Rabu, 27 Mei 2009

Muktamar PAS : Ramai pemimpin PAS takut memikul tanggungjawab...

1. Kenapa pemilihan peringkat tertinggi parti PAS memperlihatkan banyak jawatan yang dimenangi oleh calon tanpa bertanding? Terdapat juga beberapa jawatan penting yang menyaksikan calon popular menarik diri seperti jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan beberapa lagi.

2. Ini menunjukkan baha
wa semangat demokrasi dan kebebasan memilih pemimpin dalam PAS tidak subur. Jika sebelum ini PAS mengkritik UMNO kononnya UMNO menyekat kebebasan demokrasi dalam pemilihan UMNO peringkat tertinggi, namun kini nampaknya seperti meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.

3. Adakah PAS sudah k
etandusan pemimpin yang berkaliber untuk menerajui parti? Atau kebanyakan pemimpin PAS takut untuk memikul tanggungjawab dan lebih selesa menghentam dari luar.

4. Adalah amat menyedihkan apabila melihat jawatan tertinggi dalam sayap Pemuda PAS hampir ke semuanya diisi oleh calon yang menang tanpa perlu be
rtanding. Ahli Pemuda PAS seperti telah disekat hak untuk memilih calon sendiri dan hanya terpaksa akur dengan calon yang mungkin telah ditetapkan oleh kepimpinan untuk mengisi jawatan tertentu. Atau adakah Pemuda PAS takut untuk tampil membuktikan kewibawaan sendiri dan tidak berani untuk menongkah arus di dalam PAS.

5. Alasan yang diberikan adalah kononnya pertandingan hanya a
kan membawa kepada perpecahan. Dan pertandingan merebut jawatan juga boleh mendekatkan diri dengan gejala tidak sihat seperti politik wang atau seumpama dengannya. Apa jaminannya tanpa pertandingan, perpecahan dapat dielakkan? Perlu diingat, tindakan menyekat amalan demokrasi akan membuatkan ada pihak yang akan memendam rasa kerana tidak diberi peluang sewajarnya.

6. Bagi saya, lebih banyak pertandingan maka lebih subur amala
n demokrasi. Lebih banyak bakat terpendam dapat ditonjolkan dalam mencorak sesebuah parti ke arah yang lebih positif. Dan melalui pertandingan juga dapat menilai diri sendiri samada diterima dan disukai oleh ahli lain atau tidak. Asalkan pertandingan dijalankan secara telus di bawah pemantauan terperinci pihak berkecuali dan yang kalah perlu lekas muhasabah diri dan kembali merapatkan ikatan ukhwah dalam parti.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Pas takut tanggung Jawab?Tapi dengan Jawatan dan pangkat PAS BERANI pula.Cuba hitung berabapa bilangan Ketua kampung PAS dan berapa Ketua Kampung PKR?? yang terlantik.

    Tapi menipu dan memutaq belit EXCO pas Handal lebih bijak dan berani dari UMNO. Itu aku akui Sah dan Sohih!!walau tak semua tapi ada yang ukup berani MENIPU!!! Allahuakbar Ust @Exco spesis apa ni?????

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE