Advertisement - Contact Us

PAS terlibat dengan 'politik baju' (bukan politik wang)...


1. Bahang pemilihan pucuk pimpinan bagi satu lagi parti terbesar orang Melayu yakni PAS semakin hangat dirasai. Paling sensasi adalah berhubung perebutan nakhoda kepimpinan antara 2 puak utama iaitu Kumpulan Pro-Muqabalah di bawah pimpinan Presiden sekarang, Tuan Guru Haji Hadi dan Kumpulan Edrogan yang pro-Anwar yang jelas menentang sebarang usaha penubuhan kerajaan perpaduan.

2. Pencalonan bagi memilih kepimpinan Dewan Pemuda kini jelas dikuasai oleh Kumpulan Pro-Muqabalah di mana Saudara Nasrudin Hassan yang juga Timbalan Dewan Pemuda berjaya memperolehi 10 pencalonan dari 14 negeri. Bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Saudara Mohamad Zaki yang mewakili Kumpulan Edrogan mendapat 1 pencalonan iaitu dari negeri Che Siti Wan Kembang. Manakala 3 negeri lagi belum memutuskan pencalonan masing-masing.

3. Bagi perebutan jawatan tertinggi Dewan Muslimat pula, wujud ura-ura ianya bakal ditandingi oleh 4 calon yang tidak kurang hebatnya. Penyandang ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh yang condong kepada pro-Muqabalah akan ciba mempertahankan kedudukannya. Beliau bakal disaingi oleh 3 lagi calon dari Kumpulan Edrogan iaitu exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali dan dua ahli parlimen Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

4. Jawatan paling panas yang bakal menjadi rebutan adalah Timbalan Presiden di mana Nasharuddin Mad Isa selaku penyandang akan dicabar oleh beberapa calon lain antaranya Mohamad Sabu yang sudah menyatakan kesediaannya untuk bertanding, Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak.

5. Terbaru, timbul cakap-cakap kononnya ada pihak yang bakal bertanding bagi merebut jawatan tertinggi dalam Dewan Pas telah memberi hadiah berbentuk pakaian selain jamuan makan kepada para perwakilan.

6. Persoalannya sekarang, apa bezanya politik wang dengan politik baju? Tidakkah selagi niat pemberian sesuatu itu, tidak kira wang atau baju, jika ia mempunyai kepentingan tertentu dan mengharapkan sesuatu maka ianya tetap diistilahkan sebagai rasuah?

7. Mungkin disebabkan perkara ini berlaku di dalam PAS maka ia dihalalkan. Berbeza jika berlaku dalam UMNO, belum keluar wang lagi, sudah heboh seantero dunia. Inilah dunia politik hipokrit...

2 Ulasan

  1. ada beza politik wang dan politik baju. satu wang diberi terus. baju dibeli dengan wang dulu kemudian diberi kepada pewakilan [sponsor lah ni]

    dua, politik wang hanya melibatkan wang. politik baju mana ada libatkan wang.

    ketiga, politik wang hanya ada pada umno. PAS dan PKR dan tentunya DAP mana ada politik wang.

    nota:
    sila baca dengan sindiran.

    BalasPadam
  2. Memberi habuan dan pada masa yang sama mengharapkan sesuatu sebagai balasan, tetap rasuah namanya. Tak kira lah melibatkan pemberian wang atau apapun...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama