Advertisement - Contact Us

Nizar vs Sultan : Semakin terserlah kejahilan Nizar dan Pakatan Rakyat...


1. Mahkamah telah memutuskan bahawa bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar bukanlah dipecat dari kedudukannya selaku MB, tetapi sebaliknya beliau telah disingkirkan.

2. Ini berdasarkan keputusan suara majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang jelas memihak kepada Barisan Nasional.

3. Semua ini berlaku setelah 3 bekas ADUN Pakatan Rakyat keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat Bebas serta menyokong Barisan Nasional.

4. Sultan Perak sebelum ini telah memanggil 3 ADUN tersebut bagi mendengar sendiri pendirian mereka. Ketiga-tiga ADUN tersebut telah menyatakan bahawa mereka hilang kepencayaan terhadap kepimpinan Mohamad Nizar dan telah beralih sokongan kepada Barisan Nasional.

5. Mohamad Nizar melalui peguamnya telah memaklumkan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai penarikan semula surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan cuba menafikan kebenaran oleh Nizar walhal beliau sepatutnya lebih maklum berhubung perkara ini memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

6. Sultan Perak juga bertindak tepat dengan memanggil semua ADUN bagi mendapatkan kepastian siapa yang mendapat kelebihan majoriti sebelum mengumumkan BN mengambil alih kerajaan. Peguam Nizar menyatakan bahawa Sultan tidak boleh memanggil ADUN-ADUN terlibat dengan alasan kononnya baginda Sultan tidak berhak.

7. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak juga telah menetapkan bahawa seorang Menteri Besar boleh disingkirkan atas titah Sultan jika jelas dan terbukti MB tersebut sudah gagal mendapatkan kepecayaan majoriti.

8. Perlantikan Dr. Zambry juga sah setelah jelas BN berjaya memperolehi suara majoriti ADUN dan tidak timbul soal wujudnya 2 MB dalam satu masa memandangkan Nizar sudah pun disingkirkan dari kedudukannya secara rasmi.

9. 7 Mei telah ditetapkan sebagi hari persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Perak setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri. Antara usul yang dijangka akan dikemukakan adalah mengadakan undi tidak percaya kepada Speaker dan perlantikan Speaker baru.

10. Nizar sepatutnya sudah mula menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi MB Perak. Tidak sepatutnya untuk beliau terus berkeras mengenai kedudukannya kerana ini sedikit sebanyak telah menunjukkan akan kelemahan dan kebodohannya dalam perlembagaan.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama