memenangi kerusi Penanti ini dan beranggapan bahawa calon Bebas tidak
akan mampu menggugat peluang PKR maka mereka menggunakan kesempatan ini untuk lebih dekat dengan penduduk Penanti bagi menerang dan memperjelaskan di samping memujuk pengundi agar memilih calon PKR.

4. Soalnya sekarang, mampukah PKR mengotakan apa yang mereka umumkan ini. Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa maki-hamun, caci mencaci dan provokasi seperti sudah sinonim dengan PKR. Malah boleh dikatakan bahawa kebangkitan dan kemampuan PKR untuk terus survive hingga sekarang adalah disebabkan faktor di atas. Apa yang hendak diperjelaskan oleh mereka? Ini kerana kita tahu kebanyakan penjelasan dan janji yang mereka curahkan sebelum
ini tidak lebih hanyalha retorik semata-mata.

5. Akhirnya, jalan yang dipilih tetap seperti sedia kala. Mungkin disebabkan ketandusan isu yang hendak diperjelaskan maka mahu tidak mahu mereka terpaksa menyerang UMNo dan BN, walaupun jelas UMNO dan BN tidak ada kena mengena dengan PRK Penanti ini. Mereka cuba wujudkan dakwaan kononnya calon Bebas ditaja oleh BN walau pun gagal mengemukakan bukti.

6. Dalam pada masa yang sama, mereka terlupa bahawa pihak yang sebenarnya sedang diserang kini adalah PKR sendriri. Calon Bebas yang juga merupakan bekas Ketua Wanita PKR, Aminah Abdullah, bakal mendedahkan termasuk akan mengemukakan bukti yang sahih kononnya wujud penawaran kepadanya agar menarik diri dari terus bertanding menentang
calon PKR di Penanti.

7. Antara bentuk imbuhan yang ditawarkan kepada beliau adalah jawatan TKM 1 Pulau Pinang, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang sejumlah RM80 000.00. Tidakkah tawaran ini boleh dikategorikan sebagai satu bentuk rasuah? Jika benar maka jelaslah bahawa PKR sendiri tidak terlepas dari gejala rasuah dan salah guna kuasa dan sepatutnya SPRM perlu menyiasat sedalam-dalamnya dakwaan ini.

8. Jelas PKR tetap takut dan gusar dengan senario politik terkini di Penanti walaupun semua ini merupakan mainan politik ciptaan PKR dan Anwar sendiri. Mereka yang mulakan dan kini mereka juga yang seperti cacing kepanasan. UMNO, BN dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa memerhati tindak-tanduk Anwar dan PKR. Dan pastinya tidak mustahil tindak-tanduk mereka sendiri jugalah yang akan memakan diri sendiri.

7 Ulasan

  1. Ntah-ntah si aminah pun sama jugak dengan si ezam.. MANA DIA PUNYA KOTAK? Ini semua permainan politik! Semua Najis! Yang kawan jadi musuh, yang rapat jadi jauh, yang jauh pergi mampus!

    Janganlah kita mendahulukan politik, biarpun kita berbeda pendapat, akan tetapi, kita dapat menerima apa yang elok, tidak kira dari parti mana pun, tidak kira warna kulit, yang penting! Melayu ISLAM! Bukan "Bangsa Melayu" semata-mata. Wallahualam..

    BalasPadam
  2. salam,

    arap2 PR kalah teruk PRU 13...aminnnn

    BalasPadam
  3. Penanti.Selaklah pekong sesama sendiri.Berceramahlah sampai pagi,biar penyokong syok sendiri.Tiada lagi Pancutan asid.Buka dan dedahlah agenda basi.Lawanlah sesama suku sakat sendiri yang dulunya menjilat jari.Penanti bagai rumah mayat yang sepi.Akhirnya bertarung dengan kaum kerabat sendiri.Inilah hakikatnya politik gila babi.

    BalasPadam
  4. one, amin..
    aku syok tngok ceramah pr di rumah aku..
    jadi mcm pasar malam!

    BalasPadam
  5. sekarang ini PKR pun kena najis RASUAH !!!

    BalasPadam
  6. Tuhan maha kuasa. Didunia pun dah tunjuk...
    Dulu sibok mengata orang UMNO kini kena muka sendiri. Padan muka.
    Paku dulang kayu serepih...
    Mengata orang awak yg lebih.

    BalasPadam
  7. APA MACAM OK ? AGENDA PAS DAN PKR-


    1. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata,

    “ Tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya. "Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak. "Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini





    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub berkata:

    “ tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan... jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini..."Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini..."Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng

    pECAYALAH !!! ISU INLAH NANTI YANG AKAN DIMAINKAN OLEH PAS DAN PKR..BILA HINDRAF DI HARAM..TAHU SIAPA DALANGNYA...INILAH BABAK SETERUSNYA YANG AKAN DITIUP OLEH PKR DAN PAS..TUNGGU DAN LIHAT YA ATAU TIDAK?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama